Chap 2

284 30 30
                                    

Yeahh... Harini ialah hari pertama Taehyung menjadi assistant boss baru yang masih lagi tidak diketahui siapa dalangnya, namanya, tinggal kat mana, makanan fav apa... Ehh,macam stalker pulak.

Back to the story,

Taehyung pergi ke kerja sangat awal harini sebab terlampau exited nak pindahkan barang ii dia ke tempat baru yang lebih luas.

Ah... Sape juga tak exited bila dapat office sendiri, tanpa gangguan orang ramai. Arh... Gitu ii la tuh.

Terus saja dia masak sarapan untuk family yang masih belum bangun tu dan terus tinggalkan rumah untuk ke tempat kerja tanpa mengejutkan hyungnya yang kepenatan dan tersungkur di atas sofa. Dia lambat, lambat la. Bukan masalah Tae... Haha.

👆🏻Dongsaeng jahat
Tapi dia still masak sarapan untuk family, so boleh terima dia baik. Hohoho...

Siap sahaja Taehyung parkir kereta di tempat sepatutnya, dia berlari secepat yang boleh sehinggalah.... Dia terlanggar seseorang sehingga badan kecil Taehyung jatuh tersungkur.

Taehyung dapat merasakan tubuh badan lelaki tersebut sangatlah tegap dan tinggi. Nak dibandingkan dengan badan kecilnya, sah-sah kalah.

Tanpa memandang wajah lelaki itu, Taehyung bangun dan meminta maaf sambil tertunduk-tunduk.

"maaf encik. Saya kelam kabut sangat. Encik tak apa ii?" Taehyung memeberanikan diri untuk memandang muka lelaki tersebut.

Apabila Taehyung melihat wajah tu, matanya mula berkaca. Penglihatannya semakin kabur kerana banyak air mata bergenang.
(idk how to buat ayat ok? Don't blame me. English pun merapu)

Taehyung pandang ke bawah dan cuba untuk tidak melihat muka jejaka tersebut. Adakah sebab terlalu handsome sehingga membuatkan Taehyung menangis?

"kalau encik tak apa ii, saya pergi dulu... Minta diri ye.." Taehyung berjalan laju. Air matanya mula mengalir. Dia mengelap air mata tersebut dengan hujung lengan bajunya.

Tiba ii tangan Taehyung ditarik oleh seseorang.

Taehyung pusing ke arah orang yang menarik tangannya itu.

Ternyata itu jejaka yang dilanggarnya tadi.

"kita pernah jumpa ke?" jejaka yang bernama Jeon Jungkook tersebut melontarkan soalan yang bakal membuatkan Taehyung menangis.

Taehyung terkejut dengan pertanyaan soalan tersebut.

'dia tak ingat aku? Kookie-ah... Please jangan pura ii. Jangan main ii plis..' desak hati Taehyung. Dia cuba berfikiran positif.

"hello... Are you alright? Sakit sangat ke kau terjatuh tadi? Aku boleh bawa pergi hospital." tawar Jungkook dengan senyuman nya. Tetapi hatinya tetap menunggu jawapan dari Taehyung.

"tak... Tak pe. Saya ok. Saya dah lambat nih.. Bye" Taehyung melangkah kakinya dengan laju.

Tetapi dia terberhenti lagi sekali kerana Jungkook menahan tangannya lagi.

"tapi kau belum jawab soalan aku. Kau kerja dekat mana?" Jungkook membuka topik perbualan pula.

" dekat sini je.. Ah.. Saya pergi dulu yer..." Taehyung terus pergi meninggalkan Jungkook dan soalan ii bodoh Jungkook tu.
Kalau Hee Young ada kat situ, dah sah kena tampar sekali. Dengan bebelnya lagi. Macam ii ceramah keluar dari mulut.

Jungkook yang ditinggalkan itu hanya tersenyum sendiri.

***

"baik, kita persilakan boss baru kita iaitu Tuan Jeon Jungkook untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..." pengacara majlis mengundurkan diri dari pentas.

You're Mine (JJK+KTH)Where stories live. Discover now