tiga belas

39 10 0
                                    

dibersihkan dengan bersih dan kemas.

           YUHA tersedar dari tidurnya. Dia bangun. Dia memegang kepalanya yang sedikit sakit akibat ubat kelmarinnya itu. Yuha menggeleng lalu menggosok matanya sedikit. Dia memandang ke sekeliling , di dalam bilik ?

Yuha terus bangkit dan dia berjalan dengan mamainya masuk ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum keluar.

Setelah selesai , dia pun keluar dari bilik. Ketika kakinya hendak menuruni anak tangga itu , dia sempat menoleh ke arah tingkat tiga. Kenapa dia seperti merasa ada yang aneh ?

Kerana dia tidak mengingati hal yang semalam , dia berkeputusan untuk berjumpa dengan Bik Mona untuk bertanyakan tentang hal kelmarin.

Ketika Yuha sampai didapur. Dia melihat Kihm sedang bersarapan dengan dijaga kedua orang lelaki berbadan sado. Yuha berjalan perlahan ke arah Bik Mona yang turut berada disana.

"bik?" panggil Yuha perlahan. Bik Mona memandang ke arah Yuha. Dia kemudian segera mendekati Yuha. "ya miss?"

"em..saya nak tahu pasal semalam--

PAKK.

Kihm menghentakkan tangannya ke meja. Yuha dan Bik Mona terkejut sontak memandang ke arah Kihm. Kihm menongkat dagunya dengan kedua tangannya yang baru dia letak di atas meja.

"awal pagi lagi dah ada yang buat mood aku kacau" kata Kihm. Yuha mengerutkan dahi kemudian berfikir sejenak. Adakah dia maksudkan aku ? getus Yuha.

"kau. boleh tak kau berambus dari sini?" kata Kihm lalu dia memandang ke arah Yuha. Tepat di anak mata Yuha. Yuha masih dengan kerutan pada wajahnya , tidak faham.

"kenapa pula? saya baru saja sampai sini,saya cuma nak tahu apa jadi semalam. saya bukannya tanya awak--

"eh kau tak faham bahasa ke?!!"

Kihm bangkit dan berjalan terus ke arah Yuha. Dia mendengus. Makin lama dia memandang Yuha , makin menggila dia rasa. "awak ni dah kenapa?!" tanya Yuha.

Hal itu membuatkan kemarahan Kihm melonjak naik , tangan dia naikkan untuk menampar Yuha namun pantas saja Bik Mona menahannya.

"saya minta maaf Tuan. saya akan segera bawa miss pergi dari sini" kata Bik Mona. Dia menarik tangan Yuha untuk dibawanya ke bilik semula.

        YUHA melabuhkan punggung dikatil itu kasar. Dia tak faham betul dengan sifat Kihm. Baru sahaja dia turun tadi , kemudian dimarah pula ? Dah kenapa ?

Bik Mona duduk disebelah Yuha. Tangannya diambil lembut lalu dia mengusapnya. "miss...harap miss bersabar dengan sikap Tuan"

"tapi sampai bila bik? saya tak fahamlah dengan dia tu. kejap okey, kejap tidak" Yuha mendengus. Dia betul kesal dengan sikap Kihm.

"Tuan tu sendiri ada alasan dia kenapa dia bersikap sebegitu" kata Bik Mona lalu dia tersenyum. Inilah , inilah kali pertamanya Yuha diberi senyuman yang manis sebegitu dari Bik Mona. Ini membuatkan dia rindu kepada ibunya yang kini berada di Australia.

Selesai Bik Mona menenangkan Yuha , dia segera keluar dari sana. Tidak lupa juga dia memberikan senyuman manisnya itu sekali lagi.

        KIHM memandang ke arah kedua gambar abangnya. Min dan Jung. Dia tersenyum sinis memandang gambar itu. "such an asshole" ucap Kihm. Kemudian dikimikkan gambar itu dan dibuang kasar ke tong sampah.

aku bukan pecundang seperti mereka. aku akan buktikan siapa aku. ketika itu kau akan tahu akulah yang berkuasa. gumam Kihm sambil dia tersenyum miring.

         YUHA memandang sayu gambar ibu serta ayahnya yang terpapar pada skrin. Sedikit demi sedikit air matanya menetes. Dia rindu. Sungguh dia rindu akan kedua orang tuanya itu.

Kalau tidak kerana senyuman dari Bik Mona tadi , belum tentu dia akan mengingati orang tuanya itu. Ini semua akibat dirinya yang terlalu trauma dengan kejadian 'malam itu' .

Dia tidak menyangka bahwa Kihm seperti itu. Adakah selama Kihm berada di Amerika , dia selalu melakukan hal gila itu ? TAPI KENAPA?

         RAE menekan nama 'Yuha pada skrin , kemudian ditekannya butang 'call. tut , tut , tut...

Sebaik sahaja talian disambungkan Rae mengukir senyuman. "hello?" ucap Yuha.

"hello babe!" ucap Rae sengaja mempermainkan Yuha.

Suara tawa Yuha terdengar di telefon membuatkan Rae semakin lebar tersenyum. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya itu.

Maklumlah , sudah menjadi isteri. Mana sibuk dengan suami , dengan belajar lagi kan ?

"kenapa tiba-tiba call? selalu tak pernah pun"

"alah...aku saja-saja nak call...lagipun bosan asyik taip mesej kat, naik lenguh cari aku"

"aik...ada pula macamtu?"

"adalah. macam kau tak tahu. masa cuti inilah prof-prof semua tu tunjukkan dia punya skill bagi assigment. berlambak lagi aku tak siap! hadeh!"

"ahahaha...kau rileklah. buat pelan-pelan. cuti pun lama lagi kan habis?"

"lama lagi habis kau cakap? ada 5 hari lagi tau untuk aku siapkan assigment gila tu. haih"

"apa? 5 hari tu okeylah kan? banyak masa sebenarnya. cuma kau saja yang selalu buang masa dengan benda tak berfaedah. kan?"

"eleh...yelah, aku jugalah salah kan? hmmm"

"heheh. eh dahlah, aku nak kena off. perut dah lapar lah...heheh"

"hmm yelah cik puan. hah, kau ni dah siap ke belum assigment?"

"aku dah buat semua tu...awal lagi"

"alahhhh...nak tiruuuu boleh tak?"

"tiru? no way!"

"alahhh bolehlah Yuhaaaa...nanti aku janji aku tak bagi sama, aku tiru sikit jee okey?"

"hmm iyelah. janji jangan ikut 100 peratus tau!"

"hehe! iya bos!"

"okey. nanti aku send dekat kau kat whatsapp"

"okey! thanks babe"

"iya, welcome"

Tut. talian pun tamat.

to be continue . . .

hey you , gimme your vote now ! ⭐

My Psycho Husband [ OG ]Where stories live. Discover now