Hadiah

13.1K 47 4
                                    

Sudah 4 bulan dia menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan 1 banyak benda yang dia belajar, bukan setakat pembelajaran yah tapi budaya-budaya pelajar lain seperti melepak luar kelas, berborak dari meja ke meja, round tandas tiap jam, cinta monyet tapi tasha belum sampai tahap bercinta, bukan tiada yang mengusik tapi dia belum faham kenapa semuda mereka sibuk mahu bercinta ? Bukannya kesekolah kerjanya cuma perlu belajar dan bargaul seperti biasa ?

Waktu mahu pulang dia dan ikah berjalan perlahan-lahan menuju ke pondok, semasa dalam perjalanan ke pondok tiba-tiba ada 3 orang pelajar lelaki menghampiri mereka dari belakang dan salah seorang dari mereka cuba bercakap dengan ku, aku sempat memaling muka melihat mereka yang ada dibelakang ku.

Luqman : hii tasha ☺️

Aku tetap diam, sebab aku sendiri tidak kenal siapa dan dari mana dia tahu namaku TASHA. Zalikah sudah berkali-kali menyiku lenganku memberi isyarat yang aku perlu menyapa lelaki itu kembali. Aku teruskan berdiam sehingga ada suara kembali menyapa telingaku

Luqman : hii tasha, jangan lah sombong. Aku mahu berkenalan dengan kau ☺️ sambil dia memberikan senyuman penuh harapan

Aku sempat berpaling ke belakang semasa dia tersenyum punuh harapan bahawa aku akan menyapanya kembali. Tapi, akhirnya aku terpaksa juga membalas sapaannya oleh kerana si ikah memaksaku dengan mengatakan 'kesian dia sha'

Tasha : hm hi - sambil senyum awkward
Luqman: oii dia balas lah 😱 - dengan nada terkejut dan terharu setelah lama menunggu respons dariku
Tasha : ada apa yah?
Luqman : emm, boleh kita berkawan? Em berkenalan? - teruja

Tanpa berfikir panjang aku mengangguk tanda setuju atas pertanyaannya tadi. Serta-merta dia gembira, aku agak kehairanan juga kenapa dengan dia ni? Berkenalan pun felling happy semacam macam dapat lucky draw 🤣

Selepas aku menjawab ya, dia terus diam tidak lagi balik-balik menyapa atau bercakap. Mungkin baginya sudah sangat cukup kalau aku mengiyakan hasrat ingin berkawan dengan ku. Kereta yang aku tumpang setiap bulan pun sampai dan aku pun terus keluar dari perkarangan sekolah terus masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan ikah kereta kami sama-sama sampai di kawasan parking kereta.

Dalam kereta, aku dan amy duduk bersebelahan saja. Kadang-kadang kami tidak bercakap, sebab kami sendiri pun kurang pasti apa yang mahu diborakkan.

2 hari selepas aku ditegur oleh lelaki yang bernama Luqman, aku belum tau dia dari kelas mana walaupun aku tau dia seumuranku. Semasa waktu rehat berjalan, aku dan ikah baru menapak kaki keluar dari kelas tiba-tiba ada beberapa sosok badan yang mendekati kami aku tengok muka mereka dan salah seorang daripadanya adalah luqman. Degupan jantungku terus laju macam baru lepas berlari, aku sendiri tidak pasti kenapa degupan jantung aku begitu laju sedangkan bila aku terserempak dengan budak lelaki lain aku tiada perasaan gugp atau sekencang ini degupannya.

Aku nampak dia memberikan sebuah senyuman manis kepada aku. Aku kaku. Aku tidak pasti apa yang aku perlu tunjukkan kepada dia, tidakkan aku mahu cakap aku gementar terjumpa dia? Eh, buat malu saja.

Luqman: manis senyuman kau tasha

Erk aku senyum kah ? - cakapku dari hati

Tasha : hmm? Kenapa jumpa?
Luqman : saja, mahu minta nombor telefon kau
Tasha : erkk. Hmm, aku tiada phone. (Memang masa ni belum ada phone)
Luqman : eh, alah. Jadi macam mana aku mahu contact kau?
Tasha : hm, nantilah kalau ada aku bagi🙄

Aku terus menarik tangan ikah mengikuti langkah ku yang agak bergetar entah lah apa sebabnya aku sendiri hairan. Aku dengar ada nada kecewa dan ejekan dari hafiz dan kawan-kawannya. Jadi? Apa aku mahu peduli? Memang aku tiada phone masa ni.

