[3]

2.1K 255 165
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

"TUAN Jimin, sakit ke? Nak bantuan saya jagakan Tuan?"

Jimin tersentak seraya itu matanya terbuka luas. Air mata yang jatuh diseka sebelum pelukan cepat-cepat dirungkaikan. 

Dia menjarakkan jarak antara mereka. Kepalanya tertunduk di lantai. Apakah rasa yang tiba-tiba itu?

"Tuan Jimin... saya.." setapak kaki gadis itu melangkah ke hadapan terus Jimin menaikkan tangannya. Menyuruhnya berhenti merapat.

"S-saya o-okay.." Jimin sendiri tidak sedar dengan apa yang terjadi pada dirinya. Ya, seperti dia sedang dikawal.

Jimin angkat kepalanya merenung tajam ke arah gadis itu. Cuba mengenal pasti, pernahkah dia bertemu dengan gadis ini, tapi hampa, satupun tidak terlintas dalam memorinya.

"Kalau tuan teruskan pandang saya macam tu, alamatnya boleh terbelah dualah saya dengan pandangan tajam, tuan." gadis itu berseloroh sebelum melemparkan senyuman.

"w-who are you?"

"Saya Mirae. Park Mirae. Your new PA start from today~"

"P-pernah ke... kita berjumpa sebelum ni?"

Mirae angkat kening. Soalan itu... "S-saya tak dapat jawab sebab saya juga tak ingat apa-apa."

"Maksud awak?"

"Saya kemalangan. Ia buat saya hilang ingatan. Saya cuma ingat memori ketika saya masih kecil sahaja. Mustahil untuk saya ingat semula apa yang terjadi pada saya selama saya meningkat dewasa..."

Mirae tertunduk. Doktor kata dia hilang ingatan kerana satu hentakan kuat di kepala. Penjaganya pula berkata dirinya ditimpa kemalangan. Satu-satu ayah yang katanya penjaga dirinya.

Sewaktu dia kecil, dia tiada ayah. Sedar sahaja dia daripada koma, wajah lelaki yang pertama dia lihat, mengaku bahawa dia adalah ayah kandungnya.

Meskipun, seperti bukan ayah tapi... dia bersyukur kerana lelaki itu masih mahu menjaganya selepas kematian mamanya.

"Jadi kita tak pernah jumpa... tapi kenapa... saya rasa..."

'Saya rasa saya rindu awak sangat-sangat? Rasa rindu itu semakin membuak tatkala saya memeluk awak walhal saya tidak kenal siapa awak...'

Tapi ia cuma diucap di dalam hatinya. Mulutnya seakan digam tidak boleh bersuara.

Mirae pandang majikannya dengan penuh harapan. Mungkinkah... Tuan Jimin.. adalah antara secebis daripada memorinya yang hilang?

"Nevermind. Kita tak pernah jumpa. Ini kali pertama saya jumpa awak." Kepala Jimin rasa bedenyut-denyut semula. Terus dia berpaling dan mendaki anak tangga.

"K-kejap, Tuan!"

Jimin berhenti melangkah. Dia statik berdiri.

"Meeting nak start tak lama lagi. Biar saya tolong Tuan prepare baju." tanpa menunggu kata-kata Jimin yang selanjutnya, Mirae melangkah naik mendahului Jimin.

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now