🎲1🎲

294 31 7
                                    

2010

"Tapi kenapa? Tak boleh ke awak tinggal dengan saya je? Tak perlulah nak ikut mereka ke New York." Taehyung mengembungkan pipi melihat wajah teman wanitanya yang polos itu.

"Tak bolehlah. Saya tak nak menyusahkan orang lain. Lagipun eomma dan appa saya dah daftarkan saya di sekolah baru di sana." Hyera mengusap lembut pipi Taehyung. Makin cemberut wajah namja itu.

"Awak memang nak berjauhan dari saya ke?" Soalan Taehyung itu berjaya buatkan Hyera tertawa kecil.

"Aniya. Saya tak ada niat. Tapi, ni semua kan hal business keluarga saya. Mahu tak mahu, saya kena turutkan juga. Awak faham kan?" Taehyung menangguk perlahan. Dipeluk badan kecil Hyera erat.

Sungguh dia tidak mahu berjauhan dengan Hyera. Baginya, Hyera adalah pelengkap hidupnya. Cintanya pada gadis itu terlalu kuat.

"Saya janji. Walau macam mana sekalipun yang berlaku, saya tetap akan setia dengan awak. Hanya awak saja yang akan jadi peneman hidup saya sampai mati." Akhirnya, tersungging juga satu senyuman di bibir merah Taehyung.

"Saya pun begitu. Awak adalah milik saya selamanya."

Serenade

[C] SERENADE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now