🔬 10 - Markas🔬

267 39 7
                                    

Masa: 10.30 malam
Lokasi: Makmal rahsia

"Solar, kita ada masalah!" Solar yang baru sahaja tiba di makmalnya terkejut disergah oleh Nut secara tiba-tiba itu.

"Kenapa Nut?"

"Orang yang kena gigit dengan zombie hari tu, akan bertukar jadi zombie dalam masa tujuh hari!" ujar Nut seraya menunjuk sebuah tablet berwarna hitam.

Dapat Solar lihat analisis yang dibuat oleh Nut pada skrin tablet itu. Membulat mata Solar melihat maklumat pada tablet itu.

Dia mendengus. "Nampaknya kita kena cepat cari penawar untuk penyakit ni.. Aghh, tak guna betul orang yang cipta virus ni.. Dia ingat ni cerita Train to Busan ke.."

Solar yang geram menendang sebuah meja kosong yang berada di sebelah kirinya sehingga meja itu berlanggar dengan meja yang lain.



---------------- » «» « ----------------



Tarikh: 15 Mac 2060
Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Balai Polis Pulau Rintis

"Menurut data yang dikumpul, kita mempunyai dua orang mangsa zombie semalam.. Encik Kumar dan mak cik kantin sekolah yang terkenal.." ujar Kaizo seraya menekan butang pada sebatang pen lalu muncul sebuah hologram.

Terdapat dua gambar pada hologram tersebut. Seorang lelaki dan seorang wanita yang hanya menampakkan wajah sahaja seakan kad pengenalan mereka.

Halilintar yang duduk betul-betul bertentangan dengan hologram itu berpeluk tubuh. "Kita dah kumpul semua hint yang diberi oleh geng No Humanity kan?"

Kaizo, Sai dan Shielda mengangguk tanda menjawab soalan ketua mereka.

"Baik, bawa ke sini maklumat tu.." ujar Halilintar.

Sai segera bangkit dari duduknya lalu mencapai sebuah fail berwarna hitam yang terletak pada rak buku. Dia kemudian menghampiri pemuda bermata merah itu lalu menghulurkan fail itu kepadanya.

Halilintar menyambutnya lalu diselak satu per satu muka surat yang terdapat dalam fail itu.

"Malangnya, kita masih tak tahu identiti ketua geng No Humanity ni.." Kata-kata Shielda mendapat anggukan daripada Sai dan Kaizo tanda setuju dengan gadis itu.

Halilintar yang mendengarnya tersenyum sinis. Dia kemudian meletak fail itu di atas meja sebelum memandang ke arah mereka bertiga. "Tak perlu.. Aku dah tahu siapa ketua mereka.."

Terkejut mereka bertiga mendengarnya. "Siapa?!"



---------------- » «» « ----------------




Masa: 10.00 malam
Lokasi: Markas rahsia di sebuah hutan

Seorang pemuda berjaket kuning berserta topeng putih pada mukanya berjalan masuk ke dalam sebuah markas di dalam hutan.

Rumah yang berbentuk khemah itu mampu mewujudkan rasa takut kepada sesiapa yang melihatnya tetapi tidak kepada pemuda ini.

Pemuda itu dengan santai menghampiri pintu besi itu. Pintu besi itu hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk ke dalam markas itu.

Pemuda itu membuka topeng putihnya namun masih terdapat topeng mulut yang menutupi sebahagian wajahnya. Kedua-dua belah matanya diarahkan ke arah sebuah petak berwarna merah berbentuk segi empat tepat.

BOBOIBOY: INFECTIONWhere stories live. Discover now