Q 06

1.2K 77 1
                                    

BILIK mesyuarat.

Aku juga tak tahu kenapa bilik mesyuarat yang jadi pilihan dalam banyak-banyak tempat yang ada, jadi jangan tanya kenapa. Ruang ini kosong. Aku diam seperti biasa. Dia juga tak bersuara dari tadi membuatkan suasana dua kali ganda sepi dan janggal tapi aku berlagak biasa. Dia membuka penutup botol mineral dan melalukan air pada siku aku. Lidah berdesit kerana rasa pedih tiba-tiba.

"Kalau infected ni macam mana?" suara berbaur geram kedengaran namun aku masih dengan muka kosong tanpa reaksi.

Mata setia memerhati perlakuannya yang begitu berhati-hati mengubati luka itu. Jujur, aku tak sedar bila luka tersebut wujud. Usai membalut luka dengan kain kasa, peti kecemasan dikemas semula. Lelaki itu pandang aku. Entah kenapa pujian rawaknya terngiang kembali di hujung telinga. Aku nampak comel waktu marah?

"Awak baik." Pujinya kali kedua. Pendek tetapi memberi kesan yang agak mendalam. Tanpa sedar aku tersengih. Bukan kerana suka tapi pujian itu terlalu tak masuk akal. Qayla yang dikenali dengan sifat kejung, bongkak dan kurang ajar tiba-tiba dipuji baik?

"Stunning! Awak ada lesung pipit, babygirl!" Hashry senyum teruja.

Ah, panggilan itu lagi. Babygirl. Kenapa dia suka memanggilku dengan kata itu? Aku terus keluar tanpa berkata apa lagi. Diam dan pergi seperti biasa. Niat asalku mahu kembali ke kelas tetapi langkah aku terpaku di sebuah bilik yang tak jauh dari bilik mesyuarat tadi. Aku kenal suara ini. Ia milik seseorang yang pernah mendekatiku namun kini dia menjauh semula. Suara ini milik..

"Tania!" separa lantang nama itu diseru padahal orangnya hanya di depan mata. Ya. Tangisan halus yang aku dengar tadi ialah suara Tania.

"Tolong. Saya perlukan duit tu. Saya merayu."

"Baru sekarang kau nak merayu? Kau tak dengar cakap aku, ini yang kau dapat."

"Saya dah buat apa cikgu nak. Kerja saya dah selesai. Kenapa cikgu sekat biasiswa saya? Hal ni takda kena mengena dengan biasiswa saya!"

"Sebab aku tahu duit tu ialah kelemahan kau."

PINTU kaca lutsinar yang teguh di hadapan, aku tenung lama. Kalau ikutkan hati memang aku takkan jejak tempat ini. Aku terpaksa. Aku tahu perbuatan ini akan mengundang amarah cikgu Hairi tapi aku tak peduli.

Kini aku sedang berada di PMC - Private Management Cube aras tiga yang menempatkan sebuah ofis mewah yang lengkap segalanya. Tertera abjad VIP pada pintu kaca tersebut. Oleh sebab ofis ini kepunyaan VIP maka yang pegang kuncinya hanya papa, aku dan staf yang bertanggungjawab untuk bersihkan ofis ini.

Di sepanjang koridor aras ini dilengkapi tiga kamera tersembunyi, jadi sebarang pecah masuk memang susah berlaku. Lebih tepat lagi, belum pernah berlaku. Komputer menjadi sasaran. Aku log masuk ke sistem rasmi Cliste High School dan klik pada Scholarship Students lalu mencari nama seseorang. Mataku terus menangkap sebaris nama yang ditebalkan.

Tania binti Rizalman - suspended

1:00 a.m.

Aku turun ke lobi untuk mencuci muka dan memberus gigi sebelum turun bermain bola keranjang sekejap lagi. Tiba-tiba lengan ditarik seseorang ketika aku sedang berjalan di koridor.

"Aku tahu kau anak Tuan Zamzuri kau boleh buat semuanya atas kehendak kau sendiri! Aku tak tahu dari mana kau tahu, tapi kau takda hak nak menyibuk! Kau ingat aku terdesak sangat ke dengan duit tu? Kenapa? Kau nak tunjuk yang kau ada kuasa? Kau nak tunjuk yang kita ni tak setaraf? Hei aku tahulah tempat aku! Aku tahu aku tak layak pun untuk berdiri setara dengan kau! Kau tak perlu acah-acah jadi penyelamat untuk kembalikan biasiswa tu! Jangan sibuk hal aku!"

