➳ 4

600 137 13
                                    

“ Oh, saya dah faham. Awak kahwin bukan sebab kehendak awak sendiri tapi disebabkan mak ayah awak? " aku mengangguk-angguk setelah mendengar cerita dari Dokyeom.

Complicated betul hidup dia.

“ Yep. Sebenarnya banyak lagi benda yang jadi. Awak sudi ke untuk dengar lagi? " katanya sambil memegang tanganku buat kali kedua.

YA TUHANNNN

“ M-Mestilah saya sudi. Cerita je, saya akan dengar dengan teliti. " kataku dengan tergagap-gagap.

Dokyeom ketawa kecil.

“ Kenapa awak gagap? Awak terkejut ke sebab saya tiba-tiba pegang tangan awak? Hehe maaf ya. "

“ T-Tak apa! Saya tak kisah! "

“ Ok selepas saya setuju untuk kahwin dengan Naru... "

++++++

Sambung Flashback...

“ Saya tak sangka, orang yang saya sayang, tinggalkan saya begitu saja. " luah gadis bernama Naru itu.

“ Jangan risau, Naru. Saya boleh terima awak. Saya janji saya akan jaga awak. " kata Dokyeom, cuba untuk memujuk gadis itu dari terus menangis.

“ Saya ni ada kanser tahu tak? Bila-bila saja saya boleh mati! Awak sanggup ke nak hidup dengan saya? " soal Naru.

“ Walaupun kita tak pernah kenal sebelum ini, saya sanggup untuk hidup bersama dengan awak. "

“ B-Betul ke? "

“ Yes. Saya janji saya tak akan susahkan awak. Awak rehatlah. Biar saya saja yang kerja okay? "

Dipendekkan cerita, mereka berdua pun berkahwin.

Setelah dua bulan berkahwin,

“ Naru, apa kata kita ambil anak angkat? " cadang Dokyeom.

“ Anak angkat? Tapi...saya cuma ada kanser. Saya tak mandul pun. "

“ Sebab tulah saya nak ambil anak angkat. Saya taknak awak sakit lagi. "

“ Kalau macam tu...saya setuju dengan keputusan awak. "


Seminggu kemudian, Dokyeom pulang ke rumah dengan membawa dua orang kanak-kanak perempuan.

Naru yang melihat kehadiran kanak-kanak itu, menjadi teruja.

“ Comelnya!!! Kyeom, mereka ni kembar ke? " soal Naru sambil mencubit pipi salah seorang kanak-kanak itu.

“ Yes sayang. Yang baju pink ini namanya Yeonhee. Dan yang baju biru ini pula Yeonhye. Awak boleh beza tak? "

“ Mungkin ambil masa untuk cam tapi...umur mereka berapa? " soal Naru lagi.

“ 3 tahun. Jadi, tak perlu risau. Mereka berdua dah pandai bercakap. "

“ Kalau macam tu...hai Yeonhee, Yeonhye! Ini Mama Naru! "

“ Mama...Naru? " soal Yeonhee.

“ Yey Mama Naru!!! " kata Yeonhye dengan teruja lalu terus memeluk Naru.

“ Awhh comelnya. Boleh saya jadi Papa Kyeom? " soal Dokyeom yang dari tadi memerhati gelagat mereka bertiga.

“ Pftt...Papa Kyeom? Kelakar pula rasa. " kata Naru sambil ketawa.

“ EH COMEL APA PAPA KYEOM? "

Mereka berempat hidup dengan gembira sehinggalah kanser yang dihidapi Naru menjadi semakin kritikal.

Dia tiba-tiba jatuh pengsan ketika hendak menyediakan sarapan untuk suami dan anak kembarnya.

“ Naru, tolonglah sedar. Awak kuat kan? " kata Dokyeom sambil memegang erat tangan Naru yang sedang koma.

“ Mama Naru! Bangunlah! Yeonhye rindu mama! "

“ Papa Kyeom...kenapa dengan Mama Naru? Yeonhee takutlah tengok ada banyak wayar kat badan mama... "

Dokyeom bertambah sedih apabila melihat dua orang anak kecil itu berdukacita dengan keadaan ibu mereka.


Setelah 5 minggu Naru koma tanpa ada sebarang pergerakkan, akhirnya Naru pergi juga.

“ Tak mungkin...Naru pernah kata yang dia kuat...tak mungkin... " kata Dokyeom, cuba menafikan hakikat bahawa isterinya telah meninggal dunia.

“ Papa Kyeom, kenapa doktor tu tutup satu badan mama dengan selimut putih? Mama sejuk ke? "

“ Kenapa mesin kat sebelah mama ni keluar garis hijau lurus, papa? Selalunya Yeonhye nampak garis hijau ni naik turun naik turun! "

Bertubi-tubi soalan dari Yeonhee dan Yeonhye.

Tapi Dokyeom tak mampu menjawabnya. Dia jadi speechless.


Setelah 3 bulan Naru pergi meninggalkan mereka bertiga, Dokyeom mengambil keputusan untuk tinggal di rumah baru.

“ Papa Kyeom! Hari ni kita nak buat apa? " soal Yeonhye.

“ Hari ni kita buat mochi, sayang. "

” Yey yey mochi! " dua orang kanak-kanak itu bersorak gembira.



Sebenarnya, Dokyeom masih berbaik dengan keluarga mendiang Naru.

Ibu bapa Naru pun berterima kasih dengan Dokyeom kerana sudi menjaga anak perempuan mereka itu.

Jadi, kenapa Dokyeom bawa anaknya tinggal di tempat lain?

Kerana dia mahu berdikari. Dia yakin dia boleh besarkan Yeonhee dan Yeonhye dengan usahanya sendiri.

Disebabkan dia pakar dalam membuat kuih dan juga pastri, dia gunakan kepakarannya untuk mencari rezeki.


++++++

Hai! Terkejut tak ada double update untuk story ni? Hehe.

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Where stories live. Discover now