Bab 30 : WHAT THE FUDGE!

3.9K 212 1
                                    

Kring!

Kring!

Cakcoo!

Cakcoo!

Kring!

Kring!

Cakcoo!

Cakcoo!

Dua jenis bunyi alarm berbunyi dengan serentak. Memeriahkan suasana bilik tidur tersebut. Satunya darinya telefon di atas meja, satu lagi dari telefon yang terkeluar dari poket kot yang tergeletak dekat atas lantai. Kedua-duanya minta di matikan.

Disebabkan bunyi bising alarm tersebut, orang yang sedang baring beralaskan dada itu tersentak jaga dari tidurnya. Dia dengan mamai cuba membuka mata sambil berkerut kening menahan sakit. Sakit yang datang dari kepalanya yang sedang pening dan berat itu.

Kring!

Kring!

Cakcoo!

Cakcoo!

Terpisat-pisat mengangkat kepala dari dada itu, Eva bercemberut tidak suka kerana terganggu dengan bunyi bising tersebut. Sambil dia cuba sober kan diri dari mamai, tangannya naik menguak rambut mengurai dia ke belakang kepala dengan rimas.

Urgh!

Siapa pulak yang lock alarm banyak-banyak ni?Memekak betul!Eva buka mata seluasnya, cuba mencari sumber bunyi tersebut, lalu tak lama dia hendak tilik persekitarannya, mata dia jatuh pada tangannya yang sedang memegang dada hangat dibawahnya.

Uh?Keningnya terangkat tinggi kehairanan. Dan perlahan-lahan Eva pegang dada yang beralas dengan pyjama tidur itu. Dia nak pastikan yang dia tidak bermimpi. Memang betul!Ini dada manusia yang dimiliki oleh seorang lelaki. Jadi dia gerakkan matanya ke leher lalu berhenti di muka tersebut.

WHAT!

THE!

FUDGE!

Secara refleks dan sepantas kilat, Eva bangunkan dirinya dari situ dan undur menjauhkan diri. Penuh kengerian dan cuaknya, dia pandang ke muka Harris yang sedang terlena di situ.

Apa yang dah berlaku?

Kenapa Harris boleh ada dekat sini?

Eva pandang sekelilingnya cuba pastikan dia dekat mana dengan gelabah. Ketika itu la reality menghentak dirinya.

"Oh my god.."lafaz Eva sewaktu menekup mulutnya kerana terkejut. Dia salah masuk rumah lagi ke?Hish!Kepalanya di ketuk dengan kepalan penumbuk sendiri. Ini mesti sebab dia minum banyak sangat dekat restoran malam tadi kerana frust lepas terlepas cakap pada ibunya dan Leo bahawa teman lelaki dia adalah Harris!Sampai tak sedar yang dia masuk apartment Harris!

Arghhh!!!

Sesenyap yang boleh Eva cengkam kedua-dua belah rambut di kepalanya dan mengerang kebengangan akan kelalaiannya sendiri. Tidak lama kemudian dia menahan nafas terkejut, dia pandang cuak ke Harris pula.

Sekejap!Sekejap!Malam tadi...dia..dia ada cakap benda tak sepatutnya dekat Harris ke?Huh?Tak kan?Dia tak terlepas cakap pasal pertunangan dia dan jugak teman lelaki palsu dia pada Harris kan?Please!Jangan!

Tiba-tiba Harris terkutik, lelaki tu bergerak-gerak sebelum mengiring menghadap Eva.

Membatu Eva dekat situ sebab takut. Mata dia bulat memandang muka Harris. Dalam hati dah terkumat-kamit meminta supaya lelaki ini tidak sedarkan diri. Namun nak buat macam mana, Tuhan itu adil.

Maka terbuka la mata Harris yang tertutup itu lalu ternampak Eva yang bersimpuh dekat situ dalam keadaan devastated dan kebingungan.

Buat beberapa saat, keadaan senyap dan tenang bersahaja. Harris kedipkan matanya beberapa kali sewaktu nampak Eva di situ. Buat seketika dan pertama kalinya, dia terpana melihat wajah bangun tidur Eva. Ingatkan masa sedar je comel. Rupanya masa comot dan bangun tidur lagi comel. Sedaya upaya dia tahan dirinya dari tersengih di situ.

Eva dah telan air liur gemuruhnya. Dada dia dah sempit mintak Udara. Kepala dia yang sedia pening semakin berpusing-pusing ligat kerana masih terkejut dengan situasinya sekarang.

"Jam tu tengah memekak...kamu nak duduk situ sampai jiran buat complaint pasal bunyi bising ni ke?"tegur Harris dengan suara bangun tidurnya tidak lama kemudian.

