lapan belas

34 8 0
                                    

VOTE FIRST ! ⭐



          BIK FUE membuka pintu bilik Yuha itu perlahan. Kemudian dia masuk dengan membawa kain bersih untuk ditukarkan kepada baju Yuha yang sudah kotor itu.

Yuha memandang lemah ke arah Bik fue. Darahnya yang banyak sekali mengalir keluar itu membuatkan tubuh Yuha lemah seakan-akan tidak lagi bernyawa.

Wajahnya pucat , bibirnya turut sama pucatnya. Sekali dilihat , sebiji dengan mayat hidup.

"miss?" panggil Bik fue.

Yuha mengangkat kepalanya perlahan-lahan menghadap si bibik. "bik? bila saya boleh keluar?" tanya Yuha lemah.

Bik fue menunduk. "saya minta maaf miss...saya tak dapat bawa miss keluar dari sini" balas si bibik.

Yuha menelan air liurnya. Kemudian diletakkan lemah kepalanya mengiring memandang ke arah cermin. "dalam keadaan macamni...macam mana saya nak keluar? orang-orang pasti akan mengesyaki sesuatu..."

"miss...saya tukarkan pakaian miss dulu ya?"

Yuha hanya diam dan membiarkan sahaja Bik fue membuat semuanya. Dalam keadaan dia yang seperti ini , tiada apa lagi dia mampu buat.

Cutinya pun sudah habis. Lusa sudah mahu masuk ke kolej semula. Jadi bagaimana dengan luka-lukanya ? wajahnya bagaimana pula ? apa yang dia harus terangkan kepada orang-orang ?

'bodoh lah kau Yuha! dalam keadaan kau nak mati pun masih saja fikirkan tentang sekolah! kehidupan kau nanti bagaimana pula?!' getus Yuha.


Setelah selesai bibik menukarkan pakaian serta membersihkan Yuha. Dia membawakan bubur dan sup ayam kepada Yuha. Yuha sekarang sedang sakit teruk , jadi dia perlulah makan makanan yang lembut-lembut saja supaya senang ditelan.

       KIHM memerhati gambar-gambar yang telh dipangkahnya itu. Semua orang-orang itu telah dia habiskan. Tiada sisa satu orang pun tinggal. Sekarang , cuma perlu masa yang sesuai untuk ke rancangan yang seterusnya. HA HA HA.

Kihm tersenyum. 'dulu kau bodohkan aku. tapi sekarang kita lihat siapa pula yang bodoh' gumam Kihm. Senyuman miringnya semakin lebar terukir.

'aku akan pastikan kau dapat benda yang sama pernah aku buat dulu' gumamnya lagi. Sebilah pisau dibeleknya perlahan , sambil tersenyum.

Tidak sabar untuk ke PERMAINAN yang seterusnya.

        MIN memandang ke arah Jung yang berada disampingnya itu. Dia menggeleng. Dia juga cakap tidak setuju dengan keputusan aku , tapi dia mahu ikut balik sekali.

"kenapa? kau tak suka kalau aku ikut kau? apa kau nak mati sorang-sorang?" ucap Jung. Dia menyedari akan mata Min sedang memerhatinya.

"bukan begitu hyung. cuma aku pelik,kau cakap tak nak ikut. sekarang, dah ada kat sebelah. hahaha"

"hmph. suka hati akulah. lagipun aku tak nak kau mati sorang-sorang,kesian takda orang nak teman" Jung melawak sedikit.

Min tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja abangnya itu. Dia tahu yang Jung sayangkan dirinya , sebab itulah dia turut sama dengannya. Dia tak mahu kehilangan adiknya sepertimana dia kehilangan adiknya yang seorang itu.

FIFI menjumpai kedua lelaki yang bernama Min dan Jung merangkap abang kepada Kihm itu.
"tuan dah sediakan kereta ini untuk tuan berdua" kata Fifi kearah Min dan Jung dihadapannya itu.

"thanks" ucap kedua mereka. Fifi menunduk lalu dia memberikan kunci kereta kepada mereka. Hanya sebuah kereta saja , Ferrari jenamanya.

Jung segera menghidupkan enjin setelah mereka siap memasukkan barangan mereka ke dalam kereta itu. Terus saja kereta itu dipecut laju beredar dari lapangan terbang itu.

Fifi turut beredar dari sana ketika kedua orang tadi itu sudah jauh dihadapan.

       YUHA yang sedang mengelamun itu dikejutkan dengan bunyi hentakkan seperti ada yang terjatuh. Yuha segera bangkit dan melihat sekeliling ruangan.

Tiada apa-apa kecuali sebuah peti coklat yang agak usang berada di atas lantai. Yuha mengerutkan dahinya , dia melihat ke arah pintu.

Kemudian dialihkan pandang ke arah peti itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah peti itu. Dia mahu tahu apakah yang ada didalamnya. Adakah sebuah jawapan untuk semua persoalan ini ?

Kerana tangannya tak bisa mencapai peti itu. Dia menggunakan kakinya pula untuk menarik peti itu. Mulanya tak dapat dia tarik kerana peti itu berat. Adakah dalamnya berisi emas ? mungkin.

Dengan sekuat tenaganya dia menarik peti itu dan AH! DAPAT!

Tiba-tiba kedengaran suara langkah kaki sedang menuju ke bilik itu.

to be continue . . .

hey you , vote now !








My Psycho Husband [ OG ]Where stories live. Discover now