×02×

353 63 1
                                    

"woahhh" aku terpegun melihat kapal lanun mereka yang kini berada di hadapan aku.

Mereka menyembunyikan kapal mereka di sebalik batu besar di tepi pantai.

Pantai tersebut adalah pantai yang jarang orang kunjungi.

Jadi, mustahil kapal tersebut dijumpai oleh orang lain.

"Hai Ji-Eun!" Sapa San yang baru turun dari kapalnya.

Ahli lain mengikuti San dari belakang.

Aku gembira dapat berjumpa dengan mereka lagi.

"Hai" balas ku.

"Korang akan balik ke dunia korang semula ke?" Soalku.

"Nae. Tempat tinggal kami di laut" jawab Yunho di sebelah aku.

Aku mencebik.

"Ala..awalnya.." rungutku.

"Kalau macam tu, awak ikutlah kitaorang" ajak Jongho.

"Boleh ke?" Soalku mula teruja.

"Tapi nanti keluarga awak risau macam mana?" Kata Yunho yang risau pada keluargaku.

Aku kembali sedih.

"Ala..kita bawalah dia pusing-pusing sekejap. Lepastu kita hantar dia semula" cadang Hongjoong.

"Ha! Betul tu!" Kataku yang kembali teruja.

Yunho memandang aku dengan pandangan serba salah.

"Tapi, aku rasa macam tak sedap hatilah nak bawa Ji-Eun sekali" kata Yunho pada ahlinya.

"Ala..sekejap je. Nanti bila lagi korang nak bersama. Tak rindu ke.." usik Mingi.

Aku dan Yunho saling pandang antara satu sama lain.

"Okey. Awak boleh ikut kitaorang. Nanti kitaorang hantar awak balik" kata Yunho mengalah.

"Yeay!"

•••

Walaupun aku dah pernah menaiki kapal lanun itu, tapi aku tetap rasa teruja.

Kapal itu bergerak masuk ke dalam gua besar yang terdapat di sebelah batu besar.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam gua itu, kami muncul di dunia lain.

Walaupun hanya ada laut disekeliling kami, tapi aku tetap rasa seronok.

Aku berdiri di bahagian paling depan kapal.

Aku menghayati pemandangan di situ.

Semasa aku seronok memandang ke arah ikan paus yang muncul di permukaan air, ada tangan yang memeluk pinggang aku.

Aku memandang tangan yang memeluk pinggang aku.

Tengok tangan sahaja aku sudah tahu siapa pemilik tangan itu.

Aku memusingkan wajahku ke tepi untuk melihat pemilik tangan itu melalui ekor mataku.

Tekaanku betul.

Pemilik tangan itu ialah Yunho.

Apabila aku memalingkan wajahku, Yunho mencium pipi aku.

Aku tidak tahu Yunho a.k.a Pirate King ini begitu romantik.

🐳🐳🐳

Terkejut kami berdua apabila ikan paus yang berada di depan kapal kami memancutkan air.

Habis basah seluruh baju kami berdua.

Kami berdua saling ketawa antara satu sama lain.

Memori indah ini tidak akan aku lupakan.

•••

Aku menukar pakaianku di bilik Yunho.

Aku memakai pakaian Yunho. Pakai Bajunya sahaja dapat menutup sehingga lututku. Bayangkan betapa besarnya baju tu.

"Jieun, awak dah siap?" Soal Yunho di luar bilik.

"Dah" jawabku sambil melipat lengan baju yang terlebih panjang.

Yunho masuk ke dalam bilik dan terus mengetawakan aku.

"Comelnyaaa" kata Yunho sambil berjalan ke arah aku.

Aku hanya balas dengan senyuman.

"Biar saya lipatkan" pelawanya.

Aku membiarkan dia melipatkan lengan baju itu. Sementara menunggu dia siap lipatkam lengan baju itu, aku merenung wajahnya.

Lepas aku pulang nanti, aku pasti rindui dia.

Kalau dia ada telefon boleh aku telefon dia setiap hari...

"Awak dah siap nak berjauhan dengan saya?" Soal Yunho yang sudah selesai melipat lengan bajuku.

Aku mengelengkan kepala aku tanda 'tidak'

"Saya pun tak nak berjauhan dengan awak. Awak nak tahu tak, benda paling menakutkan saya ialah berjauhan dengan awak." Luah Yunho sambil memegang tangan aku.

"Kalau macam tu, tinggallah dengan saya" cadangku.

"Tak boleh. Tempat saya di laut. Kalau kami tiada di laut, siapa yang akan menjaga laut ni"

Aku mencebik.

"Tak pe. Saya janji akan sentiasa jumpa dengan awak"

"Janji?"

"Nae"

Kami saling beri senyuman kepada antara satu sama lain.

"YUNHO! KITA DALAM MASALAH!" Jerit Seonghwa di luar.

Kami berdua terus berlari keluar dari bilik selepas mendengar jeritan dari Seonghwa.

Apabila kami keluar dari bilik, angin yang kuat menerpa kami.

Seonghwa yang berada di atas kapal terus meluncur ke bawa bersama teropong.

"Kenapa?" Soal Yunho resah.

"Ada pusaran air dekat depan" beritahu Seonghwa.

"APA?!" Aku dan Yunho sama-sama terkejut mendengarnya.

Yunho ambil teropong dari Seonghwa lalu pergi ke bahagian depan kapal.

Yunho meneropong di hadapan mereka.

Ternyata apa yang dikatakan oleh Seonghwa adalah betul.

"PUSINGKAN KAPAL CEPAT!" arah Yunho panik.

Yeosang yang berada di tempat mengawal kapal terus memusingkan kapal sehabis mungkin.

Kami semua berpaut pada tiang apabila kapal berpusing dengan tiba-tiba.

Walaupun kapal telah menunju ke arah bertentangan dengan pusaran air itu, kapal tetap pergi ke arah pusaran air itu.

Pusaran itu seperti menarik kapal mereka.

Mereka semua menjadi semakin resah. Begitu juga dengan aku.

Apa yang akan terjadi pada kami nanti?!









TBC

















PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now