Chapter 17

2.4K 114 3
                                    

Erica dan Melin pergi ke Mall untuk membeli barangan basah kerana barang basah di Mansion mereka hampir habis. Stella tidak ikut kerana masih lagi terbongkang di rumah bersama dengan suaminya.

'Dee, aku pergi beli junk food kat sana kau pilihla barang yang kau nak kat sini' kata Melin mengelak dari membeli ikan.

'Bila kau nak pandai masak kalau asyik menggelak ni. Nanti takde sorang lelaki pun nakkan kau' kata Erica.

Stella dan Erica memang master Chef di dapur mansion mereka sebelum Stella kahwin. Selepas kahwin Erica lah chef di dapur tersebut.


'Alah, keropok, gula gula semua dah habis kat dalam mansion tu. Alah kau beli jelah ikan apa semua tu. ok bye' kata Melin lalu berlari kearah rak yang ada keropok dan sebagainya.

'Ee'eh, orang suruh belajar masak tak nak tapi nak kahwin. Nak kahwin nanti nak bagi suami makan apa la' bebel Erica seorang diri.

'bebel macam mak nenek' kata seseorang di belakangnya.

'Eh biarlah. Mulut saya bukan mulut awak' kata Erica geram.

'Sorang je ke?' tanya si "dia"

'Awak ni nak apa sebenarnya. lagi satu awak ni bukan kawan Zyan ke? mana kawan awak lagi sorang selalu berkepit je? ke awak ni gay' tanya Erica bertubi tubi.

'Mulut macam mechine gun tu yang buat saya suka' kata Aydan. Ayat terakhir diperlahankan.

'Apa tak dengar' kata Erica sambil menadah telinga dihadapan muka Aydan.

'Takde apa apalah. ok aku jawab soalan kau tu satu persatu. First, yes aku kawan Zyan and my name is Aydan, your future husband to be' kata Aydan sambil kenyitkan mata.

'perasan' kata Erica selamba.

'Hahaha. Ok second, tah tadi terpisah masa datang sini. And the last one, muka hensem macam ni kau kata gay. Kalau muka baby face tu yelah' kata Ayda tak puas hati.

'Sekarang lelaki hensem pon ada yang gay tau jangan main main' kata Erica sambil memilih sotong.

'Tapi lelaki tu bukan akulah sebab aku lelaki sejati' kata Aydan dengan bangga.

'Eh dahla, pergilah kacau orang lain saya busyla' kata Erica menghalau Aydan.

'Meh, aku tolong kau. Cepat sikit buat kerja 2 orang' kata Aydan menawarkan dirinya.

'apa apalah' kata Erica lalu ke tempat ketam untuk membeli ketam la takkan ayam pula eishh....

**********
Melin yang sedang melihat ke rak yang penuh makanan sehingga tidak sedar orang yang berada disebelahnya.

buk!

'Sorry, Encik are you okay?' tanya Melin.

'It okay' kata lelaki itu lalu memandang kearah Melin.

'Eh kau!' kata Melin hampir terjatuh bakul yang dipegangnya.

'Lin, I miss you. You pergi mana selama ni. I cari you tau' kata lelaki dengan dramatis.

'Kau nak apa lagi Ez, We are done. Kita dah tak de apa apa lagi. Kita dah putus lagipun kau yang putuskan hubungan ni kan sebab perempuan jalang tu. Kau tak ingat ke' kata Melin menahan geram. Air matanya setitik demi setitik keluar.

Dia tidak kiat dalam hal percintaan kerana baginya semua memilukan

'I tahu you masih lagi cintakan I please let get back together. Kita sama² macam dulu' rayu Ezrq.

'Cinta tu dah mati bila kau putus dengan aku sebab perempuan sundal tu. Kau sanggup pilih perempuan tu dari aku lepastu kau nak aku balik. kau tahu tak hidup aku merana. Kau buat aku susah untuk percaya lelaki. Kau buat aku rasa lelaki semua sama.' kata Melin naik seoktaf orang sekeliling mula melihat adegan tersebut.

