Berkenalan

24.8K 67 6
                                    

Waktu ni, tasha baru menampak ke sekolah menengah. Dia bersekolah di Sm St *****. Nama pun baru masuk ke alam baru, ada juga kawan yang satu sekolah masa sekolah rendah tapi bukan kawan rapat. Ada sorang jiran dia, tapi tasha ni jenis tidak terlampau bergaul. Nama budak tu Amy

Hari pertama persekolahan dia dan amy bersama-sama ke sekolah dengan menaiki kereta yang mak bapak dorang dah bayar setiap bulan, masa dalam perjalanan tasha pergi ke sekolah perasaan tasha jadi bercampur baur. Perasaan yang dia sendiri tidak pasti, mungkin perasaan tu jadi sebab takut untuk berhadapan dengan situasi baru alam sekolah menengah.

Amy : kau dah kenapa ? Sapanya
Tasha : hm ? Apa ? Balasnya
Amy : ngelamun sakan kau eh ? Takut kot 😂
Tasha : 😅 eh tak ah, aku ngantok ni.  Tipunya

Setibanya di pagar sekolah yang bakal di duduki selama 5 tahun itu. Tasha dan Amy pun keluar dari kenderaan yang dinaiki. Berjalan menuju ke pagar sekolah, ramai pelajar yang sudah tiba. Ada yang duduk di pondok, ada yang duduk beramai-ramai dekat bawah pokok sambil berborak sesama sendiri dan ada juga yang duduk solo-solo dikantin yaa mungkin sama seperti tasha yang baru menampak ke sekolah itu. Tasha tiada hala tuju, dia hanya mengikuti jejak Amy.

Amy jenis yang cepat ramah walaupun dengan orang yang baru dikenalinya, berbeza dengan tasha yang suka berdiam. Bukannya tasha tidak seramah Amy cuma dia tidak selesa dengan keadaan baru begini, dia sendiri tidak tahu bila dia akan berjumpa dengan seseorang yang mungkin dia boleh sesuaikan dirinya dengan keadaan baru itu. Seiringan dengan Amy tasha dapat bersuai kenal sedikit dengan pelajar-pelajar baru yang seusia mereka. Ada yang tinggi, rendah, berisi Alhamdulillah semua jenis ringan mulut jadi tasha tak berasa sangat kekok.

Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid sekalian. Diminta semua pelajar masuk kedalam dewan sekarang !  - pengunguman dari corong pembesar suara disetiap penjuru bangunan.

Kelihatan semua pelajar masuk ke dalam dewan, dan bebaris ikut tingkatan masing-masing. Tasha sekarang masuk dalam satu kumpulan pelajar yang baru dikenalinya tadi.

Baiklah murid-murid, sekarang kamu berbaris. Kepada pelajar baru tingkatan satu, boleh berbaris sebelah kanan dibelakang senior kamu. - minta suara yang bergema itu

Semua pelajar tingkatan satu berbaris, lelaki dibahagian lelaki dan perempuan dibahagian perempuan. Tasha seperti biasa masih bersama dengan kumpulan tadi, sebab waktu ini mereka belum ada kelas yang tetap. Namanya juga mereka pelajar baru dalam sekolah itu. Selesai perhimpunan tadi, semua pelajar masuk ke kelas dan pelajar tingkatan satu diminta untuk kekal di dalam dewan tersebut. Tasha duduk bersama kenalan barunya, sambil-sambil bersuai kenal. Dalam perkenalan itu dia agak selesa dengan seorang kenalan barunya yang bernama Zalikah, dia meminta untuk aku memanggilnya dengan panggilan Ikah bagi memudahkan lagi perkenalan mereka. Melalui perkenalan itu dia mendapati Zalikah tinggal tidak jauh dari kediaman yang tasha tinggal sekarang.

Sekarang mereka diminta untuk membuat beberapa kumpulan, dalam kumpulan itu mereka diminta untuk ada 6 hingga 8 orang. Dia dan Zalikah masih dalam kumpulaj yang sama, manakala Amy dikumpulan ketiga bersama kenalan barunya. Tasha agak bersyukur kerana dia masih bersama orang yang dikenalinya. Dalam kumpulan, mereka diminta untuk bersuai kenal kerana menurut cikgu yang menjaga mereka itu mereka akan menjalani sesi suai kenal selama satu minggu. Dalam tempoh itu, mereka akan menjalani pelbagai aktiviti. Antaranya, bergotong-royong, bersukan, membuat reka cipta kreatif dan lain-lain. Fungsi aktiviti itu dilakukan hanya untuk memberi keselesaan dan pelajar tahu setiap tempat yang ada disekolah itu.

Hari suai kenal berlangsung selama 4 hari, esok hari last untuk kami pelajar baru menjalani aktiviti semasa sesi suai kenal. Esok juga kami akan ditetapkan mana satu kelas yang akan kami duduki. Tasha sangat berharap yang dia akan berada di kelas yang selesa, banyak kawan yang ramah dan bukan kawan yang suka berlawan cakap.

Keesokannya......

Dalam dewan kami berborak didalam kumpulan, semua perempuan. Sambil menunggu cikgu bertugas datang menjaga aktiviti kami. Sekitar hampir 20min cikgu yang bernama Suzi pun berlalu dan kami semua mula berdiri untuk mangambil tempat berbaris. Setelah diberikaj keterangan, kami hari ini tidak ada aktiviti yang akan berlangsung. Cuma menunggu nama-nama tersenarai yang layak untuk menduduki 4 kelas nanti. Kami pun disuruh untuk duduk secara berkumpulan dan diminta untuk berborak secara senyap. Yalah takut menganggu pelajar lain yang sedang belajar ditingkat atas.

Setelah lama, keputusan pun telah dipersetujui oleh semua guru yang bertanggungjawab mengajar kami. Setiap kelas ada lebih kurang 30 orang, semasa nama seorang demi seorang telah disebutkan kini tiba nama ku bergema memenuhi ruangan dewan dengan arahan bahawa tasha akan masuk kelas kedua daru 4 buah kelas. Masa tu juga, ada sekumpulan pelajar dari kalangan lelaki seakan bersuara mengatakan sesuatu. Tapi apa yah?

Dengan perasaan hairan yang bercampur, tasha pun menyoal sendiri sebabnya menjadi bualan. Tapi dia bersyukur juga sebab dia masih sekelas dengan zalikah, jadi dia tidak perlu ulang kembali berkenalan dengan pelajar baru.

Hii reader ? Sebelum apa2 saya mau kasih tau, saya bukan penulis professional untuk mengarang cerita yang baik atau penulisan yang tertib. Saya cuma mengisi masa lapang saya. So, kalau reader mau saya teruskan penulisan boleh vote dan boleh juga komen untuk berkongsi idea masing2 😘

Remaja 'Remaja Dan Nafsu Mana Satu Pilihanmu?' Where stories live. Discover now