13|

4.9K 562 133
                                    

Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni?

Aku duduk rasa tak selesa. Nak makan tak rasa kenyang. Nak tidur tak lena.

Apa kena dengan aku sebenarnya ni?

Aku berdiri dan menghadap jendela. Kenapa aku rasa seperti ini? Ah Yoona! jangan layankan sangat perasaan kau tu. Aku pegang dada aku dan berpaling. Kebetulan, mata aku bersabung pandang dengan Taehyung yang sedang berdiri di tangga. "Someone's calling you, babe." Ujarnya.

"Siapa call?" aku capai telefon. "Manalah aku tahu, dah terang-terang kat situ ada nombor je." Jawabnya. Aku mencebik.

"Hello? Min Yoona here."

"Selamat sejahtera, Cik Min Yoona. Kami dari jabatan kecemasan hospital. Kami telefon cik kerana nama cik adalah yang terakhir dalam senarai log panggilan Doktor Min. Cik, adik kepada Dr Min Yoongi ke?"

Aku pandang Taehyung yang duduk di kaki tangga. Aik? Lain macam orang emergency call aku yang bukan doktor ni... "Ya saya. Ada apa?"

"Baiklah. Cik diminta bersabar kerana Dr Min Yoongi kini sedang berada dalam kritikal kerana ditimpa kemalangan jalan raya sebentar tadi. Diminta cik untuk datang ke hospital selaku waris Dr Min. Kami perlukan tandatangan cik untuk melaksanakan pembedahan ke atas beliau." Serentak waktu itu masa seakan-akan berhenti.

Bening mata aku terus berair. Patutlah aku rasa tak sedap hati tadi...Taehyung yang perasan akan perubahan riak wajah aku seraya berdiri. Telefon bimbit aku jatuh ke atas lantai. air mata yang bertakung akhirnya merembes jua. "Kenapa Yoona? What happen??"

"Abang... dia accident!!"

...

Di luar bilik ICU, aku dan Taehyung menunggu. Sebentar tadi, Taehyung ada jumpa dengan doktor yang merawat di situ. Dia guna istilah dan bahasa yang aku tidak faham.

Kata Taehyung, abang dah lama accident dan ketika abang dijumpai, darah dah banyak keluar. Boleh jadi, posibiliti abang nak diselamatkan tu kurang kerana bila dia tiba di jabatan emergency, tanda vital dah tak stabil.

Aku dah tersedu sedan menangis di luar bilik menunggu. Taehyung berada di sebelahku. Aku tahu dia sedang perhati wajahku yang sedang menangis macam orang tak betul tapi aku memang belum bersedia untuk kehilangan abang yang paling aku sayang.

"Taehyung..." aku berkata. Dia sentuh lembut bahu aku dan membawa aku ke dalam pelukannya. Dia mengusap bahu aku seperti memberikan aku kekuatan. Aku membiarkan. "A-aku takut..."

"Nothings gonna happen. Doctors in there are trying their best to save your abang's life. What you need to do is keep calm." Dia memujuk aku. Sedikit sebanyak aku cuba berfikiran positif tentang keadaan abang sekarang.

"Macam mana kalau abang..."

"I'll be here by your side... no matter what..."

Kemudian pintu bilik ICU terbuka. Seorang doktor berpakaian biru menyapa mata. "Siapa waris Dr. Min ya?" dia menyoal pada kami dan aku angkat tangan. Doktor itu pandang wajah aku.

"Berita baiknya, kami berjaya menyelamatkan nyawa Dr. Min." Aku menghembus nafas lega. Sangat lega dengan kenyataan yang diberikan doktor.

"berita buruknya, keadaan Dr. Min masih kritikal kerana dia kekurangan banyak darah. Buat masa sekarang, saya tak boleh benarkan sesiapa melawat pesakit." Bergetar badan aku bila dengar doktor berkata begitu. Tangan aku berpaut kuat pada lengan Taehyung.

Barangkali Taehyung memahami perasaan aku, dia berkata. "Doktor, saya mohon, izinkan dia berjumpa dengan Dr Min. Biarlah saya menunggu di luar sahaja. I'm begging you, doc." Ujar Taehyung kepada doktor itu. 

Melihatkan kepala doktor itu jatuh mengiyakan aku mengemam bibir. Aku lihat kepada Taehyung dan dia tersenyum pada aku. "Go ahead. Aku tunggu kat luar."

Aku lihat matanya turut berwarna merah. Aku lemparkan senyuman padanya. "Thank you." Ujarku dengar tak dengar. Lalu daun pintu aku tolak perlahan. penuh debaran aku menghampiri katil yang menempatkan abang. aku menekup mulut melihat keadaanya yang berbalut di kepala dan terbaring lesu.

Tuhan..kuatkanlah aku..

Kaki kiri abang tergantung. Mesti patah. Banyak calar di badannya. Nasiblah wajah tampan abangku tidak tercela. Terketar-ketar aku menyentuh jarinya. 

Kemudian aku eratkan pegangan. Menyalurkan kekuatan kepada abang yang masih tidak sedarkan diri. Jari yang aku pegang inilah jari yang sentiasa membelai diriku tatkala aku sedih dan perlukan perhatian.

Aku tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya aku tidak dapat lagi belaian daripada sang abang yang paling disayangi.

"A-abang... don't say goodbye to me like this, please... you need to keep strong demi Yoona.. a-abang.." aku menangis teresak-esak.

 Perlahan aku berikan kucupan hangat di dahi abang yang berbalut. Sejuk sekali dahi abang. tolonglah abang, kuatkan diri demi Yoona.

Permintaan abang yang mahu aku disatukan itu berlegar dalam minda. Aku akan cuba langsaikan permintaan abang. 

"Yoona sayang abang. Yoona akan cuba buat permintaan abang. give me some time to know him well... Yoona akan buat ni semua demi abang... so abang.. please don't leave me..."

...

Daun pintu aku buka. Melangkah longlai ke luar meninggalkan abang yang sedang berehat. Rasanya muka aku dah bengkak dek dah terlampau banyak aku menangis. Aku mengesat pipi. Lama juga aku berada di dalam sampaikan aku rasa waktu dah tengah hari.

Baru aku teringat, aku datang sini bersama Taehyung. Mana dia? aku mencari tubuh Taehyung dan akhirnya mata aku terpaku pada satu susuk tubuh yang sedang terduduk di kerusi menunggu sambil tertidur pulas. 

Nampaknya mamat ni memang tak pernah malu. First time jumpa dulu, memang dia suka tidur dekat tempat terbuka macam ni.

Aku melangkah ke arahnya. Bibir aku lengkungkan dengan senyuman. Terhibur tengok dia yang bersahaja tidur sambil berdengkur halus di situ. Aku duduk di sebelahnya.

Aku lihat wajahnya yang sedang nyenyak tidur. "Mesti kau penatkan?" monologku sendiri. Aku menongkat dagu memandangnya. "Weh." Aku panggilnya.

Dia tak buka mata cumanya hanya "Hmm..." Kemudian aku menghela nafas panjang. "sorry susahkan kau." Ujarku sepatah. Dia perlahan membuka matanya dan pandang aku yang berada di sebelahnya. Dia kelipkan matanya sebelum beri satu senyuman pada aku. "Kau dah okey?"

Aku angkat bahu. "Aku takut abang..." Belum habis aku berbicara, Dia kemudian dekatkan wajahnya pada aku tiba-tiba. Aku dah telan air liur. Dia ni dah kenapa? Bangun-bangun dah lalok ke?

"Aku kan 'abang' jugak... umur aku lagi tua daripada kau kan?" dia merenung anak mata aku. Aku kembangkan hidung. "Kau tak layak dipanggil abang." bidas ku pula.

Dia petik jari dan anggukkan kepala. "Betul tu. Abang tak sesuai dengan aku. Better lagi daddy.. betul tak? Cuba panggil aku daddy?" 

dia jongketkan kening berkali-kali. Kemudian aku tolak dahinya menjauhi aku. Ceh, perasan nak mampus. Dia pamer senyuman killer grin.

Degil sungguh mamat ni. dia dekatkan semula jarak wajah kami. Buat aku tergamam sendiri.

"You cried a lot. I know you're not okay..." dia kemam bibirnya. "Abang masih tak boleh sedar lagi kan?" aku angguk. Doktor tak benarkan aku masuk lagi selepas aku lihat abang tadi. 

"Jom." Dia bangun dan tarik tangan aku. Aku yang tak tahu apa-apa ikutkan je. "Tsk, nak pergi mana ni?"

"Pergi ke hati aku."

"Jangan main-mainlah!"

Dia berhenti melangkah dan pandang wajah aku. "Kau kena rest. Jadi, kita balik rumahlah. Aku akan beri layanan first class untuk kau. Jarang tau exgangster macam aku bagi offer."

Dia berkata kemudian tarik tangan aku semula. Melangkah menuju ke pintu hospital. "I'll treat you like a princess. I promise."

Erk... dia ni...

MIN MENYAMPUK;
~Good fact today; Min still single. TIBER!

~vOTE~

[𝑪] Romantic Exgangster Kim Taehyung ᵏᵗʰWhere stories live. Discover now