• 4 •

75 5 0
                                    

Aen yang disebelah hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan bahang kemarahan Cikgu yang berdiri dihadapan mereka itu.

Semenjak kelas sej tadi syah telah keluar dan tidak pulang pulang. Aen menghiraukan. Dia lebih memikirkan keselamatan dia yang duduk sebelah lelaki yang keluar masuk bilik disiplin.

Aen ni memang jenis lambat sikit. Tetapi ada juga benda baik yang berlaku hari ini. Di akhir kelas Aen telah ditegur oleh dua orang rakan sekelasnya.

"Hai aen" sapa Eyka

"Hai. Eyka kan? Kau pulak bal? Betul tak?" balas aen

Eyka dan balqis memandang sesama mereka lalu tertawa.

"Nama tu betul dah tapi tunjuk tu salah. Terbaliklah. Aku bal dia yang eyka" Tegur bal

"Oh sorry. Aku memang lambat ni bab menghafal nama ni" aen

"Kau nak tak duduk sebelah aku esok sampai minggu depan?" Soal bal secara tiba tiba.

"Kenapa pula? Bukan tu tempat eyka ke?"

"Iya. Esok sampai minggu depan aku ada banyak Kem yang kena join. Jadi kesian pula dekat bal ni, harap kau ok lah?" Terang eyka

Aen mengangguk perlahan.

"Jom jalan sama sama" ajak Eyka. aen mengangguk. Sebelum dia meninggalkan mejanya dia memandang sekilas lalu kerusi syah. Begnya ada tetapi tuannya entah ke mana. Malas hendak berfikir aen terus berjalan bersama dua orang rakannya.

"Erm kau Okay ker duduk dekat situ dalam kelas?" Tanya bal

Aen tiba tiba mengerut.

"Oklah, kenapa kau tanya macam tu? Meja tu berhantu ke?"

"Ish bukanlah. Taklah saja aku tanya. Manalah nak tahu mamat sebelah kau tu buat tak elok pada kau" eyka

"Huhh? Kenapa pulak? Kejap aku tak faham? Cuba bagi penjelasan" Aen

Malam itu aen sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Pensil tekan di main main. Fikiran Aen jauh terbang memikirkan apa yang eyka dan bal katakan kepadanya.

"Aku nak pesan dekat kau ni. Kalau boleh kau jauhkan diri dari syah. Syah tu bukan setakat nakal tapi dia mampu jadi lebih dari itu" tegah bal

"Ya jadi kami harap kau jaga diri. Hati hati tau kami takut tragedi dulu berulang kembali" eyka

"Tragedi dulu? Apa maksud korang ?"

Skip

Esoknya aen terus duduk disebelah  bal. syah tidak hadir ke kelas. Ponteng. maybe.

Untuk beberapa hari Aen perlu duduk bersama Bal. secara tak langsung dia dan bal terus menjadi akrab. 

Hari Jumaat. Mereka berdua lalu di blok sunyi ya blok makmal sains. Pelajar memang jarang lalu dilaluan itu.

"Bunyi apa tu?" Kedengaran sesuatu yang jatuh. Aen terhenti.

"Syah dengan Arul buli budak lah tu. dah lah wei jom blah" kata bal dengan nada mengesa.

"Buli?" Aen dengan rasa ingin tahu dia mendekati suara suara yang ada. Bal bersusah payah memujuknya tetapi aen berdegil.

Dari satu celah tingkap aen dan bal mencuri pandang mereka. Ya betul cakap bal ada syah dan arul sedang membuli budak. Lihat dari reaksi wajah mungkin pelajar f1/f2.

"Menangis? Lemah! Lain kau jangan berani nak tunjuk muka" kata syah

"Saya cuma nak kamu berdua minta maaf dekat kakak saya. Kerana kamu berdualah kain sekolah dia terkoyak. Kami bukanlah orang senang!" Protes budak itu

"Kau tu baru fm1. Otak budak lagi. Pergi masuk kelas belajar. Blah"

"Tak saya takkan pergi selagi kamu berdua tidak mahu meminta Maaf kepada kak saya!"

"Tak faham bahasa betul budak ni" syah bersedia mencengkam kolar baju budak itu untuk dibelasah.

"STOP IT!" Aen menjerit. Dan budak itu terselamat.

🥀votes

✔️ 07 amWhere stories live. Discover now