TIGA

7 0 0
                                    

Tercungap-cungap Zirah selepas berlari lima kilometer di Taman Rekreasi Zakbar. Berlari sambil mendengar lagu yang dapat membakar semangatnya untuk terus berlari sangat membantu bagi Zirah. Kulit wajahnya yang putih kelihatan kemerahan kerana bahang dari dalam badannya yang membakar lemak.
Zirah mengambil tempat di bangku batu yang tidak jauh darinya. Terus dibuka penutup botol minuman yang sedia ada bersamanya, diteguk sekali jalan. Tidak tahu bila dia berhenti menghirup nafas. Kehausan betul Zirah.

"Fuhh, penat gak lari macam ni. Habis pancit hari ni." keluh Zirah yang kepenatan berlari. Berat badan Zirah yang mencecah seratus kilogram, berlari bagi jarak yang jauh membuatkan badannya mudah keletihan. Tekadnya untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

"Bila berlari, dapat juga aku kurangkan tekanan dan otak yang berserabut nak fikir alasan kat nenek nanti." omel Zirah lalu melepaskan lelah dengan kuat. Beberapa pasangan yang kebetulan berlari dihadapan bangku yang diduki Zirah terkejut. Zirah hanya mampu ketawa kerana tidak sangka kelakuannya mengejutkan orang lain disitu.

Mak Itam, adik kepada Puan Teja. Berwajah polos, wajah bak bujur sireh tetapi setiap kata-katanya kepada Zirah sangat tajam seperti bilah pedang yang baru ditukang.

"Alah, serabut betul bila tahu diaorang sekeluarga nak datang... Erghh!" hatinya tidak senang dengan kedatangan Mak Itamnya. Mana tidaknya, dua tahun lepas dia dimalukan oleh Mak Itam dihadapan ahli keluarga yang lain.

"Zirah, badan kau ni gemuk macam gajah. Habis retak rumah Mak Andak kau ni." Lantas ahli keluarga yang lain mentertawakan Zirah. Zirah hanya mampu tersenyum. Mak Andak yang duduk dikerusi, mendengar kata-kata Mak Itam terus tersentak. Riak wajahnya sedikit berubah kerana dia rasa terhina.

Dalam hati Zirah, "Hari raya untuk bermaafan, ini tidak menyakitkan hati orang lagi adalah!" tapi kata-kata itu tidak terluah oleh Zirah. Hatinya dan Tuhan sahaja yang tahu.

Rumah Mak Andak hanya rumah kampung yang usang kerana dinaiki air setiap kali hujan lebat. Setiap kali hujan, dia sekeluarga perlu bersedia menghadapi banjir. Bentuk geografi kawasan perumahan di kawasan itu kurang baik.

"Dasar orang tua tak sedar diri!" Zirah geram dengan kata-kata Mak Itam yang suka cakap tanpa fikir perasaan orang lain. Baginya, apa yang dia nampak dan tidak puas hati perlu diberitahu.

Petang yang nyaman sekali, udara petang yang tenang. Di perkarangan rumah Puan Teja, terdapat dua buah kereta yang baru sahaja memasuki kawasan itu. Serentak dengan kedatangan Zirah dan Puan Hidayah.

Melihat kereta Honda Civic berwarna putih milik Mak Itam dan Honda Jazz berwarna merah milik anak sulungnya, Zirah mula resah kerana dia bakal berhadapan dengan orang yang dia tidak mahu jumpa.

"Mampus aku kali ini!" gumamnya.

"Eh, itu Mak Itam dah sampai. Serentak pula sampai rumah nenek." Puan Hidayah menguntumkan senyuman dan tidak ingat bahawa anaknya dalam keadaan tidak tentu arah.

"Assalamualaikum!" ucap Zirah yang berada di muka pintu rumah Puan Teja. Dia mendahului ibunya.

"Waalaikumusalam." Lapan pasang mata tertumpu kearah pintu masuk rumah seraya membalas salam tadi.

