CLH 15

23.1K 1K 71
                                    


SUDAH lebih 2 minggu berlalu di mana Aaira dan Syafiqah bertandang ke rumah Lana Haura.

Namun Aaira masih lagi tiada keberanian untuk berhubung dengan Luth Haiyyan, dia simpan sahaja nombor lelaki itu.

Bila Syafiqah tanya bila nak call atau whatsapp lelaki itu mesti jawapannya "tak bersedia" "macam mana kalau dia tak terima aku" "aku takut lah Iqa"

sampai Syqafiqah dah hafal ayat sahabatnya.

Aaira merenung phonenya, harini tidak banyak pesakit yang perlu dia periksa Itu yang dia boleh duduk santai macam ni kalau tak memang ke hulu ke hilir dia sampai tak sempat nak tengok phone yang dia sumbat di dalam loker.

Dia melihat nombor Luth Haiyyan yang dimasukkan oleh kak Lana haritu,

Aaira berkira kira sama ada nak message lelaki itu ataupun tak,

buntu fikirannya hanya disebabkan Luth Haiyyan hidupnya jadi tak tentu arah.

Aaira seperti dapat mengagak cuma dia sahaja yang rasa perasaan seperti ini tak mungkin Luth Haiyyan rasa apa yang dia rasa,

dalam tak sedar Aaira mengeluh sendiri

"ha yang kau mengeluh sorang sorang dekat dalam bilik loker ni kenapa?" sergah Syafiqah.

terperanjat Aaira, dia memadang tajam ke arah Syafiqah

"kau ni kalau nak masuk tak reti nak bagi salam ke" tegas Aaira

"aku ingat tak ada orang tu yang aku tak bagi salam kalau aku bagi salam masa tak ada orang lepastu ada pula yang menjawab salam tu, tak ke seriau aku" Syafiqah membuat muka ketakutan

"merepek je kau ni" Aaira malas mahu mengambil tahu

"ehh betul lah haritu doktor Syifa cerita dekat aku dia balik lewat then dia masuk bilik loker ni sorang sorang sebab nak ambil handbag lepastu lampu bilik ni terpadam wehh terus dia cepat cepat ambil barang lepastu lari pecut 200 meter" cerita Syafiqah bersungguh sungguh.

Aaira hanya diam sahaja tapi dalam hati mengutuk Syafiqah boleh pula dia cerita benda benda macam ni dekat sini, cari nahas betul.

Dalam pada masa yang sama tiba tiba mereka terdengar bunyi seperti seseorang mengetuk ngetuk loker bahagia belakang di mana terdapat loker doktor doktor yang lain,

setahu Aaira hanya dia dan Syafiqah sahaja di sini tak ada pula nampak doktor lain yang masuk kalau doktor lain masuk mesti pintu akan berbunyi bila ditutup dan mereka akan nampak kalau ada mana mana doktor lalu untuk ke loker belakang,

tapi mereka tak nampak dan tak dengar bunyi pintu tertutup.

Tak menunggu lama Aaira dah pandang Syafiqah lepastu Syafiqah dah pandang Aaira, muka mereka berdua dah cuak.

Syafiqah yang sememangnya penakut sudah lari terlebih dahulu diikuti Aaira yang ketinggalan di belakang sempat lagi dia mengata 'nak lari tu bagitahu lah dulu'

Mereka lari dan turun ikut tangga, sempat juga Aaira perasan yang Syafiqah langkah sampai 5 anak tangga,

memang betul betul takut Syafiqah ni sampai besar langkahnya.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now