Dating

11.2K 32 3
                                    

Beberapa minggu selepas tasha bermimpi haritu. Tasha masih berfikir-fikir siapa yang ada dalam mimpi itu? Kenapa sampai begitu sekali mimpinya? Rasanya orang tu aku tidak kenal, tapi kenapa boleh masuk dalam mimpi pula? Emm, tidakkan pula aku di santau 😝 jauh sungguh fikiran tu.

Bulan ni kira bulan ke tujuh kami berada dalam sekolah. Segala peraturan, hal disiplin, bilik-bilik penting dalam sekolah ni semua hampir dihafal. Apa tidaknya, aku dan ikah saja setiap kali belum waktu belajar suka berjalan-jalan cari pemandangan 😬

Jam menunjukkan pukul 8.20 pagi, kelas pertama harini subject science. Teacher tidak banyak mengajar oleh kerana keadaan hujan diluar, hujan lebat sampai tidak dengar suara bercakap lagi-lagi kalau jarak jauh. Serupa pakai earphone pula 🤭 kami hanya disuruh untuk membuat kerja sekolah. Dalam keadaan hujan lebat macam ni, rasanya satu kerja pun malas mahu buat. Mata ni asyik memujuk supaya tidur. Hm jangan memandai mata, sekarang waktu belajar bukan dalam rumah.

Dalam mengantuk tu aku cuba segarkan mata aku dengan cara minum air mineral yang aku bawa dari rumah tadi. Aku dan ikah teruskan membuat kerja berselang-seli dengan berbual kosong dengan ikah.

Kelas pertama habis dan hujan masih belum ada tanda-tanda ingin berhenti. Memandangkan cikgu yang mengajar seterusnya belum kunjung tiba, aku ambil kesempatan ini untuk melelapkan mata supaya mata aku ni tidak lagi pedih-pedih akibat mengantuk. Bukan aku saja yang mengantuk tapi hampir semua dalam kelas tu melalui rasa yang sama. Suasana pun tidak terlalu bising hanya bunyi hujan yang menitik deras diatas bumbung menjadikan rasa malas itu kuat.

Selesa diulit sejuk pagi tu, aku dikejutkan oleh ikah..

Ikah : sha, bangun sha. Sambil memegang bahuku
Tasha : emm, apa? Menjawab sambil menggosok mata
Ikah : Rehat sudah ni, jom lah. Hujan ni buat aku cepat laparlah sha.
Tasha : eh, rehat? Tadi subject maths tiadalah? Hm sedapnya tidur tadi ikah. Kau tidur juga?. Sambil membetulkan tudung yang terhenyak masa tidur tadi.

Aku pergi ke tandas dulu sebelum ke kantin. Yalah tadikan aku lepas tidur, kot kot lah ada tahi mata atau air liur basi kering melekat dekat pipi aku yany comel ni? Mau tak malu 🤣 *perasan jap.

Selepas cuci muka, aku ke kantin. Pilih-pilih makanan dan air kotak. Kebiasaannya, aku akan beli nasi + ayam kari dan air minuman kotak. Ikah? Haa, kami beli makanan yang sama. Kalau makanan dalam packing habis kami akan beli bun RM1 dengan air kotak hmm boleh lah hilangkan lapar 🤭.

SKIP.. SKIP.. SKIP..

Hujan tadi membuatkan kerja sekolah sangatlah banyak. 5 mata pelajaran, ada 3 homework yang cikgu bagi. Hm, nasib badanlah kena push otak. Nasib jugalah tadi aku sudah penuhkan tenaga aku, kalau tidak memang lelap juga mata waktu petang macam ni.

Satu demi satu homework aku siapkan. Tepat jam 3.40 semua siap. Fuhh, 2 jam juga aku siapkan 3 homework ni. Patah jari ni menulis 🤭🤣

Aku kemas buku-buku teks sekaligus untuk jumaat esok. Kalau aku tangguhkan lagi ke malam memang esok pagi baru terkemas. Jadi aku kemas dulu buku ikut jadual yang ada selesai mengemas baru aku tengok phone aku. Aku turn on wifi, sementara itu aku ketandas untuk membuang air kecil.

Aku buka lock screen phone, aku tengok satu-satu notification yang ada. Buka WhatsApp, ada beberapa chat group kelas. Aku buka dan baca, tiada yang penting sangat melainkan cikgu-cikgu yang cuba mengingatkan kerja-kerja sekolah yang perlu dihantar esok. Setelah puas aku baca, aku terus login Facebook. Scroll punya scroll tiba-tiba ada masuk chat WhatsApps dari luqman. Aku buka terus untuk membaca chatnya..

Heyy.. - Luqman

Hii luq - Tasha

Buat apa? - Luqman

Remaja 'Remaja Dan Nafsu Mana Satu Pilihanmu?' Where stories live. Discover now