"Bila Tok Umi sampai?" Zirah sengaja berbasa-basi kerana masih menghormati orang tua. Ibunya sering mengingatkan dirinya supaya hormat orang tua walaupun mereka bersikap kurang ajar. Puan Hidayah tidak mahu anaknya menjadi kurang ajar dan berdendam dengan orang tua.

"Baru je sampai, baru sangat-sangat." Balas Mak Itam bersahaja.

Zirah menghulurkan tangan bersalaman dengan nenek saudara, mak saudara dan neneknya.

Kedatangan Mak Itam, Pak Itam dan anak-anaknya disambut baik oleh nenek.

Puan Hidayah melangkah masuk rumah nenek dan bersalaman dengan semua yang berada disitu.

Lima orang anak Mak Itam yang terdiri daripada dua perempuan dan tiga lelaki yang berpangkat makcik dan pakcik Zirah sudah mula membuat mimik muka tidak senang dengan Zirah.

Kelat muka Zirah petang itu, memandangkan hanya dia dan ibunya sahaja yang datang. Sekiranya ditemani adiknya pasti dia tidak kebosanan. Adiknya pula ada latihan tarian zapin di sekolah, terpaksa dia mengikut ibunya walaupun hati tidak ikhlas.

Zirah sedang menyiapkan minum petang di dapur. Bancuhan Nescafe panas di dalam teko dibiarkan terbuka sementara dia sibuk mencari dulang di bilik stor neneknya. Zirah dilihat terbongkok-bongkok mencari dulang dalam stor. Tiba-tiba dia terdengar orang bising-bising di dapur. Zirah menjengahkan kepala dari bilik stor untuk melihat siapa yang berada di dapur. Ternyata Mak Itam dan kedua-dua anak perempuannya yang berbual sakan di dapur.

"Tak senonoh punya anak dara. Tak tahu ke lepas buat air... Teko ni tutup... Bukan terdedah nak suruh setan ludah? Nak bagi cicak berak dalam air?" Bebel Mak Itam dengan gaya seolah memegang penutup teko. Drama Queen betul!

"Kalau bodoh buat air baik tak payah buat kan Umi?" Qila menokok tambah marah Uminya biar rasa lagi sedap dengan riak muka menjengkelkan. Dasar batu api.

"Ika rasa dia lupa kot Umi, maklumlah otak dia kan bebal sikit!" sambil menunjukkan jari telunjuk di kepalanya dan dipusing kan jari telunjuk dia kepalanya, seperti orang gila.
Anak-beranak itu ketawa sakan, terhibur dengan gaya masing-masing agaknya.

Zirah terkedu di dalam stor. Masakan dia boleh terlupa tutup teko air tu, teko itu memang sengaja dibiarkan terbuka agar orang boleh minum Nescafe yang suam. Zirah resah sendirian untuk terus keluar dari stor itu kerana Mak Itam dan anak-anaknya seolah tiada tanda untuk beredar dari situ.

Dulang berwarna kuning keemasan dan bersegi empat yang diletakkan diantara almari pinggan dan dinding dicapai Zirah. Dia perlu segera keluar kerana orang lain sedang menunggu minuman itu.

Apabila melangkah keluar dari stor, "Eh, Tok Umi!" Zirah berpura -pura terkejut melihat nenek saudaranya yang berada berhampiran meja makan, tempat teko diletakkan.

"Eh, Zirah berapa jam kau nak buat air ni? Kau nak suruh orang mereput tunggu air kau tak sampai-sampai? Tau tak orang ni haus, nak minum air. Kau terhegeh-hegeh siapkan air. Lembab...!" Zirah ditengking Mak Itam, lalu dia bergegas ke ruang tamu bersama puteri-puterinya meninggalkan Zirah terkulat-kulat seorang diri di dapur.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIANHAE, TERSUKA TANPA SENGAJAWhere stories live. Discover now