Eva mengedipkan mata satu kali kerana terpinga-pinga. Bos dia tak naik angin?Bos dia tak marah dia dekat sini ke?Ke dia masih bermimpi lagi?

PAP!

Satu bantal melayah tepat mengenai muka Eva sebelum ia jatuh ke riba itu.

Tersentak dari lamunannya, Eva pandang ke Harris yang sudahpun bangun dari baring lalu melunjur di situ. "Wake up Eva Naomi!You owe me explaination!"marah dia tidak semena.

Hah!Ni baru la bos dia. "Maafkan saya."ucap Eva setelah tersentak dengan suara marah itu.

"What the heck?Apa kamu fikir?Sudah la masuk rumah saya. tidur atas katil saya?Cari pasal apa?"bebel Harris sambil melarikan jari jemari ke rambut hitamnya. Cuba nak sikat ia supaya tidak kelihatan serabut.

"Saya ada cakap apa-apa ke?"tanya Eva dengan muka serba tak kenanya. Please!Dia tak terlepas cakapkan!

Harris mengerutkan kening sewaktu pandang tak puas hati ke Eva. "Beritahu apa?Beritahu yang kamu suruh saya keluar dari rumah saya sendiri atau matter of fact yang kamu balik dalam keadaan mabuk dan tidur di katil orang lain?"soalnya.

Eva telan air liur. Fuhh!Selamat. Dia tak terlepas cakap. "Maafkan saya tuan. Saya tak sedar saya minum banyak masa makan malam dengan ibu saya semalam."ucap dia sambil tundukkan kepala ke bawah kerana malu. Macam mana la dia boleh buat perangai ni lagi!

"Berapa kali saya nak hadap perangai kamu ni?Hah?Sekali dua tak apa...ni dah masuk kali ke berapa ni?Mujur saya orang yang awak kenal. Kalau orang asing macam mana?Tak ke cari nahas namanya tu?"marah Harris lagi sambil tunjuk tangan marah ke Eva lalu ke pintu bilik.

Eva yang sepertinya sedang dimarahi oleh ibunya sendiri, diam tak dapat nak cakap apa-apa. Sebab dia tahu dalam hal ni dia yang salah. Jadi dia tak ada hak nak melawan atau memprotes.

"Maafkan saya tuan."ucap Eva yang perlahan-lahan angkat kepala memandang Harris.

Nafas Harris naik turun. Tak pasal-pasal awal paginya bermula dengan bebelan. Dan semua ni gara-gara Eva. Itu belum lagi Eva jadikan dia sebagai teman lelaki!Sumpah. Dia tak faham dengan apa yang bermain dalam fikiran Eva selama ni.

"Sudah. Keluar."Harris tunding jari ke arah pintu sambil pandang mencerlung ke Eva.

Eva ketap bibirnya lalu turun dari katil tu dengan segan-segan. Turun saja dia di situ, dia tunduk mengutip kasut, kot, begnya dari lantai sehingga tidak sedar yang terkeluar dari kot tersebut lalu tergolek ke tepi katil. "Saya keluar dulu."pamitnya semasa jalan ke arah pintu.

Harris perhatikan saja langkah Eva dengan muka bengangnya. "Dah keluar sana!"

Tanpa berlengah Eva pun buka pintu dan keluar dari situ.

Harris pandang tak percaya ke pintu biliknya sebelum menggeleng kepala kesal."Eva...Eva.."Macam mana la dia nak lupakan perasaan dia pada Eva kalau begini la keadaannya!

KLIK!

Tidak semena pintu bilik itu terbuka semula. Buatkan Harris terbutang mata kerana terperanjat di situ. Baru sebut dah muncul. "Apa lagi?"sentap dia.

"Heheh...maaf tuan. Tuan nak sarapan?Saya siapkan sekali?"aju Eva dengan muka serba salah dia.

Harris menjuling mata menyampah. Urgh! "Ya. Buat apa yang patut kamu buat. Jangan ditanya lagi. Sekarang keluar!"

"Okay bos."Eva gerak nak tutup pintu itu. Namun tak sampai sesaat dia gerak membuka pintu itu semula. "Tapi kan tuan saya-"

Dengan muka tak percaya, Harris pandang kepala Eva yang terjegul di celah pintu itu. Tak pergi-pergi lagi ke!"Keluar Eva!"arah dia dari balik ketapan giginya menahan marah.

Tidak mempedulikan wajah bengis Harris, Eva terus berkata. "Saya minta maaf!"ucapnya sebelum tutup pintu itu dengan lekas.

Berasa penat tiba-tiba, Harris tunduk menekap dahinya. Kenapa la dia boleh tersuka dengan wanita clumsy dan slow pick up macam Eva ni?

22. My Bossy Boss!Where stories live. Discover now