SATU

27 0 0
                                    

Deringan telefon memecah sunyi malam dirumah serdahana milik Puan Hidayah.
Telefon bimbit dicapai oleh Zirah, secepatnya simbol menjawab berwarna hijau dilungsur.

"Hello, nenek!" lantas dijawab setelah melihat paparan skrin telefon itu.
"Hello, Zirah! Nenek nak minta bawakan ke klinik boleh? Nenek jatuh dalam bilik air ni." terkesima Zirah dibuatnya apabila neneknya, Puan Teja mengadu sedemikian. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja mendapat panggilan mengejut.

"Baik, nenek bersiap ya. Sekejap lagi Zirah sampai terus bawa nenek ke klinik Dr Kamal." Bergegas Zirah bersiap ala kadar dengan mengenakan tudung sarong berwarna merah dan hitam yang bercorak tidak terancang dengan padanan baju sejuk merah berjalur putih.

Baginya, penampilan yang ringkas amat selesa lebih-lebih lagi dia bukannya mahu ke pentas peragaan. "Ibu, jom gerak sekarang ambil nenek." Mereka bergegas menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati, takut juga tersandung kaki ketika turun tangga dengan pantas. Rumah pangsa yang mereka diami berada di tingkat 3 daripada 5 tingkat. Meluncur laju kereta Proton Saga flx dipandu Puan Hidayah yang risau mengenangkan emaknya yang jatuh dalam bilik air. Hati seorang anak yang bimbang keselamatan dan keadaan emaknya memandangkan umur emaknya yang berusia.

Sejurus sampai di perkarangan rumah Emaknya, Puan Hidayah turun dan bergegas masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan Emak diikuti Zirah. Sebaik sahaja melihat wajah Puan Teja yang menahan sakit kakinya akibat terpelecok hatinya berasa lega kerana sekurang-kurangnya Emak sudah ada depan mata.

"Mak, macam mana boleh jatuh dalam bilik air? Ya Allah, risaunya Yah bila mak telefon bagitahu yang mak jatuh." Terlihat kerutan didahi Puan Hidayah yang risau akan keadaan emaknya.

"Bilik air tu licin, itu yang mak terjatuh. Benda nak jadi Yah. Tak payahlah risau sangat, sikit je ni!" Zirah terus memapah neneknya untuk dibawa ke dalam kereta.

Sejurus sampai di Klinik Kamal, Zirah memapah neneknya dan menguruskan urusan pendaftaran dikaunter sebelum dapat bertemu dengan Dr. Kamal.

"Nenek, nak kad pengenalan. Zirah nak daftarkan nama nenek." Zirah melemparkan senyuman kepada neneknya. Dia tahu orang sedang sakit pasti dalam keadaan tertekan baginya dengan melemparkan sedikit senyuman pasti neneknya akan reda sedikit dari tekanan menahan sakitnya. Puan Teja menghulurkan kad pengenalannya untuk diuruskan proses pendaftarannya.

"Minta kad pengenalan pesakit!" seorang lelaki remaja berdiri dibalik kaunter pendaftaran klinik Kamal. Sekejap, siapa ya lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Zirah kehairanan dengan lelaki yang baru sahaja dia jumpa. Mana tidaknya, Dr.Kamal adalah doktor keluarga Puan Teja. Perkenalan Puan Teja dengan Dr. Kamal sudah lebih satu dekad dan tahu bahawa Dr.Kamal mempunyai anak tetapi tidak pernah seorang pun ahli keluarga Puan Teja pernah melihat mereka. "Okay, duduk dulu ya!"
"Baik, terima kasih." Zirah terus mendapatkan neneknya dan duduk disebelah menemani Puan Teja sementara Puan Hidayah menunggu Zirah dan Puan Teja didalam kereta. Dia tidak mahu bersesak dalam Klinik dan lebih selesa menunggu dalam kereta Saganya.

Tiba giliran Puan Teja mendapatkan rawatan "Teja binti Isnin!" nama nenek Zirah dilaungkan oleh pembantu Klinik, Puan Arfah dihadapan pintu bilik Dr. Kamal yang terkuak sedikit. Zirah memapah neneknya sambil mengerling anak matanya melihat sosok tubuh lelaki di kaunter pendaftaran tadi. Hatinya tidak sabar untuk tahu siapa lelaki itu.

Selesai mendapatkan rawatan, Zirah dan Puan Teja duduk menunggu untuk mengambil ubat tahan sakit dan membuat bayaran. Mata Zirah tidak boleh diam, asyik melilau melihat kearah kaunter pendaftaran.

Sekali lagi nama Puan Teja dilaung tetapi kali ini dikaunter. Zirah bingkas bangun ke kaunter sambil memegang duit untuk kos rawatan neneknya. Lelaki yang berambut kemas, berkulit sawo matang dan bertubuh serdahana kini berdiri dihadapannya sekali lagi. Lantas menghulurkan kad pengenalan Puan Teja dan terus menunjukkan ubat yang perlu diambil oleh Puan Teja.

MIANHAE, TERSUKA TANPA SENGAJAWhere stories live. Discover now