Bab 34

8.1K 208 31
                                    

Aku membetulkan tudung pengawas sekolahku. Cermin kereta ditatap.

"Betul ni okey?"

Suara garau yang menyoal membekukan tanganku. Okey tak okey, aku kena hadap juga. Kalau tak, sampai bila-bila aku takkan pergi sekolah. Kenapa? Sebab satu sekolah dah tahu yang Cikgu Amsyar merupakan suami kepada Suria Nashifa.

"Abang tanya mengelamun pula."

Aku memandang Dani lalu gelak kecil.

"Sayang okey lah."

"Betul ni?" tangan kekarnya melekap di pipi kanan aku. Aku senyum. Alhamdulillah, Dani sedang dalam proses pemulihan. Banyak sangat yang dia meminta maaf malam tadi sampai aku pun terikut nangis. Dan sekarang, dia berada di hadapan aku. Sedang melihat aku. Di dalam kereta. Dan, pelajar-pelajar lain lalu.

Erk.

Dalam sekolah.

Aku memandang hadapan semula. Betul. Mereka lalu dan memandang dan membisik.

Tiba-tiba pipi aku terasa membahang. Malu.

"Dah lah. Lambat nanti." lantas aku mengambil tangan kanannya serta salam.

Kereta dibuka dari dalam lalu aku meloloskan diri keluar daripada keretanya. Langkah diatur sehingga ke tapak perhimpunan dan mata masing-masing memandang aku. Baru sahaja aku ingin meletakkan beg di tempat biasa, tiba-tiba,

"Su!!!"

"Wei Su!!"

"Kau ni memang tau!!"

Kawan-kawan aku semua menyerbu. Haih, akan adakah sesi drama pada pagi hari? Mereka menyerbu lalu memeluk aku. Ada yang memukul perlahan. Setiap apa yabg mereka lakukan menjadi tatapan umum pejar lain. Dab sepertinya mereka langsung tidak kisah.

"Kau orang ni dah kenapa?" aku menyoal.

"Kau lah!" Peho marah.

"Sanggup kau tidak datang sekolah!" Rasyidah menambah

"Entah tu! Pastu tiada khabar! Diam aje!" Atiqah pula.

"Eeee sekali bagi penumbuk kang!" Dan Alia.

Aku gelak. Kelakar melihat reaksi dia orang semua ni.

"Aku sakitlah."

"Tahu sakit pastu diam aje. Kau hiraukan je apa yang dia orang cakap tu. Mulut memang minta cili banyak-banyak." Syuhadah ngamuk.

"Sekali bagi Sir Asik kang haaa padanmuka."

Kami gelak lagi.

"Kau jangan. Sebut-sebut nanti menyusul betul." Aku gelak lagi.

Tapi aku seorang sahaja yang gelak. Sebaik sahaja melihat muka mereka yang senyum bermakna aku mengangkat kening.

"Bukan Sir Asik menyusul, tapi buah hati." bisik Peho.

Makin mengerut dahi aku.

Mereka memuncungkan mulut menyuruh aku memandang belakang. Badan dipusingkan.

Huish, lemah semangat. Kalau betul Sir Asik tadi, memang aku dah lari. Tapi yang berada di hadapan aku ini ialah Dani. Muka berseri padahal dari dalam kereta lagi dah bersemuka. Gatal kau Su!

"Jom."

Eh? Jom? Jom pergi mana? Nak ke mana? Eh?

Soalan banyak tetapi kaki tetap mengkutinya. Aku berhenti sejenak lalu memandang Peho dan Atiqah semula.

"Kau orang tak payah nak ponteng ea. Kerja tetap kerja." aku menudingkan jari pada mereka.

Tahulah dia orang apa yang aku cakap.

Cikgu tu HUSBAND AKU! | COMPLETEDWhere stories live. Discover now