BAB 2

8.5K 533 10
                                    

Erina melangkah menuju ke dewan kuliah. Dia memegang beberapa buku undang2. Hari ini Mr Vivian akan 'menghadiahkan' assignment berkumpulan yang baru untuk semester itu.

Sebaik saja tiba di bangunan fakulti, Erina terserempak Theo yang sedang berbual dengan dua orang 'fangirls' dia. Erina segera menyembunyikan muka dan senyap2 masuk ke dalam dewan kuliah. Mamat tu pantang nampak muka erin, mengacau je nanti.

Erina duduk di tempat biasa, di tengah2 dewan kuliah. Dia lega dapat lepaskan diri dari Theo. Lagi 10 minit sebelum kuliah bermula. Erina memandang sekeliling dewan kuliah itu.

Erina baru perasan kelas Mr Vivian ada ramai pelajar luar negara. Hampir 7 bulan dia belajar dalam kelas pensyarahnya itu, baru hari ini Erina perasan. Erina memang tak pedulikan orang sekeliling. Matanya tepat memandang apa yang Mr Vivian ajar di hadapan selama ini.

"Erina why didn't you wait for me~"

Erina mengeluh panjang apabila suara Theo kedengaran dari belakang. Namun, belum sempat Theo mahu merengek lagi, Mr Vivian sudah memasuki dewan itu. Terpaksalah Theo duduk di barisan belakang. Erina tarik nafas lega.

Selepas 2 jam kuliah berjalan, kelas itu tamat tepat pukul 10 pagi. Sebelum kelas tamat, Mr Vivian mula menerangkan mengenai rubric tugasan berkumpulan mereka.

"Alright class, I have formed your assingment groups. Please discuss about your assingment in your group until the lecture hour ends at 11 am." Arah Mr Vivian. Senarai kumpulan sudah diberikan di dalam group whatsapp.

Erina bangun dari kerusinya untuk mencari ahli kumpulan yang lain. Ini merupakan kali pertama dia melakukan kerja berkumpulan semester ini. Tugasan berkumpulan semester lepas sangat janggal bagi Erina. Disebabkan itulah dia tiada kawan rapat.

Erina membaca nama ahli kumpulannya :

GROUP 15
1. Erina
2. Blanca
3. Nafisa
4. Harris
5. Theo

Erina pejam mata erat apabila nama Theo tersenarai dalam senarai ahli kumpulannya. Aku punyalah nak elak dari mamat tu, last2 satu group pulak. Aishh.

Erina mengeluh panjang apabila Theo sudah melambai ke arahnya dengan wajah ceria di belakang kelas. Nampaknya ahli kumpulan yang lain juga sudah ada di situ.

"Hai Erina. I'm happy that we're on the same group. This is fate, right?" Betah Theo bercakap. Erina menghiraukan Theo dan memberikan senyuman kepada ahli kumpulannya yang lain.

"Hi, my name is Blanca. I'm african but living in Malaysia." Blanca merupakan gadis berkulit gelap (black girl) yang kelihatan cantik dengan rambut ikalnya dan bibir ala2 Kila Fairy.

"And I am Nafisa. I'm a transferred student from Egypt." Nafisa pula gadis bertudung dengan hidung mancung dan mata bulat. Bulu matanya yang lebat menambahkan kecantikan wanita itu.

"Hai, I am Harris. I'm Malaysian. Nice to meet you guys. Hope we'll get along." Harris merupakan lelaki yang kelihatan ceria dan bersemangat.

"And I am Theo~" Theo buat wajah acah2 hensem.

"Hi everyone, I'm Erina." Akhir sekali barulah Erina memperkenalkan dirinya.

Mereka mula berbincang mengenai tugasan yang diberi. Masing2 membuat catatan ringkas sebelum memulakan assingment. Masing2 diberikan tugas sama rata.

"Okay, we'll all meet again soon. Before that, make sure all the research are done so we can compile them and make corrections. Agree?" Soal Harris, yang dilantik menjadi ketua kumpulan.

