16|

4.8K 549 128
                                    

Sedang aku menyelak helaian sambil tertawa mengilai-ngilai, tiba-tiba pintu yang aku yakin tertutup dan dikunci tadi terbuka. Kreekk...

Bunyi yang menggerunkan disertakan wajah seorang dengan pandangan yang menggoda betul-betul tepat membuatkan bulu roma aku naik. Macam mana mamat tu..

"Suprise! Terkejut ke Yoona? kau ingat abang kau tak bagi tahu aku tentang kunci pendua dalam rumah ni? Now, kau tak boleh lari dah!" dia melangkah ke arah aku sambil bersiul-siul. Aku menelan air liur.

Gila bijak mamat ni!

Aku mencari sesuatu untuk jadikan penghalang. Kemudian, bila ternampak gambar yang berada di dalam album itu terus aku ambil dan tunjuk padanya. rasanya rancangan aku berkesan. Muka yang tadi nakal jadi cuak. Mata lelaki itu terbeliak. "what the f.."

"Taehyung, kau ke tu?"aku berkata sambil jari telunjuk aku menunjukkan suatu figura dalam satu foto. suara aku tertahan nak tergelak. Taehyung angkat jari telunjuknya. Menunjuk ke arah album. "M-mana kau d-dapat... Bak sini!!!"

Aku terus melompat dari katil dan tertawa berdekah-dekah dek melihat telatah Taehyung yang gabra gila. Aku tergelak lagi kuat bila tiba-tiba dalam dia cuba mengejar aku, dia jatuh tersembam di lantai tersadung dek karpet. Macam nangka busuk jatuh! "SHIT!"

Dia panggung kepala dan melihat aku sedang menunjukkan sebaris gigi aku yang lawa dan putih. "Kan dah jatuh, sakit ke.. V?" pfft.. hahahahaha.

"Aku bukan V lah!! Aku Kim Taehyung! How dare you!!" dia cuba bangun tapi krakk..

"Arghhh my leg!!" dia menjerit dan kemudian labuhkan punggung atas katil. Dia menekan lututnya kerana kesakitan dek terhentak pada lantai. "Tak guna punya lantai! kau memalukan dan menyakiti aku!!"

Dia bagi jelingan maut pada aku. Aku Cuma angkat bahu dan kening. "Apa?"

"Bagi sini gambar tu, Min Yoona."

"Kalau tak nak??"

"I eat you!"

"You want to eat me??" aku berkata berbaur ejekan. Kaki pun dah tak stabil... dia cuba untuk bangun tapi cepat-cepat aku berkata. "Jangan seksa diri, V. Kita tengok gambar ni sama-sama, deal?"

"I'm not V!" tegasnya lagi. aku tertawa kecil. "O-okay, V eh, Taehyung." Aku melangkah ke arahnya dan duduk bersila di hadapannya. Dia menyeringai tapi lepastu macam dah tak sakit dah wajahnya. Aku berkerut.

"dah okay ke?"

"Kau lupa ke aku ni bekas gangster? Setakat jatuh, benda kecil je." Ujarnya angkuh. Ceh! Kalau benda kecil kenapa kau tak bangun terkam aku? Sakit lah tu. Hehe!

"Tak sangka aku boleh tengok muka kau waktu sekolah menengah. Sumpah muka kau takdelah hensem mana ahahahaha!"

Dia mencebik. "Itu aku yang dulu! Waktu belum akil baligh lagi! sekarang aku dah matured, dah hensem." Dia berkata senada. Aku pula yang mencebik. Eleh!

"Asal? Tak percaya? Nak aku buktikan betapa matured nya aku? Hmm?"

Erk! Dia ni sakit-sakit pun boleh jadi. Pantas aku geleng. "Tak payah. Aku nak tengok gambar. Bukan kau." Ujarku kemudian menyelak helaian tersebut. Banyak gambar abang dan dia lah! "Macam mana dari Taehyung boleh jadi V?"

"Biasalah kalau taiko macam aku ada nama samaran! Abang kau dulu pun namanya AgustD, bukannya Yoongi."

Aku angguk kepala. Macam-macam!

Aku selak kemudian dekat satu muka surat, terpampang gambar Taehyung. Lelaki tu tak tersenyum langsung! Aku tergelak. "Kau memang jenis tak reti senyum ke apa?" dengar Taehyung berdecit. "Aku kena paksa tangkap gambar. Aku tak suka tangkap gambar."

[𝑪] Romantic Exgangster Kim Taehyung ᵏᵗʰWhere stories live. Discover now