Pang! Tania menamparku.

"Mind your own business." Pesannya sebelum melangkah keluar dari bilik persalinan. Aku terkedu.

Lutut dibengkok ke dada.

Aku termenung sambil memandang bola oren yang statik di hujung kaki. Tiba-tiba saja wajah papa bermain di ingatan. Rindu. Tapi ingat ke papa pada aku? Mesti dia sibuk menguruskan hal bisnes. Mana ada masa nak ingat pada aku, apatah lagi nak rindu. Aku tertanya-tanya, sesibuk apa papa sampai tak boleh balik untuk jenguk aku dan mama?

Sembilan bulan bukan tempoh yang sekejap. Memang papa tak pernah lupa bagi nafkah zahir tapi yang aku nak hanya papa di sini. Papa pergi tanpa khabar sahih. Kembali ke sini entah bila. Rindu yang aku tahan ini terlalu sakit. Semakin sakit apabila Joe muncul dan mama berubah.

"Nak teh ais?" dia lagi. Aku terus bangun dan mahu pergi tetapi dengan pantas lenganku ditarik.

Ketika mata aku bertaut dengan mata hazel Hashry, jantung berdegup tidak sekata sehingga aku sendiri mampu mendengarnya. Bau maskulin menerobos ke dalam lubang hidung. Aku terpukau sejenak sebelum lelaki itu bersuara.

"Duduk sekejap?" Pintanya lembut namun tak pula aku menolak. Teh ais yang tinggal separuh disedut sampai habis kemudian plastik berisi ais batu itu diikat padat sebelum dituam pada pipi kanan.

"Pipi awak lebam, Qayla." Aku masih diam.

"Awak okay?"

Perasaan asing itu datang lagi. Perasaan yang hadir setiap kali dia bertanya tentang keadaan aku. Perasaan yang aku tak dapat tafsir. Soalannya sengaja aku biar tidak berjawab. Saat ini aku hanya mahu duduk dan berehat.

Buat pertama kalinya, malam ini aku rasa tenang. Aku rasa seperti hidup semula daripada mati yang teramat lama. Aku rasa seolah-olah semua masalah yang menghantuiku selama tiga tahun terus ghaib ketika Hashry berada di sisi. Aku juga tak faham kenapa tapi untuk sekali ini saja aku ingin tepis semua bebanan.

Biarlah untuk malam ini saja aku berhenti memikirkan tentang semua yang telah berlaku. Aku mahu fikiranku bebas sekurang-kurangnya hanya untuk malam ini. Tanpa gangguan sesiapa.

Mata celik ketika telefon bimbit berbunyi.

"Good morning, babygirl. Had a deep sleep?" dia?

"Jangan lupa pulangkan sweater saya." Dia ketawa kecil di hujung talian.

Baru aku sedar baju hangat hitam yang terpakai di tubuh. Apa yang berlaku semalam? Dia buat apa pada aku? Dia..

"Sebelum awak fikir sampai ke Korea Utara, saya tak buat apa-apa pun kat awak. Awak tertidur tepi gelanggang semalam. Saya cuma angkat awak ke bilik tu," jelasnya merujuk kepada bilik rawatan mini terletak di sebelah bilik persalinan yang sedang aku duduki saat ini. Aku hembus nafas lega.

"And sorry for using the wrong way to get your phone number."

Itu sudah cukup untuk aku faham dari mana dia dapat nombor telefon aku. Anehnya, aku tidak marah. Lebih kepada curiga dan pelik kenapa lelaki ini terlalu bersungguh mendekati aku?

"Also, I bought breakfast. Cuba tengok atas meja," aku menoleh pandang meja. McD.

"Makan okay? Saya nak bersiap pergi sekolah ni. See you later, babygirl." Hashry ketawa sebelum mematikan talian.

Bersiap ke sekolah? Aku pandang jam pada skrin telefon bimbit. 6:00 pagi. Jadi pukul berapa dia bangun dan beli makanan untuk aku?

QAYLADonde viven las historias. Descúbrelo ahora