BAB 4

165 5 0
                                    

Usai sahaja tiba di rumahku,aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Sofa empuk yang terbentang megah di ruang tamu,aku terus mencampakkan tubuhku ke atasnya. Hm lembut. posisi aku dalam keadaan terlentang sekarang ini.

"Haih..penatnya...baru sehari kerja dah kena kerja sampai tengah malam..."keluhku sambil mataku memandang kipas yang sedang berpusing-pusing di siling rumah itu.

Lalu fikiranku tiba-tiba sahaja teringat akan perbualanku dengan Elly sebentar tadi.

Flashback

"Elly,so macam mana?,nak Aris bagitahu Tuan Edry tak pasal ni?" Soalku yang berada di tempat duduk pemandu sambil mataku melihatnya yang masih senyap sahaja daripada tadi.

Aku telah memberhentikan kereta ku sebentar di bahu jalan kerana ingin berbincang dahulu bersama Elly mengenai perkara yang telah terjadi kepadanya tadi.

"Jangan!"jawabnya pantas. wajahnya terus dipusingkan menghadapku.

"Why?"soalku lagi.

"Tak boleh!,nanti kalau abang tau, nanti awak yang kena marah!, awak nak ke kena marah dengan dia?,saya takut nanti dia pecat awak sekali!"jelas Elly dengan riak kerisauan.manakala kedua-dua tangannya sudah memegang lenganku itu.

"Hm..betul jugak,abang awak tu dah lah lain macam sikit garangnya"Aku yang baru teringat akan amaran Tuan Edry sebelum kami bergerak pergi,terus aku menganggukkan apa yang dikatakan oleh Elly itu.betul jugak apa Elly cakap tu.kalau betul-betul nanti dia pecat aku,aku nak kerja mana?,pergi Uk balik?,hrm taknak aku nak kena hadap lagi kakak  tiri aku yang gedik nak mampos tu!

"Okay,nanti sampai rumah kalau dia tanya apa-apa,just cakap okay je takde apa-apa pun"pesan Elly sambil melemparkan senyuman kepadaku.

"Alright adik Tuan Edry!"tabik ku lalu membalas senyumannya.

ZAFRELLA💜Where stories live. Discover now