❦︎☾︎ PROLOG ☽︎❦︎

5.1K 272 62
                                    

      SEKUJUR tubuh yang sedang lena itu ditatap olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      SEKUJUR tubuh yang sedang lena itu ditatap olehnya. Bibir perlahan-lahan mengukir senyum manis.. wanita itulah pelengkap hidupnya.. bidadari syurganya yang tidak bersayap.. tetapi takdir seolah-olah mempermain kan mereka.. Dugaan yang datang membuatkan dia putus asa..

"Eh? Tak tido lagi?" Pertanyaan itu membuatkan dia tersedar dari lamunan...

"Abang ada masalah ke?" Tanyanya lagi...

"Takde apa apa la.. sayang tido ye" kata dia sambil menepuk bahu isterinya..

"Jangan bohong Mohd Farhan Izrain" suara keras isteri nya sudah kedengaran..

"Entah la abang rasa macam tak percaya.. Sayang dalam pelukan abang sekarang.." katanya dengan senyuman pahit...

"Kenapa?"Tanya Diandra sambil mengelus pipi suaminya

"Sebab bagi abang kisah kita dongeng! Mana mungkin seorang wanita secantik dan sekaya sayang nak dekat abang yang berstatus penge..." jari diletakkan dibibir suaminya agar tidak menyambung kata-katanya..

"Hmm.. Sayang tak suka abang sebut perkataan tu lagi.. semua orang berhak berjaya.. mana tahu abang boleh jadi usahawan dimasa depan" kata Diandra sambil menggenggam erat tangan suaminya...

"Ya tapi macam mana kalau satu hari nanti abang terpaksa tinggalkan sayang?" Katanya seolah-olah merahsiakan sesuatu dari isterinya..

"Kenapa abang cakap macam tu? Abang memang nak tinggalkan sayang ke?" Tanya Diandra dengan suara bergetar..

"Abang cakap kalau kan?" Kata Farhan lalu mencuit hidung isterinya..

"Abang takkan tinggalkan sayang tapi kalau Tuhan nak begitu apa yang abang boleh buat?" Tanya Farhan sambil menjungkit kening..

"Harap harap tak" balas Diandra perlahan..

"Ameen!" Balas Farhan ragu ragu kerana dia juga tidak yakin dengan apa yang dikatanya..

"Abang! Abang nampak penat la.. sayang susahkan Abang eh?" Tanya Diandra..

Manalah tahu kan suami dia berkerja kuat sangat sebab nak pastikan hidupnya selesa..

"Mana ada! Sayang ni fikir bukan bukan pula" kata Farhan sambil mencubit pipi isterinya..

"Mana la tahu kan?" Kata Diandra lagi..

"Ala jangan risau sayang! Hero sayang kan kuat!" Kata Farhan dengan senyuman menawan..

"Alhamdulillah kalau macam tu" balas Diandra sambil mengucup tangan suaminya..

"Sayang ada mimpi pelik pelik lagi?" Tanya Farhan mengubah topik bicara mereka..

"Ada tapi tak sekerap dulu! Benda tu pun dah kurang ganggu sayang" jawab Diandra sambil tersenyum..

Suri Hati Encik Pengemis [C]Where stories live. Discover now