BAB 5

174 8 4
                                    

Perutku yang terasa lapar,terus aku mengajak Amanda ke sebuah kedai makan bagi memenuhi perutku yang sudah berbunyi itu.

Usai sahaja tiba di kedai makan tersebut,kami terus memilih meja di bahagian tepi dan duduk.

"Waiter?!"panggilku sambil melambai-lambaikan tanganku.

Lalu seorang pelayan perempuan yang berikat rambut ponytail terus datang meluru ke arah kami sambil membawa menu ditangannya.

"Ini dia menu nya.."kata pelayan itu sambil menghulurkan dua buku menu kepada kami.senyuman manis tidak dilupakan.

"Thank you!"

"Nanti kalau dah pilih menu apa, boleh panggil saya semula.."sopan pelayan itu berkata lalu melangkah pergi.

"Alright!"kataku lagi. Manakala Amanda sudah sibuk membuka menu yang dipegangnya.matanya ralit melihat satu persatu menu yang ada.

"Kau pilih lah kau nak makan apa, hari ni aku belanja.."ujarku sambil tanganku membuka buku menu tersebut.

"Serius?!!"soal Amanda sambil matanya bulat memandangku.

"Iyaa,kan aku dah janji tadi.."

"Okay!,kalau macam tu aku nak makan...nasi goreng chicken chop lah, pastu nak fries satu set, nugget tempura satu set,waffle ice-cream satu...pastu air nak minum...air jus tembikai!"panjang berjela Amanda berkata sampai aku yang mendengar pun sudah terkaku keras. Mak aii!,banyak betul dia order,aku ke dia yang lapar sekarang ni?!

"Banyak betul kau makan,tak padan dengan badan.."kataku sambil tersenyum senget melihat Amanda dihadapanku. Mana tak nya, Amanda tu dah lah kurus macam lidi tapi kuat makan! Yang peliknya badan tak gemuk-gemuk pulak dia.

"Eh biarlah,duit kau apa aku kesah hahaha"Amanda sudah terkekeh-kekeh sendirian.Manakala aku yang dihadapannya sudah memandang dengan penuh kesabaran.Haih sabar jelah dapat kawan macam ni.nasib sayang!

"Hm,yelah..perut kau jugak kan yang nak habiskan semua tu nanti.." buku menu ku,aku tutup lalu memanggil pelayan tadi.

"Waiter?!"

Pelayan yang memberikan buku menu kepada kami itu tadi terus datang menapak kepadaku.

"Yes,Encik order apa?"bibirnya terus menanyaku lembut.

"Bagi nasi goreng chicken chop dua, fries 1 set,nugget tempura 1 set, waffle ice-cream satu,pastu air...jus tembikai satu..dan saya punya bagi fresh orange.."kataku lalu melemparkan senyuman kepadanya. Dia juga turut membalas senyumanku.agak-agak dia pun terpikat tak dengan aku? Hahaha!.

"Okay..itu sahaja?.."tanyanya lagi sambil matanya memandangku.

"Yup,tu sahaja!,dah pergi sana.." belum sempat aku menjawab, Amanda sudah menjawab terlebih dahulu.Terasa meluat pula dia melihat pelayan wanita itu yang tidak sudah-sudah asyik memandang Aris.

"Okay,menu saya ambilnya.."Dia yang berasa kurang senang dengan kata Amanda itu, terus mengambil menu diatas meja kami dan berlalu pergi.

"Kau ni kenapa?,halau dia macam tu je.."soalku sambil berkerut dahiku melihatnya.

"Ingat aku tak perasan yang dia tu asyik tengok kau je hm.."ujar Amanda sambil matanya dijelingkan kearah lain.

"Lah tu je hahah!,apa masalahnya?" Aku sudah tergelak kecil dibuatnya.

"Ishh kau kena ingat yang kau tu perempuan bukan lelaki..takkan kau nak bercinta dengan perempuan kot.."bisik Amanda perlahan sambil kepalanya didekatkan ke wajahku sedikit.

"Hm yelah..sampai bila entah aku nak kena macam ni..hm aku pun masih takde idea lagi macam mana nak buat boss kita tu suka kat perempuan.. asyik serius je muka dia tu..aku nak gurau-gurau pun takut.."luahku sambil jariku dimain-mainkan pada handphone ku yang berada di atas meja itu.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Feb 07, 2023 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

ZAFRELLA💜Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt