Part 23: Mimpi

1K 31 3
                                    

Zaman Amir, Kereta Zack, Lebuhraya Persekutuan ...

"Zul, ambik fon aku dari kocek. Bagi Amir cuba tengok, sama tak dengan kawan dia, " kata Zack.

Zul mengambil dari koceknya yang sempit kerana postur duduk Zack sekarang tengah memandu. Dia mula membuka bahagian Galeri sebelum membuka wajah seorang budak lelaki dalam umur 17 tahun.

Aku menatap wajah itu. Memang sah tu Safiq, tak syak lagi.

"... Safiq," aku terkelu.
"So betullah ni kawan kau?" tanya Zul. Aku mengangguk.
"Kalau betul apa kata Zack, maksudnya dia dah buat kerja ni sejak Form 5 lagi,"getusku.
"Or maybe lagi awal. Kita pun bukannya tau sejarah mamat Joe tu," kata Zack.

"Kau kata dia ada tatu, Zack?" aku bertanya.
"Aku takdela nampak. Yang Zuki bagi pun gambar muka ambik sorok2 je."
"Tatu..... Lambang pokok? Dalam bulatan? Macam tatu Bang Joe?" aku bertanya. Zul dan Zack terdiam.
"Kau pun perasan dia ada tatu?" tanya Zul. Aku mengangguk.

"..... Yup, kata Zuki macam tu jugak. Tatu pokok ni nak kata rare tu takdelah rare. Cuma tatu kat badan diorang rupa lain. Tatu pokok beringin. Macam tribal2 sikit. Creepy kan? Lepastu rupa dia tak menghijau macam tatu biasa,"kata Zack.

" Jadi tatu tu kaler apa? "aku tertarik.

" Hampir kepada maroon atau coklat. Macam inai, "jawab Zack." Dan jangan gelak tau. Tatu diorang tu macam ada motif2 Melayu sikit."

Aku terpana. Bila difikir2 memang ada betulnya. Tatu pokok yang dimiliki Bang Joe langsung tak menyamai style lukisan tatu Borneo, Thailand mahupun Cina. Ianya adalah tatu dengan motif2 biasa ditemui di songket dan batik iaitu pucuk rebung dan awan larat. Kita memang ada seni melukis tatu ke sebelum ni?

"Dan pasal Safiq tu? Kenapa Joe dan Adam macam jaga betul ye? Siap nak tukar seluar pun tak bagi?" kata Zul pula.

"Entah2 budak tu dah tukar jantina tak. Takpun dia tu sebenarnya perempuan, tapi acah2 menyamar lelaki. Tu yang takut sangat nak bagi orang dekat tu," tuduh Zack.

***

Aku hanya terdiam. Safiq tukar jantina? Mustahil. Dia tak pernah tunjuk apa2 kecenderungan ke arah tu. Malah tak pernah sekali pun aku nampak dia cenderung ke arah feminin dan mahu mencuba2 jadi perempuan.

Adakah Safiq memang perempuan? Itu pun mustahil. Aku masih ingat bagaimana kami pulang dalam keadaan berpeluh ketika perlawanan bola sepak di padang SMK Taman Ophir, tanpa memakai baju pulang ke rumah. Dada Safiq bidang seperti lelaki biasa, tiada sebarang sembulan, bengkung, lilitan anduh mahupun kesan jahit.

Cuma ada satu benda aneh pasal Safiq. Dia hanya datang ke sekolah itu ketika Form 3. Bila ditanya dia asal mana, dia hanya menjawab dia dulu tinggal di negeri lain bersama bapa saudaranya di kawasan pedalaman. Kononnya mereka dulu susah hingga Safiq tertinggal pelajaran 2 tahun. Kami pernah menanyakan lokasi dia tinggal, tapi dia cukup berahsia. Lama kelamaan kami tak lagi bertanya. Lembah Klang adalah tempat di mana benda2 pelik mungkin berlaku. Boleh jadi Safiq duduk di kawasan ghetto. Boleh jadi familinya orang pelik atau berantakan. Tak mustahil Safiq antara stateless people yang pernah membanjiri utara Malaysia suatu ketika dulu.

Bila berbicara tentang seluar. Ya, Safiq seorang yang tak malu membuka bajunya, tapi tak pernah sekali kami lihat bahagian bawahnya. Dia tak pernah kencing di urinal, tak pernah sekali pun tukar seluar depan kami, apatah lagi "main compare2". Disebabkan aku dan budak2 flat lain dah kenal sejak kecik, "main compare2" dah jadi hobi bila kelas PJ. Hobi tu menyebabkan kami sampai dah tau siapa dah sunat, sapa yang belum, yang ni besar, yang tu kecik.

Mungkin disebabkan Lembah Klang yang terlalu materialistik hingga kami tiada tempat nak berhibur sampaikan benda2 bodoh macam tu pun boleh jadi hiburan. Dan disebabkan Lembah Klang terlalu materialistik, budaya bersunat lambat mula kembali kepada anak2 flat dan perumahan murah seperti kami. Yang paling awal aku kenal, darjah 5, sebab famili dia mampu dan kerja kerajaan. Darjah 6,umur standard untuk rata2 orang. Form 1,still ada beberapa termasuk aku. Form 2 is the limit, biasanya yang adik beradik ramai, parents busy ataupun masalah kewangan.

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now