'Lin, I betul² menyesal buat macam tu dulu. Jom get back. I janji I akan setia dengan you sorang je' kata kata buaya yang boleh mencairkan hati perempuan dikeluarkan oleh Ezrq tetapi Melin tidak termakan kata kata tersebut dengan mudah.

'Ishhh, lepasla. Stop distrub me. Don't show your face in front of me again. I hate you' kata Melin lalu berlari keluar dari Mall dan ke pantai untuk menenangkan diri.

***********
Erica dan Aydan keluar dari mall bersama sama.

'Thank sebab tolong saya angkat barang barang ni. Nak harapkan si Melin tu memang tak lah' kata Erica.

'It's okay, no problem. Small matter lah. Kalau kau suruh angkat kau pun aku sudi' gurau Aydan membuatkan muka Erica merah.

'Shy huh? You're such like an apple. Takdelah Aku gurau je. Ni kau balik naik apa?' tanya Aydan kepada Erica yang sedang mengelamun.

'Hah, oh. Tadi saya datang dengan Melin tapi sekarang batang hidung dia pun saya tak nampak' kata Erica.

'Oh i see. kalau macam tu naik dengan aku. Nanti kau call Melin cakap kau naik dengan aku. Takdelah dia risau kalau tinggalkan kau' kata Aydan membuatkan Erica terfikir sesuatu.

'Boleh ke? Nanti kalau girlfriend awak marah macam mana? Saya tak nak jadi perempuan perampas' kata kata Erica mengundang ketawa Aydan.

'Hahhaha, Girlfriend aku tak marah punya. Jom lah' kata Aydan sambil wink kepada Erica.

'Mereka berjalan kearah kereta Audi Aydan. dan bergerak pulang ke apartment Night Rose.

Takkan nak suruh Aydan tu bawak dia pergi markas Night Rose. Macam dia tak tahu yang Aydan tu sebenarnya ahli Death Hell. Mahunya diorang ceroboh markas tu. Dahla markas tu "the main mansion Night Rose" takke naya.

************
Carl berjalan di sekitar pantai yang dibeli untuk seseorang gadis yang dia cintai. tapi gadis tersebut tinggalkan nya.

Tiba tiba dia terlihat seseorang sedang menangis di persisiran pantainya. Niat hatinya ingin menghalau tapi terbantut apabila melihat crushnya yang sedang menangis disitu.

'Hey, why are you crying' tanya Carl lembut. Yela crushkan takkan nak tengking².

'Nothing, just leave me alone' kata Melin tanpa memandang kearah orang tersebut.

Carl duduk disebelah Melin tanpa meminta kebenaran.

'Are you deaf? I said leave me alone' kata Melin tapi kali ini dia memandang muka Carl.

'but for me, your "leave me alone" meaning "Don't leave me" so I sit here to be friend and I also can be your share patner. if you have problem. You can share with me. Either work problem or personal problem' kata Carl lembut sambil wink kepada Melin.

Melin terus menangis teresak esak sambil memeluk lututnya.

Carl tidak sampai hati ingin menanyakan soalan kepada Melin. Dia memeluk Melin dengan erat. Dia membiarkan Melin menenangkan diri.

Selepas beberapa minit, Carl merasakan tiada pergerakkan dari Melin. Dia menunduk untuk melihat wajah putih kemerahan Melin kerana baru habis menangis.

'Lah, tidur dah. Aku nak bawak ke mana ni. Rumah dia manalah aku tahu. Nak tinggalkan dalam hotel sorang sorang bahaya pula. Ahh, bawak jelah' bebel Carl lalub dia mengangkat Melin masuk kedalam keretanya.

Done chapter 17...stay tuned untuk chapter 18 guyss....bubyeee

Mafia Family {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now