×13[LAST]×

369 83 32
                                    

Anak mata Jieun bergetar.

Kalau lelaki di depannya bukan Yunho, jadi siapa dia?

Jieun mengalihkan pandangannya ke arah pintu keluar dari bilik itu.

Kakinya dalam keadaan bersedia untuk keluar dari bilik itu.

Jieun menunggu masanya untuk cabut lari dari bilik Itu.

Jieun perlahan-lahan melonggarkan pegangan tangannya dengan tangan Yunho palsu itu.

3

2

1

Jieun mula berlari ke arah pintu keluar.

"Awak nak pergi mana?" Soal Yunho palsu itu sambil mengenggam tangan Jieun.

Jieun tersentak apabila Yunho palsu menghalangnya pergi.

Tanpa berkata apa-apa, Jieun menendang kaki Yunho palsu itu.

Apabila Yunho palsu itu terjatuh, Jieun berlari dengan pantas ke arah pintu keluar.

Jieun cepat-cepat keluar dari bilik itu sebelum Yunho palsu menangkapnya.

Jieun tutup pintu lalu bersandar di pintu itu dengan keadaan tercungap-cungap.

Kini Jieun berada di tempat asal di mana kali pertama dia muncul.

Jieun memandang 7 pintu di depannya.

Dia percaya Yunho berada di dalam salah satu bilik itu.

Tapi...bilik yang mana?

•••

[Yunho Side]

Yunho sedikit terkejut apabila Jieun membawanya ke satu bilik yang mempunyai katil besar di tengah-tengah bilik itu.

"Duduklah.." arah Jieun dengan nada yang lembut.

Yunho yang bingung hanya mengikuti arahan Jieun.

Dia duduk di atas katil itu sambil memerhati Jieun yang sedang berjalan menunju ke arah meja kecil bersebelahan dengan katil.

Jieun membawa semangkuk yang dipenuhi dengan pelbagai buah-buahan.

Jieun duduk di sebelah Yunho.

Jieun mengambil sebiji anggur lalu menyuapkan ke dalam mulut Yunho.

Yunho sempat menolak pelawaan Jieun itu dari terus dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Kenapa kelakuan awak pelik?" Soal Yunho sambil memandang Jieun dengan pandangan pelik.

Jieun hanya melemparkan senyuman.

Dia masih berusaha untuk menyuapkan anggur itu ke dalam mulut Yunho.

Yunho sekali lagi menolak anggur itu.

"Awak tahu kan kita dalam keadaan yang bahaya?" Kata Yunho sambil merenung tajam anak mata Jieun.

Jieun masih tidak berkata apa-apa.

Dia meletakkan mangkuk berisi buah-buahan itu ke tepi.

Jieun merenung Yunho seketika lalu perlahan-lahan memeluk Yunho.

Dahi Yunho berkerut.

Yunho menolak Jieun perlahan.

"Awak tahu kan kita kena keluar dari sini cepat. Kajja" Baru sahaja Yunho ingin bangun, Jieun terlebih dahulu menarik Yunho dan menyebabkan Yunho terbaring di atas katil itu.

Jieun Baring di sebelah Yunho dan memaling wajah ke arah Yunho.

Dia menarik wajah Yunho untuk mendekatkan wajahnya dengan wajah Yunho.

PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now