🔬 13 - Pelik 🔬

291 36 0
                                    

Masa: 10.00 pagi
Lokasi: Hospital Pulau Rintis

"Eh, kau buat apa tu?"

Halilintar yang baru sahaja masuk ke dalam wad Taufan dikejutkan dengan kehadiran Ochobot yang sedang memegang alat pernafasan Taufan.

Ochobot terkejut pantas membetulkan alat tersebut pada hidung dan mulut Taufan. Dia membalikkan tubuhnya ke arah Halilintar. "Takde apa.. Aku cuma betulkan alat tu sebab tadi aku tengok benda tu senget sikit.."

Halilintar menatap tajam ke arah Ochobot. Ditenung dalam-dalam anak mata berwarna coklat itu.

Ochobot meneguk air liurnya kasar. "Okeylah, kalau takde apa-apa, aku keluar dulu.."

Setelah itu, lelaki berpakaian doktor itu melangkah keluar dari bilik itu. Halilintar memandang belakang tubuh badan Ochobot melalui ekor matanya. "Something suspicious about him.."

Halilintar mengangkat bahu lalu menghampiri Taufan yang masih tidur di atas katil pesakit itu.



---------------- » «» « ----------------


Ochobot tercungap-cungap. Dia kini sudah berada di dalam bilik kerjanya. Ditenung seketika pemandangan di luar tingkap bilik kerjanya itu.

Tiba-tiba sahaja dia menggenggam sebuah penumbuk. "Arh! Sikit je lagi tadi!"

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu bilik kerjanya menyentakkan Ochobot. Ochobot pantas membetulkan rambutnya yang sedikit serabut dan merapikan bajunya yang kusut.

Selesai sahaja berbuat begitu, dia menghampiri pintu itu lalu dipulas tombolnya. "Oh, kau rupanya Gempa.. Ada apa?"

Gempa menjongketkan keningnya. Anak mata emasnya mencuri pandang ke dalam bilik kerja lelaki itu. "Kau buat apa tadi? Aku dengar kau jerit macam tak betul je.."

Ochobot memutarkan bola matanya tanda menyampah. "Takde apalah.. Hah, kau datang ni nak apa sebenarnya? Aku ada banyak kerja ni.."

Gempa menghela nafas panjang. "Takde apelah.. Saja lawat kau.. Tak boleh?"

Ochobot membalas dengan mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Memang tak salah, tapi kita sekarang tengah dalam waktu berkerja.. Kalau kau nak, lagi 2 jam baru kita boleh lepak.."

Gempa mengangguk faham. "Okeylah kalau macam tu.. Maaf ganggu masa kau.. Aku pergi dulu.."

Seraya itu, Gempa beredar dari situ dengan penuh tanda tanya. Dia hairan dan pelik kenapa rakannya itu menjerit tadi. Tipulah kalau dia tak dengar apa yang lelaki itu katakan namun dia diamkan sahaja.

Ochobot menutup semula pintunya sebelum menyandar di situ. Dia mengeluh. "Huh, buang masa aku je.. Ingatkan ada benda penting.. Serabutlah aku dengan dia tu.. Lepas tu acah jadi ketua.. Huh.."

Ochobot kemudian melangkah ke meja kerjanya lalu menyambung membuat tugasan yang tergendala.

---------------- » «» « ----------------


Masa: 2.00 petang

Gempa dan Solar mengambil peluang ini untuk melawat Taufan memandangkan mereka tengah berehat daripada kerja.

Dalam perjalanan, mereka berborak kecil. "Jadi, kau dah dapat penawar tu?"

Solar mengangguk. "Tapi masih dalam uji kaji.. Aku belum pasti kalau boleh digunakan dengan selamat.."

BOBOIBOY: INFECTIONWhere stories live. Discover now