• 20

39 5 0
                                    

The next day—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

The next day—

“ Ryu, pastikan mikrofon itu tidak masuk ke dalam kamera! ”

“ Pastikan semua kamera diletakkan dengan betul. Kalau kamera tersebut terjatuh, buruk padahnya! ”

“ Semua sudah ada? ”

Bermacam-macam arahan yang dikeluarkan daripada mulut Hajin. Sibuk sungguh dia mempersiapkan set penggambaran di rumah milik Jinyoung. Tidak lupa juga dengan kelakuan gadis itu yang memegang kertas yang telah digulung dan membuat kertas tersebut sebagai penunjuk arah.

Jinyoung melihat kelakuan Hajin dari jauh. Dia sedang dirias oleh jurumekapnya. Memandangkan penggambaran untuk babak pengenalan merupakan satu episod secara langsung, jadi dia perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin.

Kertas yang berisi soalan yang akan ditanya oleh Hajin menjadi panduannya untuk menjawab soalan. Jawapan untuk soalan tersebut segera dilihat buat kali terakhir sebelum dia meletakkan kertas soalan tersebut di tepi.

Jinyoung memeluk tubuh memerhatikan kelibat Hajin yang sibuk kehulur dan kehilir.

“ kau betul-betul suka akan dia? ”

Jinyoung agak kaget apabila disoal secara tiba-tiba. Dia menoleh ke tepi, pengurusnya, Sunwoo sedang memerhatikan Hajin.

“ kau rasa? ” soal Jinyoung kembali. Anak matanya masih khusyuk memerhatikan Hajin.

“ aku rasa kau dah berubah sejak bertemu dengan Hajin. Apatah lagi, kau sanggup mengiyakan khabar angin tentang percintaan kau dengan dia. Sedangkan dulu, banyak juga khabar angin yang mengatakan kau bercinta tetapi kau bangkang habis-habisan. ”

“ aku pernah hancurkan hati dia. ”

Tutur Jinyoung dengan jujur. Dia memandang sayu ke arah Hajin.

“ ka-kau kenal Pengarah Yeo? ” soal Sunwoo terkejut. Dia agak kaget dengan kata-kata Jinyoung tersebut.

Jinyoung hanya mengangguk kepalanya dengan lemah.

“ ta-tapi kenapa dia tak kenal kau? Maksud aku perbuatan dia terhadap kau seperti kau dengan dia orang asing yang saling tidak mengenali! ” suara Sunwoo semakin meninggi apabila dia mengajukan soalan kepada Jinyoung.

Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Artis di bawah tanggungjawabnya ini menyimpan terlalu banyak rahsia daripada semua orang.

“ suara kau tu boleh perlahan sedikit tak? Disebabkan kau, semua orang pandang sini! ” Jinyoung dengan geram menyoal ke arah Sunwoo. Manakan tidak, semua pekerja sedang memandang mereka dengan pandangan ingin tahu sekarang ini.

Sunwoo tersengih. Tersedar akan kesilapan yang telah dia lakukan. “ sorry... ” bisiknya kepada Jinyoung.

Manakala Jinyoung hanya menjelingnya dengan tajam. Jikalau ada sesiapa yang mendengar perbualan mereka berdua sebentar tadi, sudah pasti kisah silam dirinya dengan Hajin akan terbongkar.

Dia tidak mahu gadis itu mengingatinya. Sudah cukup hanya dia seorang yang mengenali serta mengingati gadis tersebut. Tragedi hitam yang pernah menimpa mereka berdua, biarlah hanya dia menyimpan memori tersebut.

“ Jinyoung, kita akan memulakan siaran langsung sebentar sahaja lagi. Sila duduk di atas sofa yang berada di hadapan kamera. ”

Hajin memberikan arahan khas buat Jinyoung. Dia kemudiannya bergegas menuju ke tempat duduknya yang sebaris dengan kamera.

“ adakah mikrofon sudah dipasang pada Jinyoung? ” soal gadis itu kepada pasukan yang menguruskan bunyi.

“ sudah! ” jerit salah seorang daripada pekerja Hajin. Hajin menggangguk sebelum meneliti soalan yang akan diajukan kepada Jinyoung.

Manakala Jinyoung membetulkan pakaian serta rambutnya buat kali yang terakhir. Duduknya dibetulkan supaya terasa selesa. Dia tersenyum kecil ke arah Hajin yang sedang sibuk membaca kertas yang berada di tangannya sebelum memandang tepat ke arah kamera.

Three

Two

One

And...

Action!

_____

tbc

[C] The Idol | PjyWhere stories live. Discover now