Chapter 12

7.9K 378 20
                                    


"WHAT the hell is going on here?" Alex bersuara apabila melihat ketua mereka mengheret kasar gadis tempoh hari.

"Mock execution." Arah Ryan Edgard tegas.
Mendengarkan saja itu, Zack bertindak membuka sebuah pintu yang diperbuat dari besi dan sangat cantik ditempa. Jelas terpampang gah tulisan Black Mafia di atas pintu yang berukuran 10 kaki tinggi itu.

"Bring the one who couldn't afford the 'juice'." Kata Ryan Edgard pada Fadhil. Lengan Ayra Naliesya yang masih cuba membentak, ditarik kasar.

"Sit, woman." Bahu Ayra Naliesya ditolak kasar ke kerusi yang tersedia di situ.

"Apa yang kau nak buat ni?!"

"To show you how a prisoners being treated."

Seketika kemudian, seorang lelaki dan perempuan ditolak sehingga terjelepok ke lantai. Pergelangan tangan dan kaki mereka digari sehingga luka dan berdarah. Pandangan Ayra Naliesya kemudian beralih pada seorang kanak-kanak dalam lingkungan enam tahun yang dipegang ketat oleh Zack. Mungkin itu adalah anak kepada kedua mangsa tersebut, tebaknya.

Ayra Naliesya terpana. Dia kehilangan kata-kata. Matanya mula berkaca kerana kasihan melihat kedua insan itu. Lebih-lebih lagi anak kecil yang tidak bersalah itu. Dia tidak pantas menghadapi trauma pada umur yang terlalu awal.

"You're asking for it, so have fun." Ujar Ryan Edgard penuh sinis. Kaki disilangkan lagak seperti mahu menonton wayang sahaja gayanya.

"Start."

Tubuh kedua tawanan itu terlihat longlai, kepenatan dan kurus keding seperti kurang zat. Tidak semena-mena mereka ditarik kasar oleh tali gari yang bersambung dengan dinding membuatkan tubuh keduanya terdorong ke belakang dengan kasar sekali.

"Stop!" Jerit Ayra Naliesya. Baru sahaja dia ingin berlari ke arah mangsa, lengannya ditarik oleh Ryan Edgard dan memaksanya untuk kembali duduk.

"Don't you dare. Or you will pay the same."

Ayra Naliesya memandang anak kecil tadi. Kelihatan budak itu sudah lencun dengan air mata kerana menangis apabila melihat ibu bapanya diperlakukan sedemikian rupa. Dada Ayra Naliesya berombak dengan penuh rasa kebencian. Lelaki ini langsung tiada simpati atau empati dalam hati. Binatang pun lebih tahu apa itu belas kasihan.

"You're crazy!"

"I am babygirl. Now see it for yourself."

Deretan pucuk pistol diteliti satu persatu sebelum tangannya memilih Colt 1911 untuk dijadikan sebagai alatan permainan.

Tubuh lelaki dan wanita yang digari itu kini digantung pula pada roda putar besi dan Zack memusingkannya separa laju.

Colt 1911 yang menjadi pilihan Ryan Edgard mula beraksi. Beberapa das tembakan dilepaskan secara rawak. Kalau hendak, boleh saja dia tembak tepat mengena jantung si tawanan. Tapi tidak untuk hari ini. Dia hanya sengaja ingin bermain-main begitu. Namun jika terkena, itu adalah nasib malang mereka.

"Ibu!!!" Anak kecil yang sedari tadi hanya mampu menangis mula berlari ke tengah ruangan, menghampiri orang tuanya.

Ayra Naliesya yang melihat mula panik, pantas dia berlari menyaingi langkah si kecil lalu memeluk tubuhnya. Tidak mahu ada tembakan yang mengena badan comel si anak.

Kejadian berlaku terlalu pantas. Ryan Edgard tidak sempat untuk menahan dan Ayra Naliesya pula sudah ke tengah. Tersungkur sambil memeluk anak kecil tadi.

Pistol yang berada di tangan Ryan Edgard jatuh menyembah bumi apabila salah satu pelurunya terkena batang tubuh Ayra Naliesya. Dengan pantas dia berlari ke arah gadis itu.

Anak kecil yang masih dengan juraian air mata itu ditolak kasar, menjauh dari pelukan Ayra Naliesya. Tubuh gadis itu dibaringkan lalu matanya membulat apabila melihat cecair merah yang mula mengalir tumpah ke lantai.

"Fuck!" Maki Ryan Edgard. Ini angkaranya? Arghh! Kenapa gadis ini harus bertindak gila seperti tadi.

Ryan Edgard kesal, tidak dia sangka gadis itu akan mempertaruhkan nyawa demi seseorang yang tidak sedarah daging dengannya. Gadis itu rela berkorban untuk yang entah siapa-siapa?

"Please... don't." Rayu Ayra Naliesya separa lemah. Dia mahu Ryan Edgard berhenti dari bertindak tak berperikemanusiaan seperti sekarang. Anak kecil itu tidak bersalah untuk terlibat sama dalam hal ini.

"Don't talk." Ucap Ryan Edgard lantas tubuh itu dicempung dan dibawa kembali ke banglonya.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now