Bab 1

5.8K 177 0
                                    

Alisa bernyanyi kecil sambil menunggang motosikalnya untuk pergi ke tempat kerja. Begitulah rutin hariannya. Kerja. Duit masuk. Dia gembira.

Semasa dia menghampiri persimpangan lampu isyarat yang pada ketika itu sedang hijau, tiba-tiba sebuah kereta dari arah yang bertentangan membuat pusingan 'U'. Dia yang terkejut pantas menekan brek namun tindakannya itu membuatkan dia dan motornya hampir terjatuh. Nasib baiklah motornya tidak terlampau berat sangat. Senang dia untuk mengembalikan semula keseimbangan motornya.

Dia sempat melihat nombor plat kereta yang tiba-tiba membuat pusingan 'U' itu. Kereta itu memang pernah dilihatnya tapi tidak pasti pulak sama ada nombor plat itu sama.

Malas berfikir, dia segera menyambung perjalanannya. Dia akhirnya tiba di bangunan pejabat tempat dia baru saja memulakan pekerjaannya sebagai cleaner. Semasa melalui kawasan parkir, dia terpandang kereta yang sama dilihatnya tadi, kereta BMW 530i. Laju matanya melihat nombor plat kereta itu.

"Ni..." Dia memetik jarinya beberapa kali. "Aku ingat nombor plat mereta ni..." Kereta siapa pulak ni? Eh, tak kesahlah kereta siapa tapi pemilik kereta ni dah buat hal dengan dia tadi. Nasib tak jadi apa-apa tau. Kalau dia kemalangan dan motornya rosak macam mana? Walaupun dia tahu kereta itu berkali lebih mahal daripada motornya tetapi dia dah sayang motornya macam nyawa sendiri tau. Dia dah lama pakai motornya bahkan sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Dia mengeluarkan buku nota kecil dan pen dari beg tangannya lalu menulis satu nota di atas permukaan kertas.

'Maaf mengganggu. Lain kali kalau memandu tu jangan lupa tengok kiri kanan dulu. And jangan potong lampu isyarat. Sekadar peringatan daripada seorang gadis yang hampir kemalangan disebabkan pemilik kenderaan ini. Harap terasa.'

Dia mengoyakkan helaian kertas itu lalu menoleh ke kiri dan kanan. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, dia menyelitkan kertas itu pada window wiper kereta itu. Setelah keinginannya itu tercapai, dia pun berlalu pergi dengan selamba. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Dia menoleh ke belakang dengan wajah yang berkerut.

"Apa pegang-pegang ni?!" tempelaknya kepada lelaki yang merentap tangannya itu.

Lelaki yang merentap tangan tadi mengangkat sekeping kertas untuk ditunjukkan kepadanya dengan wajah menyampah.

"Kau letak ni kat kereta aku. Apa ni?"

Alisa terkebil-kebil memandang kertas itu.

"Maaf mengganggu. Lain kali kalau memandu tu jangan lupa tengok kiri kanan dulu. And jangan potong lampu isyarat. Sekadar peringatan daripada seorang gadis yang hampir kemalangan disebabkan pemilik kenderaan ini. Harap terasa." Lelaki itu akhirnya melepaskan tangan Alisa.

Alisa berdehem. "Ehem. Baguslah kalau awak dah baca. Awak rupanya eh yang pagi tadi potong lampu isyarat. Saya hampir kemalangan disebabkan awak, awak tahu tak," getus Alisa, geram.

Lelaki itu memutarkan bola matanya ke atas. "Pasal tu je rupanya," katanya dengan rasa menyamah.

Dahi Alisa berkerut seribu. "Pasal tu je awak cakap?"

Lelaki itu memandangnya dari atas hingga ke bawah, kemudian dia tersenyum sinis. "Kau kerja jadi cleaner kat sini ke?"

Alisa memandang baju pekerja yang dipakainya. "Ya. So what?"

"You must be new here. Aku rasa kau pun belum lagi kenal siapa aku kan?"

Gulp! Siapa mamat ni? Dengan pakaian ala-ala ahli korporat. Lelaki ini bukan orang sembarangan, fikir Alisa.

"Bos." Tiba-tiba muncul seorang gadis membawa sebuah fail. "Ni fail bos yang tertinggal," kata gadis itu sambil menghulurkan fail itu kepada lelaki di hadapan Alisa. Gadis itu sempat memandang ke arah Alisa dengan wajah yang berkerut.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now