DUA

15 0 0
                                    

Sejuk dan tenang sahaja pagi itu, rasa bersyukur kerana masih dapat bernafas sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini. Menghirup udara yang penuh dengan oksigen, nyaman tidak terkata. Minda rasa lapang dan terus berasa semangat dalam diri.

"Cepat, nanti lambat sampai di sekolah!" Zirah berlari anak menuruni anak tangga sambil mengarahkan adiknya untuk cepat menyarungkan sepatu sekolah berwarna hitam kerana bimbang mereka akan lewat tiba di sekolah.

"Jangan lupa, kunci pintu elok-elok tau!" Jeritan suara Zirah sayup-sayup kedengaran kerana dia sudah berada di tingkat dua rumah pangsa itu. Adiknya perlu dipesan takut terlupa untuk menjaga keselamatan rumah maklum sahaja adiknya itu baru di tingkatan satu, masih banyak yang perlu dipesan dan diingatkan.

"Ya, orang tahu lah!" pagi-pagi lagi wajah Syatirah mencuka, dia juga bimbang lewat ke sekolah dan perlu bergegas menyarungkan sepatu hitamnya. Kakanya pula mengarahkan dia untuk kunci pintu rumah. Kelam-kabut jadinya.

Tapak perhimpunan pagi Isnin itu, dipenuhi makhluk berbaju seragam sekolah berwarna putih, ada yang berseluar hijau muda, ada pula berkain biru muda, ada juga yang berpakaian seragam sekolah berwarna biru dan kuning cair.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jaya diarahkan duduk bersila mengikut barisan kelas dan tingkatan seperti yang ditetapkan oleh guru yang bertugas.

Pengawas sekolah yang bertugas sudah mula bergerak ke tempat bertugas yang telah ditetapkan oleh guru pengawas sekolah itu. Beberapa pengawas sekolah yang telah dilantik untuk mengetuai perhimpunan rasmi mingguan sekolah itu yang akan berlangsung pada hari Isnin juga telah bergerak ke belakang pentas untuk mengambil teks yang telah disediakan.

Zahirah selaku ketua pengawas sekolah, telah membahagikan tugasan kepada rakan-rakannya.

"Aziz, minggu ini giliran kau baca doa. Insyirah, kau baca ikrar Negaraku.Fatin, kau pula baca ikrar sekolah!" seraya menghulurkan teks bacaan masing-masing.

"Haikal, Adam dan Iman. Korang berdiri di tiang bendera, seperti biasa tugas korang menaikkan bendera. Bahagikan tugas siapa yang nak naikkan bendera sekolah, bendera Malaysia dan bendera negeri Johor."

"James dan Jonrique, korang berdua jaga sistem dan putarkan lagu bila tiba masanya ya!" air muka yang serius tetapi bersuara mendatar sahaja apabila memberikan arahan. Suara mendatar hanya untuk rakan-rakan pengawas, kalau dengan pelajar lain yang degil dan buat pekak ketika dia bertugas. Habis ditengking pelajar-pelajar yang tidak mahu mendengar arahannya.

Zirah tegas apabila keadaan memaksa. Dia lebih suka bersikap tenang dan berdiam diri sahaja. Baginya banyak bercakap bukan minatnya, lagi pula dia cuma banyak berbicara apabila bersama orang yang dia rasa selesa. Sekiranya orang lain melihat Zirah yang garang itu, pasti tidak mahu mendekatinya dan merasakan dirinya itu sombong. Hanya rakan-rakan yang mengenalinya sahaja tahu bagaimana sikap sebenar Zirah.

Tugasnya sebagai ketua pengawas adalah mengetuai perhimpunan pagi itu selaku pengacara majlis.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, diucapkan kepada barisan guru-guru yang saya hormati dan barisan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Bagi memulakan majlis pagi ini, diminta semua pelajar bergama Islam menadah tangan manakala bagi pelajar bukan Islam, tunduk bertafakur. Dengan ini saya menjemput Saudari Aziz untuk mengetuai bacaan doa."

Selesai perhimpunan pagi itu, pelajar diarahkan untuk masuk ke kelas masing-masing.

Kelas bagi Tingkatan Lima Anggerik terletak di tingkat empat blok A sekolah itu manakala adiknya Syatirah, Tingkatan Satu Berlian terletak di tingkat dua blok C berhadapan dengan blok A. Masing-masing membawa haluan sendiri apabila berada disekolah.

MIANHAE, TERSUKA TANPA SENGAJAWhere stories live. Discover now