• 42

24 4 0
                                    

" ap-apa maksud awak, Hajin? " tergagap-gagap Jinyoung menyoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" ap-apa maksud awak, Hajin? " tergagap-gagap Jinyoung menyoal. Dia memandang Hajin seperti tidak percaya.

Laju sahaja dia mendakap tubuh kecil gadis itu. Manakala Hajin terus-terusan menolak Jinyoung. Dada bidang lelaki itu ditumbuknya berkali-kali.

" awak langgar saya sehingga buat saya keguguran. Awak tahu tak? Masa itu saya tengah mengandung, our child. Kenapa dahulu awak buang saya... Tapi sekarang awak nak kutip saya balik?! "

" jawab Park Jinyoung?! "

Jinyoung kaku. Dia tidak faham apa yang sedang dikatakan oleh Hajin.

Mengandung?

Gadis itu pernah mengandung anaknya?

Kenapa dia tidak pernah tau selama ini?

" kenapa awak buat macam itu? Kenapa awak cuba untuk bunuh saya? "

Tangisan Hajin membuatkan Jinyoung merasakan dirinya lelaki tidak guna. Dia hanya mampu mengusap belakang Hajin memberikan kekuatan buat diri gadis itu.

Dia berasa sebak sekarang ini juga terkejut dengan pengakuan Hajin.

" maafkan saya Hajin... "

Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh lelaki itu sekarang ini. Dia berasa sangat bersalah sekarang ini.

" saya mesej awak hari tu... "

" ingin berjumpa dengan awak... "

" awak hanya baca tanpa balas mesej saya... "

" semasa kita berjumpa dan saya beritahu awak saya mengandung awak tidak bercakap mahupun memandang saya... "

" awak bencikan saya waktu itu ke Jinyoung? "

" benci sekiranya saya menjadi penghalang bagi kerjaya awak? "

Jinyoung diam. Dia hanya melihat wajah Hajin yang basah dengan air mata. Dia mengeluh lemah.

" awak penat, lebih baik awak kembali ke wad. Selepas awak tenang, kita sambungkan perbincangan kita. " Jinyoung memberikan cadangan. Dia memimpin Hajin ke arah wad gadis itu.

Manakala Hajin segera menjauhkan dirinya. Dia tidak suka dengan sikap Jinyoung yang cuba untuk melarikan diri.

Dia berjalan melepasi Jinyoung lalu berhenti.

" saya nak kita putus. Saya tak boleh teruskan dengan penipu seperti awak! " kemudian, gadis itu berjalan meninggalkan Jinyoung dan menoleh ke belakang.

Jinyoung terkedu. Dia merenung tubuh Hajin yamg semakin menghilang dengan perasaan tidak percaya.

Kedua-dua tangannya digenggam dengan erat. Air mata di tubir mata cuba ditahan supaya tidak mengalir. Dia menarik nafas dengan kasar dan menutup matanya dengan erat bagi mendapatkan kekuatan.

Setelah berjaya menenangkan diri, dia bertekad untuk pergi ke syarikat pengurusannya. Ingin bertanya apa yang telah berlaku kepada bos besar syarikat tersebut.

Seseorang yang telah mengawal dirinya suatu ketika dahulu semasa dia menjadi pelatih.

_

Tanpa mengetuk pintu, Jinyoung menerjah pejabat CEO JYP Entertainment, seseorang yang berkongsi nama dengan dirinya.

" Jinyoung, kenapa awak datang ke sini? " soal lelaki itu dengan mesra. Manakala wajah Jinyoung sudah sedingin ais sekarang ini.

" tuan ada sembunyikan sesuatu daripada saya? "

" sembunyikan apa? " soal Tuan Park sambil ketawa kecil.

" kisah silam saya. Ada sesuatu yang tuan lakukan terhadap kisah silam saya. Sepertinya seseorang telah menjadi diri saya. " Jinyoung tersenyum sinis. Dia cuba untuk membuat Tuan Park mengaku akan kesalahannya.

" jadi awak dah tahu? " Tuan Park mula bermain dengan pennya. Dia menjilat bibirnya yang telah kering itu.

" siapa yang telah melanggar Hajin?! " soalnya sambil mengetuk meja dengan kuat. Bulat matanya memandang Tuan Park.

" saya? " Tuan Park menjawab.

Jinyoung terkedu. Dia memandang Tuan Park dengan pandangan yang tidak percaya.

" saya menyamar menjadi awak dan melanggar gadis itu. Semua itu adalah untuk kebaikan awak. Kalau saya tak buat semua perkara itu, awak tak akan menjadi Park Jinyoung seperti sekarang. Syarikat saya juga tidak akan mendapat keuntungan seperti sekarang. Saya sudah nampak potensi awak dari dulu. Disebabkan itu, saya perlu menghapuskan penghalang yang akan menghalang awak. "

Tuan Park menjawab dengan tenang. Jinyoung menggenggam penumbuknya dengan erat. Jika diikutkan nafsu, mahu sahaja dia menumbuk wajah bosnya sehingga puas. Tetapi dia tidak boleh!

" saya nak batalkan kontrak. Saya nak keluar daripada syarikat! " laju sahaja Jinyoung berkata.

" are you sure? Awak perlu membayar ganti rugi dan sudah semestinya harganya hampir 100 Milion Won. " tenang Tuan Park menyoal. Lelaki itu tersenyum sinis.

" ya saya pasti! Bekerja dengan seseorang yang pentingkan wang memang sungguh menyeksakan. " yakin sekali Jinyoung menjawab. kemudian, dia mula berjalan ke arah pintu. Dia berhenti seketika setelah beberapa berjalan.

" terima kasih kerana menjadikan diri saya seorang yang terkenal. Tapi cara awak salah. "

[C] The Idol | PjyWhere stories live. Discover now