Bab 20

1.4K 102 8
                                    

"Kau tengok cerita apa ni?" tegur Ryan. Dia duduk di atas sofa single yang bersebelahan dengan tempat Alisa duduk.

"Train to Busan. Encik pernah tengok ke cerita ni?"

"Tak pernah," balasnya dengan nada acuh tak acuh. Memang dia tak pernah tengok pun. Tangannya disilangkan di dada. Matanya dihalakan ke televisyen. Tidak ada yang menarik baginya. Hanya ada penumpang yang sedang duduk di dalam kereta api.

"CD cetak rompak je. Semalam masa saya keluar, saya singgah beli. Hehe..." Alisa mempamerkan sengihan.

Ryan buat tak endah. "Cerita pasal apa ni?"

Alisa tersenyum penuh makna. "Entah. Saya pun tak pernah tengok cerita ni. Encik tengok sekalilah."

"Ceh." Ryan mencebik bibir. Pandangannya difokuskan ke arah tv. Dari scene seorang budak perempuan yang mencari tandas yang kosong sehinggalah scene seorang gadis yang ditemui dalam keadaan ganjil oleh seorang train attendant.

Oh, kena sawan.

Semasa cuba mendapatkan pertolongan, tiba-tiba si gadis yang tadinya menggeletak di atas lantai kereta api bangkit lalu menerkam ke arah train attendant wanita itu sekaligus menjadikan leher wanita itu sebagai sasaran gigitannya.

Dia tergamam. "What the.."

Tidak lama selepas itu, keadaan di dalam kereta api itu berubah huru-hara. Penumpang-penumpang yang masih selamat berebut untuk masuk ke gerabak lain. Mangsa yang sudah digigit akan bangkit dan turut menggigit orang lain. Seolah-olah ianya merupakan sesuatu yang berjangkit.

Ianya mengingatkan dia kepada sesuatu. Sesuatu yang membuatkan dia tidak senang duduk sekarang. Alisa yang sedang khusyuk menonton filem itu dikerling. Emosi di wajah gadis itu berubah-ubah seiring dengan jalan cerita itu. Apabila gadis itu menoleh ke arahnya, dia pantas mengalihkan pandangannya ke arah TV semula.

"Encik tak suka tengok cerita ni ke?"

Dia tidak membalas soalan itu. Tidak lama selepas itu, dia pun bangkit.

"Eh, encik. Encik tak nak tengok sampai habis ke?"

Matanya jatuh ke arah Alisa. Soalan gadis itu dibalas dengan jelingan daripadanya. Tanpa menghiraukan gadis itu, dia pun berlalu pergi.
Dia cuba membuang apa yang dirasakan pada saat itu jauh-jauh.

"I'm not a monster."

.

Selesai saja dia menonton cerita Train to Busan itu, dia mematikan TV lalu pergi ke dapur untuk minum. Sewaktu dia baru saja mahu pergi dari situ, Ryan tiba-tiba muncul. Lelaki itu membuka peti sejuk lalu mengeluarkan botol air kosong.

"Ambilkan aku gelas," pinta Ryan.

Dia yang berada berhampiran dengan rak gelas menghulurkan gelas kepada Ryan. Ryan menuangkan air ke dalam gelas itu lalu meneguk air itu. Alisa diam memerhati Ryan.

"Rugi encik tak tengok habis cerita tadi tau. Cerita tu best. Kalau encik tengok sampai habis confirm encik takkan menyesal. Ending dia sangat menyentuh hati."

Ryan mencebik bibirnya, langsung tidak mahu peduli.

"Aku ingatkan kau ni penakut. Berani juga kau tengok sorang-sorang ea."

"Err..." Memanglah berani. Bukannya tak pernha tengok pun. Dia tipu je yang dia tak pernah tengok sebab dia ada rancangan tapi rancangan dia tak berjalan seperti yang dirancang pula.

"Takpe. Tu cerita zombie. Bukan cerita hantu pun. Kalau cerita hantu, saya takut sikit. Hehe." Dia mempamer sengihan.

Ryan menjeling. Muncung gelas didekatkan ke bibirnya. Air di dalam gelas itu diteguk dengan perlahan. Saja nak rasa nikmat air sejuk menuruni kerongkongnya. Segar rasanya.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now