٦ ༈The Ball

4.3K 526 61
                                    

Nukilan Seorang Anastasia"Aku Anastasia si kakak tiri Cinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nukilan Seorang Anastasia
"Aku Anastasia si kakak tiri Cinderella. Di saat tongkat sakti ibu peri tidak lagi diayunkan buat Cinderella, kasut kaca kini sudah ditakhlukinya maka bermulalah kisah si boneka Anastasia."

ELLA menangis teresak-esak di dapur. Telinganya masih dapat menangkap dengan jelas tawa hilaian ibu tiri dan kakak tirinya itu.

Dia mengambil nafas dalam cuba menahan esakannya. Di seka air matanya menggunakan apron lusuh miliknya lalu dia mengambil segelas air kosong untuk di minum. Perut yang berkeroncong di biarkan tanpa di isi. Patah seleranya... lagipun dia tiada apa-apa untuk di makan, semua hidangan sarapan sudah diberikan kepada keluarga tirinya.

'Sabar Ella.. sabar...' Dia memujuk hatinya.

Ella segera berlalu pergi ke kandang milik keluarganya di belakang rumah. Hanya itu satu-satunya tempat untuk dia menenangkan hati. Setiap kali dia dilanda sedih, dia akan pergi memujuk hati di tempat itu.

Drizella yang terlihat kelibat Ella yang berlalu pergi ke kandang dari arah tingkap terus tertawa mengejek.

"Hahhh mulalah dia bercakap dengan haiwan peliharaan dia tu.. macam orang gila je aku tengok..." Kata sinis Drizella mengundang tawa bonda.

"Aippp.. apa cakap macam tu... adik kamu tu.." Ujar bonda

"Adik ? Hello sikit... tak kuasa Drizella ada adik macam tu.." Drizella membuat gaya muntah

"Ada adik pun perangai sama macam patung tak berperasaan tak kuasa Drizella nak tambah lagi satu adik yang gila macam Ella tu.." Rungut Drizella.

Bonda yang mendengar hanya diam, tidak menyokong dan tidak juga membantah pernyataan Drizella.

Anastasia apatahlagi.. dia tetap mengukir raut tidak berperasaanya. Pernyataan kakaknya itu langsung tidak memberi kesan pada hatinya walaupun sedikit.

Selesai bersantapan, bonda bangun berlalu meninggalkan ruang makan begitu juga dengan Drizella. Anastasia yang masih mengunyah sekeping roti turut berdiri mengikut jejak kakaknya.

Drizella memutarkan bebola matanya sambil melepaskan keluhan. Dia menolak Anastasia menyuruh adiknya itu kembali duduk di tempatnya.

"Kalau belum habis makan teruskan makan.. Kalau dah habis nanti baru boleh pergi buat apa yang Aasia nak buat. Faham ?" Tanya Drizella. Anastasia mengangguk lalu kembali meneruskan untuk bersantap.

Drizella menggelengkan kepalanya. 'Apalah jadi dengan adik aku ni ? Teruk sangat kah bonda buat dia ni ?' Bisik hatinya.

Bukan Drizella tidak tahu tentang layanan bonda terhadap Anastasia. Dia tahu cuma dia hanya mampu membutakan matanya kerana dia juga sendiri tidak berani membantah bondanya itu. Bonda itu ibarat seorang ratu dalam hidup mereka berdua. Apa yang keluar dari mulut bonda adalah sebuah titah baginya.

ANASTASIA : A Tale of Esmeralda [ TERBIT ]Where stories live. Discover now