Bab 35 (Akhir)

3.5K 178 22
                                    

Disebalik murid-murid yang lalu-lalang untuk pergi ke surau, aku berdiri di tengah-tengah dewan. Aku senyum sahaja memandang karenah kawan-kawan sekelas aku. Bukan main berebut lagi nak berdiri sebelah Dani. Cemburu? Memang ada, tapi pendam lah sekejap untuk hari ini sahaja. Mesti semua orang rindu Dani lepas ni.

Dani gelak juga dengan karenah kawan-kawan aku.

"Sudah-sudah lah tu. Asalkan Suria sebelah cikgu."

Dan masing-masing memandang aku.

"Wuuuuuuu"

Aku menggigit bibir. Ni nak kenakan aku ke? Nak rasa apa ea? Kena bangga ke? Ke pura-pura terkejut?

Dan-dan , aku ukirkan senyuman manis. Mata ralit membalas pandangan Dani.

Selepas ini, tiada lagi nak bahan Dani.  Saling menyakat Dani. Buli Dani. Nak rasa sedih juga tapi kat rumah setiap hari jumpa. Kesiannya dekat kawan-kawan aku ni lah. Nanti mula cakap kat aku rindu, rindu, rindu.

"Sinilah Su. Cepat ambil gambar." Salah seorang kawan sekelasku memanggil.

Dah bosan menunggu aku agaknya yang  asyik tercongok tengah-tengah dewan pastu main pandang-pandang dengan suami sendiri. Bukan semua orang tak tahu. Satu sekolah dah tahu. Aku berdiri tengah-tengah dewan ni pun, murid-murid lain dah tengokkan. Susahnya jadi popular ni! Okey, done perasan.

Aku mengatur langkah perlahan ke arah mereka. Sekali lagi, dah macam perkahwinan luar negara yang groom tunggu bride. Auch! Saat itulah, segala pertemuan, perbualan dan memori aku bersama Dani flashback.

Puji bukan main waktu pertama kali jumpa di sebelah rumah. Takdir menentukan, mak dan ibu merupakan kawan baik. Pernah menjaga aku dahulu. Dan berkeputusan untuk menjodohkan aku dan Dani. Terlalu banyak pahit dan manis. Segala cabaran dan dugaan.

Akhirnya sampai juga di sebelah Dani. Mata Dani masih menatap aku dan aku masih menatap Dani.

"Kalau asyik pandang je, sampai malam tak bergambar nanti." tegur Aimie dengan senyuman sakatnya.

Aku dan Dani gelak.

"Ha cepatlah."

Haiqal yang berada di hadapan kami semua sabar menunggu untuk kami bersedia. Jurugambar untuk majlis pada hari ini. 

"Okay sedia. Formal dulu." aku jerit sedikit.

Dan satu dua tiga. Satu dua tiga.

"Free style!" Jerit Syaza.

Aku mengangkat jari menunjukkan peace. Tak sempat pula nak tengok Dani buat gaya apa.

"Tunjuk Cikgu Amsyar pula." Ramai-ramai tunjuk Dani manakala Dani menunjukkan gaya flower cup dengan senyuman sampai ke telinga. Ala-ala perempuan dengan matanya dikenyit sebelah. Aku gelak dalam hati. Lawak!

"Okey, last!" Wawa menjerit.

Last? Last apa? Last posing ke?

Tiba-tiba kawan-kawan sekelasku berlari dan mereka berdiri di belakang Haiqal. Aku terkebil-kebil. Dah kenapa? Aku kena ikut dia orang juga ke?

Baru sahaja aku ingin melangkah, Dani merentap tangan kiri aku. Serentak, pandanganku teralih memandang anak matanya. Dia masih dengan senyuman manis.

Kepalanya didekatkan di telinga aku. "Kita ambil gambar berdua." Dani membisik.

Hampir tersedak aku apabila dia cakap begitu. Aku menolak badannya sedikit dan memandang dia semula.

"Serius?"

Dani gelak.

"Seriuslah. Tak main-main. Cepat." Kedua-dua tangan Dani memegang bahu aku dan menghadapkan ke arah kamera. Kawan-kawan aku sudah senyum-senyum kambing. Idea siapa ni ha? Aku melayangkan penumbuk pada mereka.

Cikgu tu HUSBAND AKU! | COMPLETEDWhere stories live. Discover now