×12×

268 55 1
                                    

[In Nightmare world]

"Sekarang tinggal korang berdua je. Hmm.. Aku suka" kata Elly Moon dengan senyuman sinis.

Jieun dan Yunho saling berpegangan tangan.

"Wow. Sweetnya. Korang ingat lagi yang aku kata ada 1 pasangan datang ke tempat aku? Kau tahu apa jadi pada diorang? Tengok sana tu"

Yunho dan Jieun memandang ke arah 2 batu bersebelahan dengan jam.

2 batu itu ialah pasangan yang dimaksudkan oleh Elly Moon.

Mereka telah bertukar menjadi batu.

"Korang dah bersedia?"

"A--"

"Aku tahu korang dah bersedia. Let's begin"

Elly Moon memetik jarinya lalu mereka berdua hilang dari situ.

Mereka berdua muncul di tempat yang berbeza.

•••

[Yunho Side]

"Jieun! Jieun! Awak ada dekat sini?! Jieun!!" Berapa banyak pun Yunho memanggil Jieun, Jieun tetap tidak muncul kerana Elly Moon telah memisahkan mereka berdua.

Yunho mengenggam tangannya menahan geramnya apabila teringatkan apa yang dilakukan oleh Elly Moon.

Kini Yunho berada di tempat yang sangat asing buat dia.

Dia tidak dapat mengenal pasti dimana dia berada.

3 lorong di depannya membuatkan Yunho bertambah bingung.

Dia tahu tugasnya adalah untuk memilih salah satu bilik itu.

Yunho mendekati satu demi satu lorong itu.

Susah baginya untuk memilih salah satu lorong itu.

"Yunho~"

Yunho terkejut apabila terdengar suara Jieun memanggil namanya di lorong 3.

"Jieun?" Sebut Yunho sambil mendekati lorong 3 itu.

•••

[jieun side]

Jieun memandang sekelilingnya. Kini dia berada di satu bilik besar yang kosong dan bercat putih.

Di bilik itu terdapat 8 buah pintu berwarna coklat gelap.

"Yunho!" Panggil Jieun yang berharap Yunho berada di sisinya.

Berapa banyak pun di berharap, Yunho tidak akan berada di sisinya.

Jieun mendekati pintu di sekelilingnya satu persatu.

Srrttt--

Jieun memalingkan wajah ke arah pintu dibelakangnya apabila terdengar bunyi Pintu dibuka.

"Jieun"

Terbutang mata Jieun apabila melihat Yunho membuka pintu bilik itu.

"Yun-Yunho?"

Yunho melemparkan senyuman kepada Jieun.

"Awak memang Yunho ke?" Soal Jieun teragak-agak.

"Sinilah" panggilnya.

Jieun memandangnya pelik.

Jieun berjalan mendekati Yunho.

"Ikut saya" katanya lalu masuk ke dalam bilik itu.

Jieun teragak-agak untuk masuk.

Yunho memandang ke arah Jieun semula. Dia menarik tangan Jieun masuk ke dalam bilik itu.

Jieun terpaksa juga masuk ke dalam bilik itu.

•••

[Yunho Side]

"Jieun?"

Senyap.

Suara Jieun tidak lagi kedengaran.

Baru sahaja Yunho ingin melangkah masuk ke dalam lorong 3 itu, tiba-tiba ada suara Jieun menyebut namanya di lorong sebelah.

"Yunho"

Yunho terkejut melihat Jieun berada di lorong 2.

"Annyeong Yunho" sapanya dengan senyuman manis.

"Jieun?"

Yunho mendekati Jieun.

"Jieun tak apa-apa?" Soal Yunho risau.

"Yunho, ikut saya" ajaknya sambil pegang tangan Yunho.

"Pergi mana?" Soal Yunho bingung.

"Masuk lorong ni" beritahu Jieun yang masih tersenyum.

"Ini lorong keluar dari sini ke?" Soal Yunho.

"Kajja"

Sekali lagi soalan Yunho diabaikan.

Jieun menarik Yunho masuk ke dalam lorong itu.

Sejuk.

Tangan Jieun sangat sejuk.

"Jieun. Awak okey?" Soal Yunho risau.

Jieun hanya melemparkan senyuman lalu kembali memandang ke hadapan.

Yunho memandang Jieun pelik.

•••

[Jieun side]

Apabila Jieun masuk ke dalam bilik itu, terdapat meja makan panjang di tengah-tengah bilik besar itu.

Di atas meja itu dihidangkan pelbagai jenis makanan yang mewah.

"Duduk sini" arah Yunho sambil menarik kerusi untuk Jieun duduk.

Jieun duduk di kerusi dengan perasaan aneh.

Yunho duduk di hadapan Jieun.

"Makanlah" pelawa Yunho.

"Ah..nae."

Jieun memotong stik di pinggannya dengan perasaan pelik.

Pelik dengan kelakuan Yunho.

Macam mana Yunho boleh berkelakuan tenang dalam waktu yang serious ini.

Jieun merenung Yunho di depannya.

Jieun mula merasakan lelaki di depannya ini adalah bukan Yunho yang sebenar seperti yang dia kenal.

"Kenapa tak makan? Tak sedap?" Soal Yunho yang perasan Jieun merenungnya.

"Ah? T-Tak. Sedap" kata Jieun lalu sambung potong stiknya.

Jieun berfikir sesuatu untuk memastikan lelaki di depannya adalah Yunho sebenar.

Mata Jieun membutang luas apabila dia teringat akan sesuatu yang boleh membezakan Yunho sebenar dan Yunho palsu.

Jieun bangun dari tempatnya lalu mendekati Yunho.

"Yunho" panggil Jieun apabila dia berada di sebelah Yunho.

"Ye? Awak nak apa-apa ke?" Soal Yunho.

"Emm..boleh tak saya pegang tangan awak?" Soal Jieun.

"Pegang tangan saya? Boleh je"

Yunho menghulur tangannya.

Jieun terus memegang tangan Yunho lalu menyelak lengan bajunya.

Jieun terkedu.

Dia mula rasa takut.

Benda yang boleh membezakan Yunho sebenar dengan Yunho palsu ialah...

Lambang Bulan di pergelangan tangan Yunho!

Sepatutnya di pergelangan tangan Yunho ada simbol bulan, tetapi lelaki di depannya....









Tiada simbol itu....











TBC




PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now