Kiraan

27 11 3
                                    

Asrama aku teramatlah teruk. Maksud aku tempat ni kotor. Cat bangunan pun dah tertanggal. Aku baru je tinggal dekat asrama ni dalam 4 minggu. Aku pelik. Setiap malam memang takde orang keluar pergi tandas. Bukan setakat pergi tandas malah berbunyi pun tak. Mula-mula aku sangka yang warden dekat sini garang tapi bila aku jumpa warden haritu baik je.

Aku tersedar dari tidur bila aku terdengar orang mengira. Aku pun pura-pura tidur sebab aku nak tahu siapa yang mengira tu. Mungkin warden. Itulah apa yang aku fikir. Kiraannya berbunyi...

1... dah tidur
2... dah tidur
3... dah tidur
4... dah tidur
5........ Pura-pura tidur

Aku tersentak apabila jari telunjuknya yang berkuku panjang dihalakan pada aku. Senyuman yang menyeramkan dia hadiahkan pada ku.
.
.
.
.
.

Selepas hari itu aku menjadi peganti tempatnya. Pada malam hari aku akan melihat kedalam rumah mu dan melihat jika kamu sudah tidur atau belum.

A/N
Tidur lah awal wahai manusia sekalian jika tidak mahu kantoi pura-pura tidur.

OrphicWhere stories live. Discover now