Q 02

1.6K 103 1
                                    

TUALA aku sangkutkan pada bahu kanan. Rambut diikat tinggi. Jam dinding sempat aku lirik sekilas – 4:00 p.m. Selipar disarung. Aku menuruni tangga ke lobi besar untuk mandi manakala pelajar hostel yang lain sudah berkumpul di bilik prep.

"Weh.. kau ingat tak aku ada curi barang mandi si budak biul dua malam lepas?"

"Ingat. Kenapa? Dia bagitahu warden ke? Kau jangan libatkan aku eh!"

"Ish kau ni! Dengar dulu. Waktu aku mandi semalam, aku nampak barang mandi dia lengkap! Tak ada satu pun yang hilang!"

"Eh.. kau biar betul!"

Jangan pelik. Hari-hari aku sentiasa dihantui perbualan tak berfaedah sebegitu. Terlalu banyak rahsia orang yang tanpa sengaja didengari oleh telinga ini. Aku saja yang bukan kaki kepoh. Itu bukan sifat aku. Tapi mereka ada satu sifat natural yang aku tak gemar.

"Gila ke perempuan ni? Semua orang dah berkumpul depan bilik prep siot, dia baru nak mandi? Esok mesti cikgu Hairi meletup lagi."

Ini sifatnya – menyibuk hal orang lain.

Riuh yang tercetus di halaman berdekatan bilik prep mula menyapa gegendang telinga. Satu per satu nama ketua kiub dipanggil oleh Fathin merangkap hostlead – hostelite leader.

Setiap ketua kiub perlu melaporkan kehadiran ahli yang ponteng supaya pelajar tersebut dikenakan tindakan disiplin oleh warden nanti. Rutin yang menjengkelkan tapi jika diberi pilihan antara rumah dan hostel aku lebih memilih untuk berada di hostel. Aku benci rumah.

"Kenapa kiub D tak cukup orang? Ish! Qayla lagi?"

"Er.. tadi aku nampak dia pergi lobi besar. Mandi." Lapor Hanis selaku ketua kiub D iaitu kiub yang aku huni.

Kaki lebih selesa beredar. Aku tak suka berada di tempat yang ramai orang. Sesak. Bising. Merimaskan. Tiada privasi. Ini salah satu sebab kenapa aku sentiasa bersendirian. Persekitaran yang tercemar dengan bunyian ialah satu situasi yang asing bagi aku. Jiwa tak terbiasa dengan keadaan begitu.

Telefon bimbit dikeluarkan. Tiada sebarang mesej atau panggilan. Bohong kalau aku tak kecewa. Terlalu lama aku tanggung perasaan rindu ini. Tapi adakah dia juga rindukan aku? Entah dia ingat atau tidak pada aku.

Myvi putih yang dipandu dipandu masuk ke halaman hostel berjaya tarik perhatian aku. Pemandunya ialah guru baru yang bersama Lily tadi. Dia senyum tapi aku pamer riak kosong.

1:30 A.M.

Nafas separuh cungap. Baju mula basah. Botol adidas di sebelah aku capai lalu isinya diteguk beberapa kali. Nafas semakin normal. Bola oren yang statik di tengah-tengah gelanggang, aku tuju. Objek sfera itu aku pegang lalu dilantun beberapa kali pada lantai.

Aku menggelecek bola seorang diri. Larian semakin laju mendekati jaring keranjang lalu lutut membengkok dan aku lompat sebelum melepaskan bola.

Dum!

Bola mencium papan keranjang dan menggelongsor ke dalam jaring. Aku senyum sendirian. Jaringan yang memuaskan. Bola keranjang merupakan dadah aku sejak tiga tahun lepas. Jika dulu aku mula bermain kerana bosan, kini bola keranjang menjadi ketagihan. Permainan ini ibarat teman sehidup semati.

QIC – Qayzam Indoor Court merupakan tempat yang menjadi saksi kemarahan, kesedihan dan kekecewaan aku. Hanya dengan gelanggang ini aku berkongsi emosi sepanjang keberadaanku di Cliste High School. Basketball is simply my passion, my everything.

"Wow. You must have practised a lot." Suara itu mengejutkanku. Bola di tangan terlepas semula ke tengah gelanggang. Apa yang dia buat di sini?

"Keluar." Suara dinginku menghalau kedatangannya. Aku tak suka orang ganggu waktu peribadi aku.

QAYLAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin