Bab 8

57 6 0
                                    

"Jumpa esok, Qis"

"Okay"

Qistina membalas ringkas. Satu keluhan besar keluar daripada mulutnya. Air mukanya yang tadi berseri kini mula jatuh. Kepalanya ditunduk menghadap tanah sambil kakinya melangkah lemah menuju ke bilik hostel.

Entah mengapa hatinya terasa begitu...kosong.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, dia menarik tombol pintu secara perlahan-lahan. Mulutnya terkumat-kamit bermonolog.

"Mintalah diaorang tak ada, please please tak ada dalam bilik"

Apabila tombol pintu ditarik sepenuhnya, pintu dapat dibuka. Qistina mengerutkan dahi kerana dia perlu berhadapan dengan teman sebiliknya yang ada.

Nasib baik bilik asrama di universiti ini terbahagi pula kepada beberapa compartment yang menempatkan seorang pelajar dalam satu ruangan yang dilengkapi dengan sebuah katil, meja dan almari. Ianya memberi keselesaan pada tahap yang maksima kepada Qistina.

Dia masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu dengan perlahan supaya tidak dikesan oleh sesiapa lalu bergerak laju masuk ke ruangan miliknya.

Dari awal masuk ke sana, dia langsung tidak merasai connection dan chemistry bersama dua orang lagi teman sebiliknya. Dengan itu secara automatik Qistina akan sentiasa cuba untuk mengelak daripada bersosial dengan mereka.

Jubah yang dipakai disangkut kemas di dalam almari dan tudung yang dipakainya tadi dicampakkan ke dalam bakul baju kotor. Dia menghempas punggungnya ke atas tilam nipis kepunyaan asrama itu.

Matanya merenung tajam ke arah cermin yang tergantung kemas di atas dinding itu. Ditatap satu persatu setiap ciri yang ada di wajahnya.

Pandangannya mula menerawang jauh, mengimbasi waktu dia mula-mula daftar di situ. Betapa bahagianya dia mendapat rakan-rakan baharu yang sangat setia. Betapa semuanya hampir sahaja mencapai tahap sempurna. Namun kini hatinya terasa kosong. Qistina menghela berat nafasnya.

Tatkala bahagia menjadi teman, derita datang mencari ruang.

"Where did it all goes wrong?" bisik Qistina lalu merebahkan badannya ke atas katil. Matanya dikejam serapat-rapatnya sebelum air mata mula membasahi pipi.

***

Mulutnya laju mengunyah makanan tradisional Itali yang berkotak-kotak di hadapannya. Sudah 2 hari dia tidak makan. Seleranya hilang entah kemana.

Tanggan Qistina laju menyumbat kepingan pizza kedalam mulut. Matanya terpejam menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

"Macam mana orang Itali boleh cerdik sangat terfikir nak reka pizza. Ya Allah I'm so blessed"

Habis sahaja kotak pertama, tangannya tangkas membuka kotak yang kedua pula. Menikmati seorang diri di atas katil di petang hari.

Usai makan, Qistina mengusap perut kekenyangan sambil minum air untuk membasahkan tekak.

Dia kembali berbaring untuk sambung study memandangkan minggu depan ada test sebelum final exam mengambil tempat.

30 minit berlalu, tiba-tiba tekaknya terasa tidak sedap.

Terasa seperti tersekat.

Tanpa membuang masa Qistina bergegas menuju ke bilik air. Namun begitu hanya angin yang keluar. Perutnya terasa berombak, seperti tidak menerima makanan yang dia telan tadi.

Akan tetapi masih tiada apa yang keluar, menyebabkan Qistina akhirnya menjolok tekaknya dengan tangan. Setelah itu, barulah segala isi perutnya tadi terkeluar.

Tangannya berpaut dengan dinding tandas, keletihan akibat muntah. Tekaknya terasa perit.

Walau bagaimanapun, sesuatu telah membuatkan dia rasa lega. Lega perut dan lega hati.

'Where did it all goes wrong?'

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now