٨ ༈Twelve O'clock

4.9K 588 196
                                    


NOTE : Sebelum baca bab ini, pastikan korang buka video kat atas 👆

InshaAllah korang akan terfeeling baca chapter ni lagi-lagi bila dah masuk part menari dekat The Ball . Oke selamat membaca !

 Oke selamat membaca !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Nukilan Seorang Anastasia
"Aku Anastasia si kakak tiri Cinderella. Di saat tongkat sakti ibu peri tidak lagi diayunkan buat Cinderella, kasut kaca kini sudah ditakhlukinya maka bermulalah kisah si boneka Anastasia."





KOLAM emerald itu galak menilik gadis bergaun biru laut di hadapannya, atas bawah gadis cilik itu ditatap lama. Setelah beberapa minit matanya meneroka, terhenti kilauan emerald itu pada sepasang kaki milik Cinderella.

Hanya kaki kanan sahaja yang cantik memakai kasut berkilauan bak mutiara sementara kaki kiri masih berbogel tanpa balutan. Anastasia duduk melutut, dia mengambil sebelah lagi kasut kaca lalu cuba dipadankan pada kaki kiri Ella.

Ella cuba menghalang perbuatan Anastasia kerana dia rasa tidak wajar pula kakaknya memakaikan kasut itu buatnya. Dia bukanlah puteri raja, jauh sekali seorang permaisuri berkuasa.. tidak layak dia diperlakukan seolah dewi dari kayangan.

"Kakak. tidak mengapa..biar Ella pakai sendiri ya..." Pintanya.

Anastasia hanya menghiraukan adik tirinya dan dengan sekelip mata sahaja kasut itu sudah terpakai indah di sepasang kaki milik Ella.

Ella menggoyang-goyangkan kakinya. Berbinar bebola lautan miliknya tatkala dijamu sepasang kasut persis permata itu. Kasut berkaca itu bak bongkahan ais berkilauan yang ditaburi kerlipan-kerlipan bintang di angkasa. Kilauannya pula kelihatan berpuitis mirip salju putih yang berguguran merdu pada setiap tinta musimnya. Warna biru pada kaca sirna itu seakan memancarkan deruan badai lautan yang bergelora pada mata alamnya.

Ditiliknya dirinya dengan gaun kembang berwarna biru..

Apa yang terlintas di fikirannya pada detik itu adalah seolah-olah tongkat sakti ibu peri sedang menari-nari dan menghadirkan kasut itu dari dunia fantasi. Bagaikan dirinya seorang watak utama dari kisah dongeng sang puteri yang mencari cinta sejati. Sungguh semuanya kelihatan dusta dipandangan realiti !

"Ella tahu..."

Suara itu mematikan lamunan Ella.

"Kakak sayang sangat kasut ni sebab ini adalah pemberian dari orang yang penting dalam hidup akak..orang yang paling kakak hormati dan sanjungi.."

Terkebil-kebil mata Ella melihat Anastasia. Sejujurnya dia hairan dengan perubahan mendadak kakak tirinya itu, sungguh bagai dua insan yang berbeza. Seolah-olah tiada lagi watak boneka yang dimainkan gadis itu dan kini ianya bertukar menjadi seorang Anastasia. The real Anastasia.

ANASTASIA : A Tale of Esmeralda [ TERBIT ]Where stories live. Discover now