Part 9-Saka Nafsu Muda-Lelaki berkepala anjing bertindak

15.6K 148 6
                                    

Aku hulurkan  tangan bersalam dengan ustaz Nordin. Matanya memandang tepat ke arahku. 

Ustaz Nordin : 'Masuklah...Masuk. Jangan nak malu-malu lak." ustaz Nordin berjalan mendahului kami dan dia menyuruh kami duduk di kerusi ruang tamunya.

Di situ,  aku lihat  ada banyak helaian kain warna kuning yang di lipat diletakan berdekatan dengan kawasan lapang bersebelahan dengan ruang tamunya, 'mungkin tempat sembahyang dan berubat ustaz Nordin barang kali',aku membuat andaian. Ada yang tergantung macam langsir pun ada kain kuning yang aku lihat tadi. Aku duduk diam aje di tepi ibuku, aku lihat ayahku rancak berbual-bual dengan Ustaz Nordin. Selang berapa ketika kelihatan isterinya keluar membawa dulang yang berisi air untuk kami semua .

Aku sempat mendengar apa yang sedang ayahku bercakap dengan ustaz Nordin itu.

Ustaz Nordin : 'Dulu seingat saya En Rosman, ada guru kepada saya bercerita tentang asal usul manusia kepala anjing itu, dia sebenarnya adalah manusia macam kita juga tapi bezanya dia  mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu memikat wanita yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi manusia yang kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat puluh orang gadis atau dapat menghisap darah anak teruna sebanyak empat puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbuat demikian, dia akan terus menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan pada dirinya'.

Ustaz  Nordin : "Kerana itulah bila kita mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih dahulu kita kena mengisi dada dengan ilmu agama yang di ajar oleh nabi kita, ia dapat membezakan mana yang direlakan oleh agama dan yang mana pula ditegahnya. Tak boleh main ikut-ikut  aje silap-silap gaya kita pula yang terkeluar dari ajaran agama."Keluar macam mana En Rosman." ustaz Nordin tiba-tiba bertanya kepada ayahku. Aku lihat ayah ku hanya diam tak menjawab pertanyaan tadi."Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Allah, sedangkan sesuatu yang berlaku adalah atas kehendakNya, kita boleh jadi murtad En Rosman,"

Ustaz Nordin :  'Okay panjang lebar lak saya bercerita,kita minum dululah En Rosman, nanti sejuk pula air kopi yang di buat oleh isteri saya ini. Lepas ini saya nak tengokkan anak En Rosman dulu boleh? 'Aku sedikit terkejut dengan permintaan Ustaz Nordin tadi.

En Rosman : 'Baiklah Ustaz, Zali cepat habiskan minum itu, nanti ustaz nak tengok-tengok kamu dulu lepas ini'. Aku hanya mengangguk paham dengan perintah ayahku tadi.

Selepas minum itu, Ustaz Nordin menyuruhku duduk di kawasan lapang yang aku tengok masa mula masuk tadi yang  banyak kain kuning tadi.  Dia kemudian memberikan padaku senaskah  surah yasin  dan juga kepada yang lain, dia kemudian duduk bersila di depanku.

Ustaz Nordin : 'Mari kita baca sama-sama surah yasin ini ambil keberkatannya'. Aku mula membaca surah yasin tersebut bersama-sama yang lain. Bergema kedengaran surah yassin itu di baca oleh kami bersama di tengah ruang rumah itu.  Kelihatan ada di letakan dua tiga botol air mineral untuk bacaan yassin itu.

Baru satu per tiga aku membaca surah yassin tadi aku memandang ke arah Ustaz Nordin, tiba-tiba aku rasagelap mataku dan aku celik aku macam berada di tempat lain, sekarang aku berada di kawasan dewan macam surau yang luas tertapi kosong di dalamnya, hanya aku dan Ustaz Nordin sahaja yang ada dalam dewan luas dan lapang tadi. Ustaz Nordin  memandangku, dia sedikit terkejut apabila  ternampak kelibat dua ekor makhluk halus di belakang aku. Badan kedua makluk halus tersebut macam rupa lelaki dewasa. Badannya kelihatan kurus kering sampai nampak timbul tulang-tulang rusuk itu. Kulit mahkluk itu pulak macam kena penyakit kusta, berkudis-kudis berair dan bau yang meloyakan.  Rambut makluk itu pula jarang-jarang dan mempunyai gigi tajam-tajam. Kelihatan mulut, muka, kaki tangan makluk itu semua comot seperti petani yang baru balik dari membajak sawah. Kejap-kejap mereka berdiri, kejap-kejap meraka mencangkung sambil memandang kearah Ustaz Nordin.

Saka Nafsu Muda ( Completed November 2020)Where stories live. Discover now