🎲2🎲

179 27 13
                                    

2020

Seorang gadis mula melangkah keluar dari lapangan terbang itu bersama sebuah bagasi. Diletakkan bagasi itu di sebelahnya lalu didepakan tangan seluas luasnya. Angin yang bertiup menampar lembut mukanya. Rambutnya yang ikal mula berterbangan sedikit.

"I'm back Korea!" Diucapnya penuh rasa gembira.

"Amboi Hyera, rindu betul dengan Korea." Kang Hyejin menegur gadis itu bersama tawaan.

"Oppa ingat Hyera tak rindu pada Korea ke ha?"

10 tahun mereka menetap di negara orang. Setelah semua urusan selesai, kini mereka pulang ke tanah air sendiri. Jika dahulunya gadis itu pergi ke New York bersama keluarganya, tapi kini, dia hanya pulang Korea bersama abangnya saja memandangkan ibu bapa mereka masih sibuk di sana.

"So now, Hyera dah plan nak kerja kat mana? Jangan nak menanggur okay." Hyera mencebik diperli sebegitu oleh abangnya.

"Hyera kerja dekat syarikat appa lah! Jadi assistant oppa. Boleh kan?" Hyejin sekadar menangguk. Jika adiknya sendiri yang kerja sebagai pembantunya, senang untuk dia berurusan.

"Now, what you want to do?" Gadis itu mula tersenyum.

"Meet my boyfriend! Kim Taehyung."

🎤🎤🎤

"Haih, awak tukar nombor ke apa ni Taehyung? 7 tahun tak contact saya. Saya risau." Hyera merenung skrin telefonnya yang masih bercahaya itu.

Sejak dia berpindah ke New York, mereka akan video call atau voice call bagi melepaskan rindu masing masing. Hanya itu saja yang mampu dilakukan memandangkan mereka tinggal di benua yang berbeza.

Namun sejak 7 tahun lepas, namja itu mula hilang dari dunia sosial. Hyera mula berasa hairan dengan semua itu. Kalau tukar nombor pun, mengapa tidak beritahu pada dirinya?

Berbagai cara dia cuba menjejak Taehyung semula. Diupahnya orang di Korea tapi malangnya tidak berjaya. Ditanya juga kenalan rapat kepada Taehyung namun jawapan mereka semua adalah sama.

Tidak tahu

"Kemana awak pergi Taehyung?" Diusap gambar Taehyung yang sedang tersenyum manis ketika video call bersamanya. Satu senyuman sayu terpamer di wajah cantiknya.

"Saya pegang janji saya pada awak. Sampai sekarang saya masih lagi menetapkan awak di dalam hati saya. Saya tunggu awak untuk jadikan saya sepenuhnya milik awak." Rindu yang melampau mendorong perasaannya ke arah kesedihan. Air mata mula mengalir turun.

"Adakah awak pegang pada janji awak? Adakah awak masih setia dan jaga cinta kita?" Ditutupnya telefon lalu dilemparkan ke tepi. Tubuhnya berbaring di atas katil. Pandangannya hanya lurus menatap siling bilik.

"Ataupun awak sudah mempunyai pengganti saya di hati awak?"

Serenade

[C] SERENADE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now