BAB 1

11.6K 536 16
                                    

Erina duduk di kerusi belajarnya sambil memandang ke luar tingkap bilik. Kertas2 assignment bersepah di atas meja. Fikirannya sedikit melayang apabila menatap bintang2 di langit malam yang cantik bersinar.

Tak sangka betul sudah hampir 9 bulan dia berkahwin dengan suaminya, Edrian. Tettt, sekejap...nak betulkan, *terpaksa kahwin* dengan Edrian. Haa baru betul.

Edrian merupakan mamat kaya, muka ala2 mat saleh dengan perangai entah apa2 je.

Semua ini bermula apabila Erina bertemu Edrian dan dengan tak sengaja menjadi saksi Edrian membelasah seorang lelaki di belakang kelab malam. Apabila Edrian menyuruh bodyguardnya untuk menangkap Erina, gadis itu panik lalu dengan tidak sengaja memukul Edrian dengan botol kaca.

Di situlah bermulanya mimpi ngeri Erina. Manusia seperti Edrian, jutawan yang berpengaruh besar, tak mungkin mamat tu akan melepaskannya semudah itu.

Bermula dengan 'terpaksa' berkerja untuk Edrian sehinggalah 'terpaksa' berkahwin dengan mamat tu. Semua Erina terpaksa tanggung demi adik2nya di Mahligai Zaaba, rumah anak2 yatim milik Ayah Daud.

Dia agak takut jika suatu hari nanti Edrian akan memaksanya untuk membuat pengorbanan yang lebih besar. Jika diberi pilihan, Erina mahu lari sejauhnya bersama adik2 dan Ayah Daud.

Namun, sekuat mana pun Erina, dia tetap kalah jika berdepan dengan Edrian. Manusia boleh jadi jahat dan angkuh hanya dengan duit dan harta.

"Actually I was wondering...are you looking for answers at the sky?"

Lamunan Erina terhenti. Dia pejam mata erat. Suara itu. Suara itulah punca masalahnya. Kenapalah masa aku tengah kutuk kau, masa tu jugak kau nak muncul.

Erina berpaling. "Sejak bila awak kat sini?"

"Ada la dalam 15 minit." Balas Edrian selamba, dia duduk di atas katil Erina dengan matanya tidak beralih dari PSP di tangan.

Bulat mata Erina. "Awak tak reti ketuk pintu ke?"

Edrian angkat muka. "Excuse me. I was knocking like a lot of times. Tapi kau tak dengar langsung. Kau tetap nak tengok langit tu daripada tengok muka aku yang handsome ni. Plus this is my house. I can do whatever I want."

Erina buat muka. Serious la dia ketuk. Aku tak dengar langsung. Aishh.

"Anyway, forget it. I just want to tell you that I'm going out tonight. You don't have to cook. Just order some delivery food or whatever" terang Edrian.

Dalam 2 atau 3 hari seminggu, Edrian memang selalu keluar malam. Tapi, Erina tak pernah ambik tahu apa yang Edrian buat di luar. Dan lelaki itu juga takkan peduli dengan apa saja yang Erina mahu buat. Itu apa yang mereka setujui sebelum mereka berkahwinan.

Erina tak kisah kerana dia yakin perkahwinan ini akan berakhir juga suatu hari nanti. Dia hanya perlu bersabar.

"Fine." Balas Erina, ringkas.

Edrian bangun dari katil lalu menuju ke pintu bilik Erina untuk keluar.

"Don't forget to close the door." Arah Erina.

Edrian angkat muka dari PSP. Dia berpaling dengan senyuman manis memandang Erina. "Okay, cupcake"

Edrian memegang tombol pintu. Namun, dia tidak berniat mahu menutup pintu sebaliknya dia menutup lampu bilik Erina. Kemudian, Edrian melangkah pergi tanpa menutup pintu.

Erina bengang di dalam gelap. Ya Allah, geramnya aku dengan perangai mamat sorang niiiiiii. Kalau boleh tumbuk dah lama aku tumbuk!

"I HATE YOU!!"

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now