Mereka yang lain mengangguk setuju. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Semua orang di dewan kuliah mula melangkah pergi untuk makan tengah hari dan berehat.

Erina bangun selepas mengemas barangnya. "Thanks guys for today. I'll go first."

Erina berjalan keluar dari dewan kuliah. Biasanya dia akan membeli makanan di kafeteria dan duduk di perpustakaan sementara menunggu waktu zohor. Petang ini Erina masih ada satu lagi kelas.

"Erina! Erina!"

Erina menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Kelihatan Blanca dan Nafisa berjalan menuju ke arahnya. Erina tersenyum sedikit.

"Yes?"

"Oh, actually we are just wondering if you want to join us for lunch?" Soal Blanca dengan senyum lebar. Nafisa mengangguk dengan senyuman manisnya.

Erina sedikit terkejut dengan pelawaan itu. Bukan dia tak selesa, cuma dia tidak pernah makan dengan sesiapa di sini. Erina sedikit gelisah kerana dia kurang bersosial. Dorang akan suka aku ke?

"Umm, I would love to--"

"Great! Let's go." Blanca menarik lengan Erina. Erina ketawa sedikit melihat semangat gadis itu.

Tak salah jika dia cuba berkawan. Lagipun gadis2 ini kelihatan sangat baik dan friendly.

* * *

"How long have you been living in Malaysia, Blanca?" Soal Erina.

Mereka memesan makanan di kafeteria dan duduk di meja betul2 di bawah pokok rendang bersebelahan kafeteria itu.

"Ohh, actually my dad is african and my mom is malaysian chinese. They were married in africa and gave birth to me there. After I turned 10 years old, they moved to Malaysia and started living here since then. I can say I'm half Malaysian. Hehe." terang Blanca panjang lebar sambil mengunyah kentang gorengnya.

"Wow, no wonder you look a bit like chinese," puji Erina. Wajah Blanca memang unik.

"Thanks, gurll" Blanca tersenyum manis.

"How about you, Nafisa? Since when are you transferred to Malaysia?" Soal Erina kepada Nafisa pula. Entah kenapa dia berminat dengan mereka berdua.

"Since the start of the semester. I have some relatives here in Malaysia, that's why my father thought it's a good idea to get to know them and this country. Gain new experience." Terang Nafisa dengan suaranya yang lembut.

"I see, that's so fun," balas Erina. Ini kali pertama dia berkenalan dengan pelajar dari luar negara.

"How about you, Erina? Are you from Kuala Lumpur? Or other region?" Soal Blanca, gaya percakapannya menunjukkan dia betul2 mengenali Malaysia memandangkan hampir 10 tahun dia tinggal di sini.

Erina sedikit tersentak mendengar soalan Blanca. Dia tidak pernah menceritakan mengenai dirinya kepada orang lain. Dia sedikit gugup.

"Umm, yes, I was raised here in Kuala Lumpur." Ringkas saja jawapan Erina.

"If we have some free times, can both of you show me interesting places here in Kuala Lumpur? I really love to learn about this country," cadang Nafisa. Wajahnya sedikit malu2.

Erina dan Blanca saling berpandangan. Mereka tersenyum lebar.

"Of course, gurl. I'll show you my 10 years of experience living here in Malaysia." Balas Blanca sambil ketawa.

Erina mengangguk. "Sure, Nafisa. We'll make sure you fall in love with Malaysia."

Nafisa ketawa kecil melihat sahabatnya yang baik hati. Terubat sedikit rindunya pada keluarga di Mesir.

Mereka semakin rancak berbual. Apabila tiba waktu zohor, Erina dan Nafisa pergi melaksanakan solat sementara Blanca menunggu di gazebo di taman mini. Selepas itu, mereka menuju ke kelas petang bersama.

Erina merasa sangat gembira bersama Blanca dan Nafisa. Dia takut dia tidak boleh sesuaikan diri, namun semuanya berjalan lancar. Kedua gadis itu sangat ceria dan baik.

Erina bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat baru.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora