BAB 24

4.9K 120 2
                                    

"Abang Mika?"

Langkahnya terhenti.

"Abang Mika buat apa dekat sini?" sambungnya.

"Adik buat apa ni?"soal Mikael semula kepada Haura.

"Adam mengadu lah ni."rungut Haura.

Mikael mengerutkan dahinya.

"Tak! Kenapa adik selalu fikir buruk je pasal Adam tu? Dia takde kena-mengena dalam hal ni!"marah Mikael.

Haura tersenyum sinis.

"Kalau lelaki tu, takde kena-mengena. Macam mana abang boleh tahu?" balasnya.

"Abang nampak dengan mata kepala abang, sendiri!"

"Oh! Sejak bila abang jadi spy Adam ni? Berapa dia bayar abang?"sindir Haura.

"Jaga mulut sikit! Adik sedar tak, adik bercakap dengan siapa ni! Ini abang adik tau?"bentaknya.

Lalu, Haura pun menjawab semula.

"Ya! Abang memang abang adik! Tapi, abang kena sedar diri jugak! Yang abang tu, cuma abang angkat adik je! Bukan abang kandung adik pun!" tengking Haura tanpa sengaja mengeluarkan kata-kata itu.

"Ya, abang sedar. Abang bukan abang kandung adik. Abang bukan sesiapa bagi adik."jawab Mikael, kecewa.

"Tapi, abang nak ingatkan adik satu je. Syurga adik bawah telapak kaki Adam. Adik sebagai seorang isteri, sepatutnya menjadi tulang belakang suami. Memang kehidupan berumahtangga ni, banyak cabaran. Abang sendiri pun tak nafikan itu. Tapi, abang yakin ada hikmah disebalik semua ni. Allah tu, maha Adil."

Haura mengeluh.

"Kalau adik nak tahu, Adam tu sayang sangat dengan adik. Semua tentang adik, dia nak tahu. Sanggup dia datang jumpa abang, semata-mata nak tahu lebih dalam mengenai adik."

"Tapi, dia dah tunjukkan sayang dia pada adik pun, adik still tak percayakan dia. Tuduh dia macam-macam.

"Sedangkan, adik sendiri nampak effort dia kan?"soalnya sambil bertentang mata dengan Haura.

"Apa yang adik nak sebenarnya?" soalnya.

"Adik buntu lah, abang. Adik tak tahu nak buat apa."jawab Haura.

"Terpulang pada adiklah. Abang tak nak masuk campur lagi hal rumahtangga adik. Nanti, adik tuduh abang perosak rumah tangga adik pulak! Abang pergi dulu."jawab Mikael dan terus pergi meninggalkan adiknya.

Tiba di depan rumah. Aku melihat Adam yang sudah berdiri di hadapan pagar.

"Sayang dah balik?"soal Adam sambil memakai apron.

Haura mengerutkan dahinya. Kemudian, dia menuju ke dapur. Terdapat pelbagai masakan, di atas meja makanan.

"Lauk ni semua, abang ke yang masak?"soal Haura.

"Haah!"jawabnya.

"Dah malam dah ni. Kenapa tak makan lagi?"sambung Haura lagi.

"Sebenarnya, abang tunggu sayang balik. Boleh makan sama-sama."

Haura menundukkan pandangannya.
Dia berasa serba-salah.

"Ikan patin masak tempoyak? Mana abang belajar ni?"soalnya lagi.

"Abang call ibu tadi. Abang tahu, ni lauk kesukaan sayang kan? Sebab tu, abang cuba masak. Tak sangka, jadi pulak!"jawabnya, malu.

"Makanlah?"pelawa Adam.

"Seda..aap"jawab Haura. Terlampau menikmati, masakan suaminya sehingga tidak perasan matanya mengalir.

"Kenapa menangis ni, sayang?"

"Abang. Sayang minta maaf!" jawabnya sambil peluj badan Adam.

"Selama ni, sayang banyak ragu-ragu dengan abang. Sayang tak percaya yang abang betul-betul dah berubah. Sayang ingatkan abang berlakon je depan sayang."

"Mikael dah ceritakan ya?"soal Adam dengan lembut.

Terangguk-angguk kepalanya.

"Untuk pengetahuan sayang. Abang dengan Sarah tu, memang dah takde apa-apa. Abang dah lama lupakan dia. Semenjak kami bercerai lagi. Abang nekad yang abang tak nak bersama lagi dengan dia. Sebab, abang sayangkan Haura."

"Satu lagi. Pasal tadi tu, abang memang percayakan sayang. Tapi, abang cuma tak suka dengan cara sayang. Itu je. Sebab tu abang tegur. Tak sangka pulak, jadi macam ni. "

Haura tersengeh.

"Sayang cuba fikir balik. Macam mana kalau, benda yang sayang buat tu, jadi pada sayang balik. Mesti sayang sedih kan?"sambil menyentuh dahi isterinya itu.

"Jadi abang nak sayang buat apa?"soal Haura.

"Abang nak, saya lupakan semua tu. Belajar untuk untuk memaafkan orang. Kita mulakan kehidupan baru."jawab Adam.

Haura mengangguk kepalanya. Kemudian, mereka pun makan bersama-sama di meja makan. Pertengkaran ini, membuatkan mereka lebih mengenali hati antara satu sama lain.

Duda Cold Hearted (COMPLETED)Where stories live. Discover now