[19]

1.3K 229 188
                                    

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

DIA meracau-racau di atas katilnya. Bila mana dia buka sahaja mata, dia sudah tahu, daddy sudah lama ambil alih tubuhnya. 

Mindanya kini makin berserabut. Rambutnya menjadi serabai dan berkali-kali kepalanya diketuk dengan tangan.

Jimin. Akalnya seakan kehilangan kewarasan. Setiap kali dia membuka mata. Wajah daddy sedang tersenyum sinis terlayang di matanya.

Setiap kali dia tutup mata pula, bayangan daddy dan Mirae bersama terlintas di benaknya.

"ARGH!!!"

Suara daddy yang tergelak sinis, suara Mirae yang risaukan dirinya, dan suara Mirae dan daddy yang tertawa berlegar-legar buatkan dia jadi hilang akal!

"K-kepala aku sakit...."

Tidak puas dengan menghentak kepala dengan tangan, dihentak pula di lantai. Berkali-kali sehinggakan darah merah mengalir daripada kepalanya.

"Jangan bunuh aku daddy... aku tak nak mati..."

Dia menangis teresak-esak kesakitan dan menyerabaikan lagi rambutnya. Baju entah hilang ke mana. Badannya lembik tidak bermaya.

Dan secara tiba-tiba, kata-kata Sehun kedengaran di corong telinga.

"Berhenti jumpa Mirae. Dia bahaya. Dia boleh buat kau mati."

Telinga diketup. "Jangan ingat apa-apa Jimin. Jangan..."

"Jangan percaya..."

"Kau lagi dajjal daripada aku, Jimin."

Jimin berlari-lari dalam sebuah bilik. Seakan-akan dia boleh lari daripada suara yang berlegar-legar dalam kepalanya. Pil-pil ubat jatuh bertaburan di lantai di pijak sehingga lumat.

"Ubat bodoh! Kau tak sayang aku! Sehun tak sayang aku! Mirae tak sayang aku!!!"

Sekali lagi dia berhalusinasi. Bagai orang gila terpekik terlolong. Anak matanya melirik ke kanan dan ke kiri berkali-kali. Khuatir andai dia diperhatikan walhal tiada sebarang figura yang berada di dalam bilik itu.

Darah yang menitik di dahi tidak dipedulikan. Tidak sesakit kepalanya yang seperti berdegang.

"Kalau Mirae tiada, aku akan pulih."

Kaki yang tadi laju melangkah tiba-tiba pegun di tengah bilik itu. Wajahnya kosong tiada perasaan.

"Kalau Mirae tiada, aku... akan pulih..."

[𝑶𝑮] Under Daddy ControlᵖʲᵐWhere stories live. Discover now