❦︎☾︎ CHAP 17 ☽︎❦︎

1.4K 103 5
                                    

               "KITA dah sampai!" Kata Diandra girang sekaligus mematikan lamunan Farhan.

"Jom!" Ajak Diandra lagi sambil membuka pintu keretanya untuk keluar.

Farhan hanya tersenyum kecil sambil turut melakukan apa yang dilakukan oleh Diandra

"Mana diorang?" Tanya Farhan sambil tangannya menarik pintu untuk membenarkan Diandra masuk.

"Thanks.. diorang ada dekat dalam sebab saya rasa awak dengan family awak perlukan privacy" kata Diandra sambil menunjuk kearah satu bilik dihujung cafe.

"Ouh okey.. jom lah join sekali" ajak Farhan.

"Tak payah kot. Awak nak jumpa mak cik awak kan.. saya bukan siapa-siapa yang layak ada kat sana" kata Diandra sambil tersenyum.

"Siapa cakap? Bukan tadi awak dah terima ke lamaran tak langsung saya?" Kata Farhan mengusik.

"Bila masa?! Dah pergi sana.. kesian diorang tunggu awak" kata Diandra sambil membuat muka jelek.

"Eii! Awak halau saya eh?" Tanya Farhan sambil mengangkat kening.

"Mana ada! Awak pergi dulu ya.. nanti saya datang" kata Diandra sambil mengangguk.

"Okay. Saya pergi dulu" kata Farhan sambil menghayun langkah kaki kebilik tersebut.

"Hesy! Macam macam ragam dia" kata Diandra sambil menggeleng sambil langkah kaki diatur ke kaunter.

"Tengku.. kitorang tak ambil lagi order dekat private room tu" kata Dira sambil tersenyum kecil.

"Okay.. i will settled it" kata Diandra sambil berjalan ke bilik tersebut.

"Assalamualaikum.. boleh saya ambil order?" Tanya Diandra sopan sambil mengetuk pintu.

"Walaikumsalam.. masuk la" jawab Hafiz pula.

"Ni menunya.." kata Diandra sambil meletakkan menu makanan dihadapan mereka.

"Saya nak semua selera kampung yang ada dekat sini" kata Datin Hasyimah dengan senyuman.

"Makanan Datin akan tiba sebentar lagi.." balas Diandra pula.

Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik itu, suara Farhan mematikan langkahnya.

"Dah makan belum?" Tanya Farhan.

"Dah petang tadi" jawab Diandra malu-malu

"Ouh.." jawab Farhan pendek.

"Err.. saya pergi dulu ya" kata Diandra apabila keadaan kembali sunyi.

"Okay.. nanti jangan lupa makan tau" kata Farhan prihatin.

"Ya" jawab Diandra pendek sebelum melarikan diri.

"Ermm.. macam ada bau nasi minyak je ni" usik Datin Hasyimah membuatkan Farhan tersipu malu.

"insya-Allah" jawab Farhan malu-malu.

"Alhamdulillah.. Fiz,kamu bila lagi? Umi dah nak dapat menantu.. ibu bila lagi?" Tanya Datin Hasyimah mengusik.

"Minggu depan Fiz bawa jumpa Umi" kata Hafiz membalas usikan ibunya itu.

Semua tertawa mendengar jawapan Hafiz.

"Ada saja buah fikiran dia nak menjawab budak ni" kata Datin Hasyimah.

"Mestilah!" Jawab Hafiz sekaligus membuatkan mereka tertawa kembali.







                "GRR! Farhan nikan.. memang sengaja tau buat aku malu" kata Diandra sambil menampar lembut pipinya.

"Ya allah malunya aku!" Katanya lagi sambil menekup pipinya yang mula bertukar kemerah merahan.

Suri Hati Encik Pengemis [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora