BAB 1

7.8K 211 3
                                    

"Alamak,tak cukuplah pula."

Adelia terkial-kial mencari duit di dalam dompet dan juga di dalam beg sandangnya.

Aduh! Waktu ni jugalah duit tak cukup! Aku dah lapar ni! Orang dekat belakang pun dah beratur. Buat malu saja! Bisik hati Adelia.

"Tak apa,dik. Ambillah. Dah ada orang yang bayarkan." Makcik yang menjual nasi lemak itu tersenyum seraya menghulurkan bungkusan nasi lemak tersebut kepada Adelia.

"Dah ada orang bayar? Siapa yang bayar,makcik?" Adelia kebingungan.

"Lelaki belakang kamu tadi. Mungkin dia nak cepat. Jadi,dia beli dia punya nasi lemak sebungkus dan sekaligus bayarkan kamu punya sekali waktu kamu sibuk cari duit."

Adelia masih lagi kebingungan. Dia memandang di belakangnya. Siapa pula yang bayar?

Melihat orang yang semakin ramai beratur,Adelia segera meminta diri setelah berterima kasih kepada makcik tersebut. Adelia mencari meja makan yang kosong untuk menjamu selera sementara menunggu kawan baiknya.

"Okey,jom makan. Sabar ya perut. Maaflah buat kau lapar. Aku sibuk belajar. Mesti kau dah teringat-ingat sambal sotong makcik tu kan,"kata Adelia pada dirinya sendiri. Dia duduk di meja makan seorang diri di cafe yang terdapat pada kampusnya.

"Assalamualaikum!"

Auni mengambil tempat di sebelah Adelia. Dia meletakkan beg sandangnya dan mencuri bau nasi lemak milik Adelia.

"Fuh,sedapnya!"

Adelia memandang Auni kemudian mencebik.

"Waalaikumussalam. Kenapa lambat? Kata tak ada kelas pagi ni. Tapi,lambat juga."

Auni tersengih-sengih.

"Aku terlajak tidurlah.."katanya. Dia tersenyum sipu.

"Siapa suruh tidur lambat malam tadi? Kalau aku tunggu kau,memang kelaparanlah aku,"kata Adelia. Dia membaca doa makan kemudian menyuapkan sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya. Fuh! Ya Allah,sedapnya!

"Maaflah.. Aku lambat 20 minit saja pun." Auni pula mencebikkan bibirnya.

"Habis tu,kau nak aku kelaparanlah? Nasib baik kau kawan baik aku. Kalau tak,memang dah kena cepuk dengan aku."

"Patutlah tak ada lelaki nak rapat dengan kau,Lia. Kau garang sangat,"ujar Auni. Dia mengekek ketawa. Sempat dia mencuri sotong Adelia dan menyuapkan ke dalam mulutnya sendiri.

Adelia hanya membiarkan. Dah faham sangat dengan perangai Auni. Berkawan dah tujuh tahun. Memang faham sangatlah!

"Kalau aku tak garang sekalipun,memang tak ada lelaki yang pandang aku. Kau ingat,aku ni taste diorang ke? Memang tak masuk senarai langsung tahu tak?"kata Adelia. Sedap dia menjamu selera tanpa mengambil tahu tentang sekelilingnya.

Dahlah tak sempat sarapan pagi tadi,duit pula tak cukup. Buat hal betul! Nasib baik dapat juga makan nasi lemak sebungkus. Siapalah manusia yang bayarkan nasi lemak dia tadi? Baik hati betul. Terima kasih banyak-banyak!

"Kau cantiklah. Cuma kau kena pandai bermesra dengan lelaki saja. Ini tak. Kau nampak lelaki macam nampak musuh. Terus garang. Macam mana lelaki nak dekat?"

"Sebenarnya,aku bukan garang dengan lelaki. Aku cuma berhati-hati.."kata Adelia. Sekejap saja dia menghabiskan nasi lemaknya kemudian dia meneguk air mineral yang dibawa bersamanya.

"Berhati-hati? Lia,tak semua lelaki macam bekas teman lelaki kau. Dia saja yang perangai teruk macam tu. Kau jangan fikir semua lelaki suka berfoya-foya dengan perempuan. Tak semua okey,"nasihat Auni.

"Aku tahu,tak semua lelaki macam tu. Cuma aku jadikan pengalaman yang lepas tu sebagai pengajaran."

Auni mengangguk. Yelah,nak kata apa lagi? Dah itu kata putus Adelia. Siapalah dia nak tentukan hidup Adelia. Dia hanya mampu nasihatkan saja.

Adelia ni sebenarnya bukan macam yang orang lain sangkakan. Dia bukannya 'nerd' sangat pun. Zaman sekolah dulu,dia paling diva! Bekas teman lelaki dia? Ramai jugalah sebenarnya. Ada yang ditinggalkan dan ada juga yang ditinggalkan oleh Adelia.

Cuma,selepas dia putus cinta dengan seorang lelaki yang bernama Danish,dia terus berubah personalitinya. Masuk saja zaman kolej,dia terus berubah menjadi pelajar yang low profile dan pakaiannya turut lebih bersederhana.

Jadi,jangan sesekali cabar Adelia Amanda. Bila-bila masa dia boleh berubah menjadi diva semula!

"Eh,tu bukan ke mamat pendiam dalam kelas kita tu? Kau cakap,kau nak pinjam nota dari dia kan?"tegur Adelia seraya menunjukkan ke arah seorang lelaki yang duduk bersendirian sambil membuat kerjanya di dalam komputer riba.

"Oh,Faiq. Nasib baik kau nampak. Aku mesej dia banyak kali. Dia tak balas pun. Kau tunggu sini sekejap." Auni bingkas bangun dan terkocoh-kocoh pergi ke arah lelaki yang bernama Faiq tersebut. Adelia hanya memerhati daripada jauh.

Faiq. Pelajar paling pendiam. Tak pernah nampak dia bergaul dengan mana-mana pelajar. Dia sentiasa buat hal dia sendiri. Muka pun tak pernah tunjuk riak muka gembira mahupun sedih.

Pelik,kan? Wujud juga manusia macam ni rupanya. Walaupun dia sentiasa buat hal dia sendiri dan tak pernah bergaul dengan pelajar lain,markah dia dalam peperiksaan selalu tinggi. Kiranya dia top student jugalah.

Muka boleh tahan kacak tapi sayangnya dia tak layan perempuan langsung. Kalau ada lecturer perempuan,dia sanggup tukar bidang pelajaran dia.

Satu saja yang bermain di fikiran Adelia sekarang.

Faiq ni gay ke?

Eh,kalau dia gay,mesti dia dah layan geng Jauhar tu. Geng Jauhar tu pun ramai yang muka kacak. Badan pun boleh tahan sado. Ada nak cuba berkawan dengan Faiq tapi Faiq tetap tak layan.

Pelik betul!

"Oi! Kau termenung kenapa? Fikirkan apa?"tegur Auni. Dia kembali duduk di sebelah Adelia yang baru tersedar daripada lamunannya.

"Tak ada apalah."

"Kau usha Faiq ya.."usik Auni.

"Eh,tak adalah!" Adelia pantas menafikan. Nanti tak pasal-pasal kena mengusik. Auni ni bukan boleh percaya!

"Yelah tu.. " Auni ketawa.

"Kau dapat tak nota dia?"soal Adelia,segera menukar topik perbualan mereka.

"Dapat. Cuma,dia masih tak bersuara. Aku pelik juga. Dia bisu ke sebenarnya? Kalau bisu,bagitahu. Aku pandai sikit-sikit dalam bahasa isyarat ni."

"Eh kau ni. Ke situ pula. Tak baiklah."

"Betul. Aku bersungguh nak buat dia bercakap dengan aku tadi. Dia cuma angguk dengan geleng. Eh,aku teleng juga kepala dia nanti." Auni memandang Faiq yang masih fokus membuat kerjanya.

"Kalau aku tegur dia.. Agak-agak kau dia nak bercakap tak dengan aku?"soal Adelia,tiba-tiba.

"Eh,kenapa tiba-tiba? Ha,aku dah cakap.. Kau suka Faiq! Mengaku sajalah.. Tak payah malu. Aku kawan kau juga." Auni sudah tersenyum-senyum.

Ish budak ni. Aku baru bagi cadangan dia dah mengusik dulu. Hampeh punya budak!

"Kalau kau berjaya buat dia bercakap kau memang diva. Aku tabik! Kau pandai mengayat, kan? Pergilah cuba.." Auni seolah-oleh memujuk Adelia supaya cuba mendekati Faiq.

Eh dia pula yang melebih. Ada yang kena cepuk betul-betul ni nanti!

"Nantilah!" Adelia bangun.

"Eh nak pergi mana?" Auni menahan Adelia.

"Nak buang sampahlah.."

"Kau pergi tegur dia. Tegur sikit saja. Tanya khabar. Jangan risau,dia tak makan orang. Pergi tegur dia,"desak Auni. Dia kelihatan teruja mahu melihat Adelia menegur Faiq.

Kenapalah aku dapat kawan mantong macam ni? Kalau kau syok dekat Faiq,kaulah tegur dia!

Menyesal pula aku bagi cadangan tadi. Aduhai,Adelia.. Adelia. Kenapalah kau buka mulut tadi? Kan dah kena paksa!






Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now