Subject terakhir kami pada Rabu ini sudah hampir berakhir, ada beberapa subject yang mempunyai kerja sekolah. Sesudah tamat waktu pembelajaran aku mengemas semua buku dan alat tulis yang tadi aku guna kedalam bag sekolahku lalu aku dan ikah keluar menuju ke tempat biasa aku dan dia menunggu kereta. Aku nampak hafiz dan kawan-kawannya berada tidak jauh dari tempat yang kami duduki, aku berpaling membelakangi dia sebab aku malas kalau mata kami bertembung.

Kereta yang aku naiki sudah tiba. Aku melambai ikah sambil mengikut langkah kaki amy secara tidak sengaja arah yang aku lambaikan tangan betul-betul sama arah dimana si Luqman duduk, secara spontan dia juga membalas lambaian ku. Aku jadi malu terus aku tundukkan kepala laju mengejar si amy 😳 dalam hatiku berkata

Eh buat malu kenapalah aku lambai ikah tadi patutnya aku terus jalan tanpa menoleh belakang 😳😭 

Hari ini hari jumaat, aku rasa senang sikit sebab subject cuma ada 3 saja dan balik awal jam 11.30 pagi jadi masa berehat lama dirumah.

SABTU

Pagi ini, kami sekeluarga bersarapan bersama-sama, mak masak mee goreng (mee kuning), telur mata, kuih nona manis dan air teh susu suam. Selalunya kami memang akan bersembang bergurau sesama sendiri. Selepas makan aku menolong mak mencuci pinggan mangkuk yang kotor, tiba-tiba abah cakap dengan kami

Abah : siap semua nanti korang siap-siap abah bawa makan lunch diluar
Mak : okay bang - senyum-senyum

Aku hairan juga jarang abah bawa lunch kalau hari sabtu ni, tengok mak pun senyum-senyum. Ah, malas lah ambil tahu ikut saja lah untung juga tengahari nanti tidak payah sibuk siapkan makan siang.

Sesudah sampai tempat yang abah pilih untuk lunch kami berempat, aku jadi hairan sebab tempat ni agak special. Bukan lah mewah sangat cuma restaurant yang abah pilih ni langsung kami tidak pernah pergi. Kira this is our first time to the place.

So kami masuk kedalam dan kedatangan kami macak sangat dialu-alukan dengan meja yang sudah disediakan khas untuk kami sekeluarga. Aku pelik juga tapi tiada hasrat mahu suarakan rasa pelik tu. Aku hanya fikir 'ohh mahbe hari ni anniversary mak and abah'. Aku duduk disebelah Firdaus menghadap mak. Tidak lama kemudian abah datang bawa plastik aku sendiri tidak pasti isinya apa, aku cuma membisu menikmati pemandangan dalam restaurant itu. Sedang aku bermain dengan perasaan tiba-tiba ada cake dihantar dimeja, aku memang syak ini anniversary mak dan abah. Aku buat tidak tahu sebab yalah belum ada apa-apa reaction dari mak dan abah. Tidak lama selepas itu meja kami dipenuhi makanan semua nampak mengiurkan tekak ku.

Isi ikan sweet and sour, udang butter, sup tomyam, sayur kailan ikan masin dan air pula jus apple 🤤. Abah mengajak makan, aku dan daus tanpa rasa segan silu terus melahap 😂 dasar tidak tahu malu 🤣

Tengah sedap makan ada lagu menyambut harijadi berkumandang aku cuma mendengar kerana masa itu aku sedang sedap mengunyah 😂 last lagu tu aku terdengar suara seseorang menyebut namaku dengan itu juga hinggap ciuman di pipiku hangat dan penuh kasih sayang.

Mak : happy birthday sha ❤️
Abah : yah anak abah selamat ulang tahun
Firdaus : happy tua kak sha 🤣❤️

Aku terkejut dan terus menutup mukaku, sebak. Bila aku buka mata plastik tadi abah pegang berada di hadapan ku, abah teruja menyuruhku untuk membuka plastik itu aku pun membuka dan aku terus menangis sebab inilah hadiah pertama ku dan satu-satu hadiah yang tidak pernah sama sekali aku fikir akan dapat ditahun aku menjejak usia 13 tahun 🤣 ianya sebuah telefon pintar (hp) model samsung touch screen 😱 ohh syukur, aku cek lagi disebalik kotak itu ada simkad khas untuk hpku. Ya Allah bersyukurnya aku hari ini, bukan setakat dapat jalan, makan tapi ada kejutan lain aku dapat.

Hii silent readerku ? Saya sebenarnya tidak tahu sama ada cerita ini menarik minat kamu membaca atau tidak. Tapi, syukur saya nampak ada beberapa views yang menandakan ada juga yang membaca cerita ini. Minta maaf, sebab setiap bab cerita ini hanya sekadar tulisan pendek ☺️ next chapter boleh start sudah romance scene, stay tuned ❤️

Remaja 'Remaja Dan Nafsu Mana Satu Pilihanmu?' Where stories live. Discover now