CLH 16

22K 1K 40
                                    

"ADA apa apa barang yang tinggal lagi tak Iqa? Kau tu bila kita dah gerak ada je barang yang tinggal, kalau ada apa apa yang kau lupa aku taknak patah balik even kita baru sampai rumah jiran sebelah ni" pesan Aaira siap siap kepada sahabatnya yang sentiasa pelupa dan cuai itu

"ya Aaira sayang tak ada barang yang tinggal aku dah siap check 10 kali tadi okay, rasanya cik Aaira Nasrin dah boleh  jalan takut nanti kita sampai lambat pula" malas Syafiqah nak dengar Aaira membebel panjang panjang sebab dia yakin 300% tiada apa lagi barang yang tinggal

"hish yela yela bismillah" Aaira akur dan menurunkan handbreak












HANIF yang sudah bersiap siap untuk ke kursus asyik melihat jam di tangan

"kenapa abang daripada tadi saya tengok abang asyik tengok jam je?" tanya Afiya hairan melihat kelakuan suaminya

"abang tunggu Aaira dengan kawan dia katanya dah nak sampaikan tadi masa awak call Aaira" balas Hanif

"ouh memang lah saya ada call dia tapi dia baru kejap tadi call saya balik katanya nak singgah makan makanan viral dekat area sini, tu yang dia kata dia lambat sikit" lupa pula Afiya nak maklumkan pada suaminya

"ouhh yeke tak apa lah. Ni abang dah nak gerak, awak tak apa ke tinggal sorang sorang?" risau Hanif yela isterinya itu sudahlah berbadan dua,

dia takut bila dia pergi nanti macam macam kerja pula isterinya buat.

Kalau dia ada isterinya tidak boleh buat kerja berat berat pasti dia akan tegur ataupun angkat isterinya dan letak di atas sofa

"apa yang tak okay nya macam tak biasa pula saya tinggal sorang sorang bila abang pergi kursus" kata Afiya selamba

"memang lah tapi abang risau bila abang pergi je nanti macam macam kerja yang awak buat" Hanif meluahkan rasa bimbangnya

"ya allah tu yang abang risau, kan sebelum abang nak pergi semua kerja rumah abang dah buat" Afiya cuba meyakinkan suaminya itu bahawa dia takkan buat kerja rumah tapi untuk harini jela heheheheh...

"janji ehhh, okay lah abang nak pergi dah ni ingat pesan abang kalau abang dapat report dari Aaira sayang buat kerja rumah siap sayang bila abang balik nanti" Hanif memberi amaran manja pada isteri kesayangannya

"ouhh dah pakat dengan Aaira yaaa, okay lah cik abang sayang saya tak buat kerja berat berat okay" Afiya mencubit pipi Hanif manja,

dia mencuim tangan suaminya itu manakala Hanif membalas dengan mengucup dahi Afiya














"WAH, sedapnya mee hailam ni tak sia sia kita singgah isi perut dekat sini" kata Syafiqah puas,

mana tak puas kalau dia dah hentam sampai 2 mangkuk mee viral tu

"haah tapi tula terperanjat aku bila kau order sampai 2 mangkuk, selalu kita makan mana pernah kau order banyak macam ni" Aaira jadi hairan tadi dengan perangai Syafiqah

'takkan Iqa ni bela hantu raya kot' terdetik dalam hati Aaira

'ehh tak mungkin lah' dalih Aaira

"entah lah mungkin aku dah nak datang bulan tu yang banyak makan" balas Syafiqah, dia kemudian menyedut jus epal asam boi yang tinggal separuh,

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now