• 30

23 4 0
                                    

" maaf lambat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" maaf lambat. " kata Jinyoung apabila dia membiarkan Hajin menunggunya. Dia yang mengajak gadis itu balik bersama, tetapi dia lambat. Memandangkan beberapa orang wartawan ingin melakukan sesi temu bual dengan diri sebentar tadi, jadi dia perlu mengutamakan kerjayanya berbanding dengan gadis itu.

Hajin tersenyum seraya membalas, " it's okay. Saya faham mesti ada wartawan ingin menemu bual awak sebentar tadi. " 

Mereka berdua mula berjalan beriringan. " di mana awak letak kereta? " soal Hajin apabila sudah agak lama mereka berjalan dari tempat yang dijanjikan.

" siapa kata kita akan menaiki kereta? " 

" saya nak kita meluangkan masa berdua dengan lama. Disebabkan itulah, kita akan berjalan ke perhentian bas dan menaiki bas yang terakhir. "

Hampir ternganga Hajin dibuatnya apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Jinyoung.

" awak tak bergurau kan?" soal Hajin meminta kepastian. Idea yang agak gila bagi dirinya.

" muka saya nampak macam bergurau ke? " Jinyoung menyoal kembali.

Hajin mulai resah. Perubahan wajah Hajin yang mendadak menarik perhatian lelaki itu.

" kenapa? " akhirnya Jinyoung menyoal Hajin.

" keluarga saya pernah cakap saya trauma untuk menaiki bas semenjak saya berada di tahun akhir semasa sekolah tinggi. Jadi saya tak pernah menaiki bas buat jangka masa yang lama. " terang Hajin kepada Jinyoung.

Jinyoung mulai pelik. Sejak dia mengenali Hajin di sekolah tinggi dahulu, gadis itu sentiasa menaiki bas untuk ke sekolah. Bila masa pula gadis itu mempunyai trauma untuk menaiki bas?

" you have me. walau apapun yang berlaku dalam bas yang kita akan naiki, saya akan pastikan awak akan selamat apabila bersama dengan diri saya. " Jinyoung cuba untuk menenangkan Hajin. 

Hajin hanya mengangguk. Perasaan gugup yang bertandang sedaya upaya dihilangkannya dengan melihat wajah tenang Jinyoung. Wajah tenang lelaki itu, merupakan suatu nikmat yang dapat menghilangkan segala rasa resah dan gelisah.

Tangan Jinyoung yang erat memegang tangannya sesekali dijeling oleh Hajin. Dia berasa sungguh bahagia sekarang ini. Lelaki yang dahulunya biadap dengan dirinya, sekarang ini sangat romantik orangnya. Dia pun tidak menyangka lelaki ini sangat prihatin tentang dirinya.

Seusai sahaja mereka tiba di perhentian bas, bas terakhir pun tiba. Tanpa berlengah laju sahaja Jinyoung memasuki bas tersebut dan mengeluarkan sekeping untuk diskan. 

" untuk dua orang. " katanya kepada pemandu bas. Hajin hanya melihat sahaja kelakuan Jinyoung itu.

Kemudian, mereka berdua mengambil tempat duduk di belakang sekali dan agak tersorok daripada pandangan mata orang lain. Hajin mengambil tempat duduk di sebelah tingkap, manakala Jinyoung duduk di sebelah Hajin.

Gadis itu mula menyandarkan kepalanya di atas bahu Jinyoung sambil memeluk lengan lelaki itu dengan erat. Manakala Jinyoung tergelak kecil.

" kenapa manja sangat ni? " soalnya diikuti dengan usapan lembut di rambut Hajin.

" Jinyoung... " suara Hajin mula meleret.

" yes Hajin? "

" Jinyoung-ah " sebut Hajin lagi.

" saya tidak rasa saya mempunyai trauma. You know I really happy now... " suara Hajin menjadi semakin perlahan dan akhirnya denguran halus dapat didengari oleh Jinyoung. Jinyoung kemudiannya menoleh ke arah Hajin dan mengucup dahi gadis itu sekilas.

" I am sorry baby girl... "

_

" Yah, Park Jinyoung irreonna. Ini tempat duduk saya! " jerit Hajin kepada remaja lelaki yang telah mengambil tempat duduk kegamarannya. Lelaki itu pun tahu tentang perkara itu, tetapi mengapa dia masih ingin duduk di situ?

" siapa cepat dialah yang dapat! " kata remaja itu acuh tidak acuh sambil melihat pemandangan yang disajikan di tempat duduk di dalam bas tersebut.

" Jinyoung-ah, jebal... " suara Hajin kedengaran sungguh terdesak. Dia hanya mahu bertukar tempat duduk dengan Jinyoung sahaja. Susah sangatkah untuk menunaikan permintaannya.

Jinyoung mula menutup matanya dengan rapat. Berpura-pura Hajin tiada di situ. Hajin mendengus dengan kasar.

" kita tukar tempat duduk dan saya akan tunaikan satu permintaan awak. " akhirnya Hajin mengalah. Tiada gunanya meminta sesuatu daripada lelaki itu sekiranya lelaki itu tidak mendapat keuntungan.

Jinyoung mula tersenyum walaupun matanya masih tertutup rapat.

" anything? " soal lelaki itu inginkan kepastian.

" yes anything! " laju sahaja Hajin menjawab. 

Manakala Jinyoung terus membuka matanya dan duduk dengan tegk.

" be my girlfriend? " 

Hajin terkedu. 

Dia terkaku.

Tidak tahu ingin membuat reaksi bagaimana.

" ha? " itu sahaja yang keluar daripada mulutnya apabila mendengar permintaan gila Jinyoung itu.

" forget it then. " Jinyoung kembali menutup matanya dengan rapat. Manakala Hajin memandang Jinyoung dengan pandangan yang tidak percaya.

_

" hah! " Hajin terjaga daripada lenanya. Dia memandang ke sekelilingnya. 

Dia amat kenal dengan susunan perabot bilik ini, iaitu biliknya. Dia beralih ke pakaiannya pula, bukan pakaian tidurnya. Ini adalah pakaian yang dipakai ketika dia menerima anugerah semalam. 

Hajin meneliti jam loceng yang elok terletak di tepi katil.

0400

Dia melupakan niat untuk bertanya kepada seojin apabila tersedar sekarang ini bukankah waktu yang sesuai. Adiknya sekarang ini mungkin sedang tidur mati. Hajin menyambung tidurnya semula. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi dilupakan seperti mimpi yang pernah dialaminya sebelum ini.

_____

tbc

[C] The Idol | PjyWhere stories live. Discover now